Makkah Al-Mukarramah
Mon, 13 Jan 2014
Selepas Solat Suboh kami terus pulang ke Hotel. Kami harus mematuhi jadual makan yang telah ditetapkan. Breakfast hanya dihidangkan sehingga pukul 7.15 pagi. Kalau ikutkan hati nak saja aku stay di Masjid sehingga selesai Solat Dhuha tapi bila memikirkan Mak yang dah kelaparan rasa tak sanggup pula pentingkan diri sendiri. Walaupun amat besarlah ganjaran bagi mereka yang sanggup tunggu sehingga Solat Dhuha. Aku pun akur sebab mak confirmlah tak nak balik sendiri walaupun sudah tahu jalan balik ke Hotel. Bila beribadah dengan orang tua ni, kenalah banyak-banayk bersabar sebab kadang-kadang ada saja perkara diluar jangkaan & amat penting sekali kita menjaga hati mereka semasa disini.
Breakfast kami dihidangkan oleh Karina Caterer yang telah dibawa masuk
oleh Rayhar Travels. Yang pasti tukang masaknya orang Indonesia sebab
tengok lauk & rasa jer dah boleh agak. Dan orang yang menguruskannya pun Indonesian. Takde pulak dia serve Nasi Arab ke, Mandy ke... hehehe. Selera aku biasa-biasa
jer tapi disebabkan lapar, layankan jugalah. Cuma mak sajalah yang tak
berapa nak lalu. Kalau rasa-rasa nak ubah selera boleh lah ke kedai-kedai Arab berhampiran tapi budget sendirilah. Selesai Solat kami terus ke bilik memandangkan
masing-masing sudah kepenatan & kami perlu tidur yang cukup
untuk beribadat untuk hari-hari yang berikutnya.
|
Inilah Hotel kami yang Best |
|
Lokasi pun stratgeik terletak disebelah kedai Runcit & Kedai Aiskrim spt dibawah... |
|
Kedai Aiskrim feveret saya |
|
Satu kemestian untuk makan Aiskrim ni setiap hari... Harganya SAR3 |
|
View disekitar Hotel Kami |
|
Ni adalah laluan menuju ke Masjidil Haram, kalau dari Tharwat Ajyad less than 10min |
|
Tidak kira waktu, Masjidil Haram sentiasa dipenuhi dengan Umat Islam yang ingin mencari keberkatan beribadat didalamnya |
|
Allahuakbar |
|
Menara Jam tersergam Indah terletak bertentangan dengan Masjidil Haram |
|
Aku rindukan saat setiap kali melangkah untuk ke Masjidil HaramMu |
Sebelum Solat Zohor kami sudah bergerak menuju ke Masjidil Haram. Harus datang awal kerana tempat adalah terhad memandangkan separuh daripada Masjidil Haram masih under renovation, so, sila datang awal untuk dapat tempat Solat yang selesa. Aku dah merasa solat di level bawah sekali, level tengah, level atas, tempat kami saie & duduk diluar pun pernah. Semuanya bergantunglah. Tapi aku lagi banyak & lebih suka solat dibahagian atas yang lebih selesa. Dan kalau kami terlewat sikit pun bahagian atas jugalah yang masih banyak ruang untuk bersolat. Normally lepas solat Zuhur aku akan pulang ke Hotel untuk lunch. Rehat sebentar & sebelum Solat Asar kami akan ke Masjid semula & kami akan stay sehingga selesai Solat Isyak. Kalau boleh banyaklah masa beribadat di Masjidil Haram kerana Allah telah menjanjikan ganjaran 100 000 bagi setiap ibadat yang dilakukan. Banyakkanlah membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat, berzikir & bersedekah.
|
View dari tempat Solat tingkat atas |
Dekat Masjidil Haram mahupun di Masjid Nabawi, setiap kali selepas Solat waktu, akan ada Solat Jenazah, so, cubalah belajar cara-cara Solat Jenazah, so that, kita boleh gandakan lagi pahala solat berjemaah bersama Imam. Normally, buku panduan Umrah & Ziarah selalunya dah terkandung panduan untuk Solat Jenazah juga.
|
Masjdil Haram view pada Siang hari |
|
Construction sedang giat dijalankan demi memudahkan lagi Jemaah Haji & Umrah beribadat |
Lupa aku nak cerita, bilik kat Makkah ni memang size dia ngam-ngam untuk tido sahaja. So, kalau ada beg besar tu memang dah kira padat sangatlah bilik tu. Tapi kami bertiga terpaksa menyusun kedudukan katil kami untuk memastikan kami ada ruang untuk lalu & tido. Aku rasa memang dah di reka sedemikian rupa so that orang tak solat dibilik. Tapi toilet dia memang sangat selesa & bersih. Wifi hanya available di Lobby Hotel tapi kalau dari level 2 bilik aku pun kadang-kadang dapat je signal. Gunakanlah service yang ada hanya untuk keperluan tertentu saja jangan pulak leka kerana tujuan kita ke sini untuk beribadat, takut nanti lari dari matlamat asal pulak. Saya ni takdelah sempurna sangat tapi sekadar mengingatkan.
To be continued...
Tak sabar lak nak tunggu next entry. psl solat jenazah setiap solat fardu kat sana tu sekarang baru tahu lps baca ni.
ReplyDeletewak salam ziarah cik nurul tuu yee.,e HHHee
ReplyDelete