Pages

Tuesday, January 7, 2014

Dugaan Menjadi Tetamu MU


Adegan pukul 7 p.m tadi...

"Akak saya nak cerita panjang ni... flight ke Madinah esok malam delay.... bawa ke next day pagi.... minta maaf akak.... "

Itulah antara perbualan aku bersama agent Umrah yang aku ambik, emmhhh, so, betullah lah apa yang aku dengar daripada Juwita, my colleague, yang mentua nye pun flight delay juga. Masa dia sampaikan citer dia kat aku before balik keje petang tadi, memang aku dah agak risau tapi sebab dia pun tak sure naik MAS or Saudi Airline, so, aku sedapkan hati, nothing happened. Ternyata berita yang sama yang aku dapat before Maghrib tadi. 

Dugaan... tapi penerangan suara agent Rayhar, Adik Zuhaidah sama skali tidak membuat aku terkilan. Malah semacam ada satu kelegaan walaupun kami dah shot one day. Yelah... perjalanan ke Tanah Suci ni satu Ibadah, so, think on positive side, maybe ade hikmah nye. Barangkali Allah nak kasi aku peluang buat lebih persediaan.

Aku tahu aku bukan lah insan yang sempurna, jauh dari keluarga yang mempunyai latarbelakang agama yang kuat tapi sedikit demi sedikit aku cuba berubah, berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.

Dah lama aku nantikan saat nak buat umrah bersama mak and ayah, ya, impian yang dah lama aku simpan dari bangku sekolah lagi, dan aku berazam dengan gaji aku yang tak seberapa tapi alhamdulillah aku nak bawa mak and ayah aku bersama menunaikan umrah.

Terima kasih Ayah kerana berkat bulan ramadan yg lepas ayah dah memberi persetujuan nak buat umrah, kalau selama ni hanya ayah cuma nak tunggu panggilan Haji, itulah hebatnya hidayah Allah. Dalam hati terus terbit rasa kesyukuran yang tak terhingg. Insyallah, mana tahu lepas ni rezeki dapat buat Haji pulak.

Luckily, disaat hati ini masih tertekan dengan pelbagai dugaan, mak & ayah jugalah kekuatan untuk aku teruskn perjuangan, kesian juga aku tengok ayah yang masih kurang faham sepenuhnya ibadah umrah... mungkin masih memikirkan waris-waris yang masih dalam tanggungannya. Mak pula sedaya upaya nak memulihkan kaki yang masih sakit before ke Tanah Suci. Hiba hati ini setiap kali melihat kalian tapi Insyallah kita doa banyak-banyak yea. Ini semua ujian Allah. Kakcik pun takdelah pandai mana tapi berkat ilmu yang ada, kita doa semoga Allah permudahkan segalanya. 

Terima kasih mak kerana bersabar membesarkan aku & melayah kerenah anakmu yang sangat sensitif ni. Terima Kasih Ayah kerana banyak berkorban & bersusah payah mencari rezeki demi kami semua.

Ya Allah semoga tabahkan lah hati hambamu yang lemah ni. Berilah aku petunjuk & hidayahmu. Dan terimalah aku sebagai tetamuMu.

Sahabat semua... Saya nak minta maaf sekiranya sepanjang perkenalan ini saya ade melukakan hati sapa-sapa secara sengaja atau tidak sengaja, halalkan segala makan minum &amp keterlanjuran saya dalam berbicara... mungkin lisan ini tidak petah berbicara agama, kadang-kadang tu pasti ada sahaja khilaf nya tapi biarlah nawaitu ini sahaja yang mampu berbicara dengan yang Maha Esa.

Doakan perjalanan umrah saya dipermudahkan Allah.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bi'khair" 
Ya Allah, make it easy and do not make it difficult. Ya Allah make it end well. 

Ameen

2 comments:

  1. dh berangkat keew nurul tuu., aminn mugo2 selamat pergii yee dan kem salam kat makam rasulullah nnti..,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...