Makkah Al-Mukarramah
Friday, 17 Jan 2014
Tatkala aku menaip entry untuk part 13, my Umrah journey ni, teringat peristiwa yang berlaku pada 2 minggu sebelumnya. Ya, Solat Jumaat di Masjdidil Haram & untuk pertama kalinya dalam kamus hidupku aku menunaikan Solat Jumaat & paling barakahnya ditanah Haram Makkah & di dalam Masjidil Haram, yang betul-betul hampir dengan Kaabah.
Seawal pagi, aku telah meminta Ayah menghubungi ustaz Masykur bertanyakan, bolehkah kami yang perempuan ni sama-sama Solat Jumaat. Memanglah kalau diikutkan perempuan ni tidak wajib Solat Jumaat tapi takkan lah kami nak duduk solat Zuhur di Hotel sahaja, walhal Masjidil Haram cuma 200m sahaja jaraknya dari Hotel kami. Dan aku sangat-sangat nak merasa solat Jumaat di Masjdil Haram Makkah walaupun aku sedar kehadiran kami (jemaah wanita) hanya akan menyusahkan jemaah lelaki mencari tempat nak solat kerana terpaksa berebut-rebut dengan jemaah wanita. Aku cuma risau sekiranya kami-kami wanita ini sama-sama memenuhi
perkarangan masjid takut nanti tiada saf pulak untuk jemaah lelaki yang sememangnya wajib ke atas mereka. Penerangan daripada Ustaz yang membenarkan kami (perempuan) solat Jumaat bersama-sama, betul-betul membuat hati ini sangat senang & bersyukur. Itulah kehebatan Solat Jumaat di Masjidil Haram yang membuatkannya seolah-olah menjadi kemestian kepada semua jemaah di tanah suci termasuk jemaah perempuan juga. Tapi kami diingatkan ustaz supaya keluar seawal mungkin kerana 10.30pg sudah dikira lewat kerana tempat solat bagi wanita pada ketika ini dihadkan untuk memberi ruang kepada Jemaah lelaki.
|
Laluan ke Masjidil Haram dari arah Hotel kami pasti akan menyaksikan ratusan merpati yang hinggap di sini |
Kami memulakan tawaf pada pukul 9.30am dan berakhir sekitar 10.15am. Selepas itu, kami menunaikan Solat Sunat tawaf & berdoa di kawasan al-mataf juga. Selesai sahaja urusan kami, terus bergerak keluar menuju tempat solat & kami keluar melalui laluan dalam masjid. Masyallah, masa kami keluar, ramai sudah orang kat dalam Masjid. Dan waktu tu, baru pukul 10.30pagi. Emmhhh... benarlah apa yang dipesan ustaz Masykur pagi tadi. Aku & mak terus berpisah dengan ayahanda bagi mencari saf masing-masing. Puas jugalah aku berpusing sudahnya aku sambung saf di tepi laluan orang masuk ke dalam masjid tingkat atas. Selepas tu, ramai jer follow sebab memang itulah yang akan berlaku setiap kali solat kalau dah takde tempat sangat. Alhamdulillah, dapat juga tempat & kami pun mulalah buat apa yang patut sementara menunggu Khutbah & solat Jumaat. Ya Allah, masa tu kelihatan, jemaah lelaki mahupun wanita berpusu-pusu masuk mencari tempat solat. Keadaan hanya beransur redha sebelum khutbah Jumaat bermula.
Kalau sebelum ni aku berpeluang melihat khutbah Jumaat dari Masjidil Haram di Astro Oasis sahaja. Syukur Alhamdulillah, kali ni aku berada di dalam Masjidil Haram bersama umat Islam yang lain sama-sama mendengar. Tapi itulah dengar sajalah, fahamnya tidak. Terbit rasa kejahilan tidak memahami Bahasa Arab sepenuhnya pada ketika itu. Dulu masa belajar kat UIA, memang ada belajar tapi basic sahajalah sebab untuk jurusan kejuruteraan kami diwajibkan sampai basic Arabic Language walaupun ketika itu ada keinginan nak sampai advance level. InsyaAllah, aku berharap suatu hari nanti aku dapat menguasai bahasa Al-Quran ini.
Pengalaman solat Jumaat di Masjidil Haram adalah antara pengalaman paling bermakna aku di Kota suci Makkah. First time in my life and it happened in Masjidil Haram & closest to Kaabah Mu.
To be continued...
No comments:
Post a Comment