Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah
Sat, 11 Jan 2014
Syukur Alhamdulillah... finally berjaya juga aku menjejakan kaki ke Masjid Nabawi. Terasa suasana nikmatnya dapat beribadat didalam Masjid yang terletaknya makam Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Suboh masuk lebih kurang 5.44am tapi pukul 4.30am kami sampai pun dah penuh dengan jemaah dari pelbagai negara. Jarak hotel kami memang dekat sangat dengan pintu masuk ke Masjid Nabawi and betul-betul terus ke Pintu masuk 25 untuk jemaah wanita. Sekarang kat Madinah musim sejuk, so, kalau nampak panas pun still udara dia sejuk. Peluang hadir awal kami manfaatkan dengan solat Tahajjud, Taubat, Hajat, Witir & membaca Al-Quran. Ketenangan fikiran, hati & perasaan amat dirasai ketika itu. Suboh pertama di Masjid Nabawi memberi kedamaian yang luar biasa. Mungkinkah kedamaian yang kita hampir dengan taman syurga Allah...
Pada siang hari payung akan dibuka untuk melindungi para jemaah |
Alhamdulillah kaki mak beransur sihat setelah menjejaki Masjid Nabawi |
Masjid Nabawi yang Indah |
Indahnya tatkala siang hari |
Masa nie kami baru saja selesai melawat Raudhah |
Setiap kali selepas Solat Waktu, ada sahaja peniga yang membuat Jualan Murah dikeluar pintu Masjid menghala ke Hotel kami. “Murah Murah Murah” aikk pandai dia orang nie nak attract orang-orang Malaysia & Indonesia membeli. Tapi tulah hakikatnya, semua memang dah pandai cakap malay sikit-sikit kat sini. Bila tanye brape mesti respond mereka in Bahasa. Strategy marketing, OK. Try to understand other people’s language. Yes, It works and mostly memang ramai orang-orang kita pun yang membeli. Tak kiralah... makcik, pakcik, abang, kakak, bak kata pepatah… semua lapisan masyarakat lah.
Normal view setiap kali sebelum & selepas Solat waktu ke pintu masuk Masjid Nabawi |
After Solat Suboh, kami pulang ke Hotel untuk breakfast &
selepas itu kami berkumpul semula di Lobi kerana hari ni aktiviti kami
adalam menziarahi Makam Rasulullah SAW & para Sahabat,
perkuburan Baqi & ke Raudhah. Semuanya terletak disekitar Masjid
Nabawi. So, kami hanya berjalan kaki saja dari Hotel. Sebelum memulakan Tour, Mursyid kami, Ustaz haji Hadi memberikan penerangan dulu kepada kami pasal adab-adab & membaca doa. Selepas itu, tour diteruskan dengan melawat perkuburan Baqi terlebih dahulu.
Perkuburan Baqi
Merupakan perkuburan yang terletak bersebelahan Masjid an-Nabawi dan Merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah, ahli keluarga Rasullullah s.a.w. & termasuk para Jemaah haji & umrah yang meninggal dunia di sana. Kini perkuburan ini dikelilingi oleh pagar yang tinggi.
Rasullullah s.a.w. semasa hayatnya sering menziarahi perkuburan baqi, baginda mengucapkan salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu.
Merupakan perkuburan yang terletak bersebelahan Masjid an-Nabawi dan Merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah, ahli keluarga Rasullullah s.a.w. & termasuk para Jemaah haji & umrah yang meninggal dunia di sana. Kini perkuburan ini dikelilingi oleh pagar yang tinggi.
Rasullullah s.a.w. semasa hayatnya sering menziarahi perkuburan baqi, baginda mengucapkan salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu.
