Masjid Taneem, Makkah Al-Mukarramah
Wed, 15 Jan 2014
Kalau ikut itinerary hari ini, kami akan ke Masjid Taneem, miqat for Umrah. Perjalanan dari Hotel ke Masjid Taneem dibimbing oleh Ustaz (lupa nama Ustaz ni). Seawal pukul 7.30pagi, kami sudah bertolak dari Hotel untuk ke sini & mengambil masa sekitar setengah jam jugalah bergantung kepada traffic. Seperti biasa, sampai sahaja di Masjid kami terus menunaikan Solat Tahiyatul Masjid & Solat Sunat Ihram dan seterusnya berniat Ihram Umrah. Selepas berniat, kenalah patuhi larangan Ihram yang telah diwajibkan ke atas jemaah.
Masjid
Taneem juga dikenali sebagai Masjid Aisyah. Masjid Taneem merupakan tempat dimana Aisyah memulakan
umrah atas perintah Rasulullah SAW.
Masjid ini diriwatkan sebagai tempat dimana Aisyah berhenti & berehat sehingga suci daripada Haid. Dan dari masjid ini dia ke Kaabah bagi menyempurnakan Umrah beliau bersama Nabi
Muhammed (SAW).
Masjid Taneem juga dikenali sebagai Masjid Aishah |
Mak setelah selesai menunaikan Solat |
Masjid
Taneem adalah miqat untuk Umrah yang paling hampir dengan Masjidil
Haram, lebih kurang 10km jaraknya. Kalau nak pergi bolehlah sewa kereta,
van ataupun bus (kalau ramai) sahaja dari Hotel. Tapi memandangkan, it
was part of our itinerary for today, so, group kami telah disediakan Bus
untuk ke sana. Actually tak semua jemaah pun yang join. So, sapa-sapa
yang rasa nak buat Umrah tambahan & nak dapat pahala lebih
bermiqat dari tempat lain pulak, bolehlah join. Tiada paksaan, lagipun
Umrah wajib cuma hari pertama kami dari Madinah ke Kota Makkah i.e. di
Masjid Bir Ali (Zulhulaifah). Selepasnya, dikira Umrah Sunat. Tapi bagi
aku yang muda ni, adalah satu kerugian sekiranya peluang yang kita ada
disia-siakan begitu sahaja. Bukannya selalu ke sini, so, manfaatkan lah
peluang yang Allah berikan sebaik mungkin. Alhamdulillah, mak &
Ayah pun tak keberatan bersama-sama nak melakukan Umrah kami yang
ketiga.
Masjid Taneem merupakan Miqat Umrah yang paling hampir dengan Masjidil Haram |
Setelah selesai urusan kami di Masjid Taneem, kami kembali semula ke Masjidil Haram & terus melakukan Umrah kami. Sewaktu di dalam Bas, sekali lagi, Ustaz akan remind kami untuk berniat Ihram Umrah & selepas itu mulakanlah bertalbiahlah sepanjang jalan menuju Masjdil Haram. Masa kami sampai tu, masih awal lagi sekitar pukul 9.30 pagi & Alhamdulillah, kami dapat sempurnakan Umrah kami sebelum pukul 12tgh hari.
Pada pendapat aku, adalah baiknya terus melakukan Umrah apabila sudah berniat & sejurus sampai di Hotel. Jangan lengah-lengahkan. Tak perlulah tunggu sampai petang atau malam, baru nak buat. Kerana setelah berniat, kita terikat dengan larangan Ihram & bagi aku, inilah part yang paling mencabar & susah nak jaga sebabnya kalau kita lupa & terlajak melakukannya, Umrah kita masih sah tapi kena bayar dam (denda) lah jawabnya. Kalau boleh elakkan tapi memang dugaan betul kalau berada lama dalam Ihram ni sebab ada saja benda yang kita akan terlepas pandang & terlupa. Aku terpaksa mengingatkan ayah aku sentiasa sebab semalam sahaja ayah dah melanggar salah satu larangan Ihram, nasib baiklah Ustaz cakap tak perlu bayar dam sebab tak sengaja & sejurus teringat terus kembali pada situasi Ihram. Dan sebab nak elakkan perkara ini terjadilah, kalau boleh sejurus kami sampai Hotel sahaja selepas pulang daripada berniat Ihram di Miqat, kami nak terus buat Umrah.
Nota Penting:
Meninggalkan larangan dalam masa Ihram adalah perkara wajib Umrah. Sebaik sahaja jemaah Haji atau Umrah berniat Ihram, maka, wajiblah ia menjaga segala pantang larang ihram & perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Larangan ihram ada 13 perkara & dibahagikan kepada 5 bahagian. (Source: Panduan Umrah Rayhar)
Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah baca buku panduan Umrah.
Bagi yang telah berada di Makkah. Miqat Umrah adalah di Tan’iem, Ji’ranah ataupun Hudaibiyyah. Cerita Hudaibiyyah, Insyallah, kita sambung on the next entry.
No comments:
Post a Comment