Perkuburan Baqi (source) |
Selesai memberi Salam & berdoa diperkuburan Al-Baqi, kami dipecahkan kepada dua kumpulan lelaki & wanita. Lelaki akan follow ustaz & wanita pula akan follow ustazah sebab lepas ni kami akan melawat makan Rasullullah SAW & memasuki Raudhah. Dan bahagian dalam masjid telah diasingkan lelaki & wanita untuk memasukinya. Sebelum menuju ke Raudhah, kami menunaikan Solat Tahiyatul Masjid & Solat Dhuha terlebih dahulu. Setelah selesai, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan wanita sambil dibimbing 4 ustazah untuk masuk ke Rudhah. Sampai-sampai jer tempat yang nak dituju-tuju, serius ramai sangat orang tengah menunggu kat luar Raudhah. Pintu masuk kat Raudhah dikawal ketat oleh perempuan Arab berpurdah. So, nak masuk memang kena ikut giliran. Tapi yang aku pelik, Cuma Jemaah dari Malaysia & Indonesia saja yang berdisplin i.e. beratur mengikut giliran tetapi tidak yang lain… main rempuh jer nak masuk dulu… mana yang dapat menyelit. Tak kira lah dah tua sekalipun sama jer menolak & menghimpit.
Raudhah
Raudhah bermaksud Taman. Merupakan satu tempat mulia di dalam masjid Nabawi. Ia adalah satu ruang di antara rumah Isteri Rasulullah, Siti Aishah & Saudah dengan mimbar beliau. Di sinilah tempat pertama kali unta Nabi berhenti & di sini juga disifatkan oleh Nabi SAW sebagai taman daripada taman-taman syurga. Salah satu tempat dimakbulkan doa. Bila kita memasuki Masjid Nabawi, kita akan bertemu dengan karpet berwarna merah terlebih dahulu. Teruskan pencarian sehingga kita bertemu dengan karpet berwarna krim kehijaun. Itulah Raudah.
Tengan Ikut giliran nak masuk Raudah |
Waktu melawat bagi lelaki adalah sepanjang masa tetapi bagi wanita ada masa-masa tertentu sahaja.
Jemaah wanita hanya dibenarkan pada waktu...- Pagi 7 – 11 pagi
- Lepas Zohor sampai 2.30ptg
- Lepas Isyak sampai pukul 1pagi
Kami dapat masuk setelah hampir 40 min menunggu. Ya Allah, sungguh mencabar nak memasuki taman syurgaMU. Sementara tu, kami memberi Salam di Makan Rasullullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. & Sayidina Umar Ibn Al-Khattab r.a. & menyampaikan salam orang yang berpesan. Dah dapat masuk, Alhamdulillah tapi masalah sebab kami nak cari tempat yang selesa nak bersolat. Walaupun peringatan telah diberikan tapi Jemaah seolah-olah tak menghiraukan, sesetengahnya merempuh & tolak-menolak…yang penting dapat apa yang mereka hajati. Itulah kehebatan Raudhah. Aku pun dengan sedaya upaya gagahi juga sampailah aku terpijak carpet hijau. Masa tu aku terus tarik mak aku duk sebelah aku & kami terus solat walaupun keadaan agak huru hara dalam tu. Kalau nak berdoa sujudlah lama sikit masa berdoa tu sebab kalau dah bangun pengawal dia akan suruh keluar kalau dia perasan. Lepas je aku bangun… aku tak terus keluar, aku menyelinap masuk disebalik huru-hara tu & dapat tempat solat yang agak selesa sikit didepan. Alhamdulillah, sempat lagi buat solat Taubat & Hajat di Raudah. Selepas berdoa panjang aku pun ajak mak aku keluar kasi peluang kat Jemaah lain plak.
Selepas jer melawat Raudhah, aku & mak pulang ke Hotel kami untuk berehat sebentar sementara menunggu Solat Zohor. Walaupun terpaksa berhimpit & berasak-asak di Raudhah nak bersolat tapi aku telah memasang azam untuk ke situ lagi selepas dinner malam nanti. Peluang mungkin tidak selalu datang so, manfaatkan sebaik mungkin. Buatlah Solat Hajat dulu semoga Allah permudahkan usaha kita. Allahuakbar.
Ya Allah kau bagilah aku kekuatan.
Sebelah malamnya, selepas solat Isyak, & dinner, aku, mak & ayah ke Masjid Nabawi lagi. Tujuan nya untuk buat Ziarah wada’ kerana esok kami akan berangkat ke Makkah selepas Solat Zohor. Tetapi aku telah mengajak mak memasuki Raudhah lagi. Kali ni aku saja memakai telekung hitam supaya kurang dikenali sebagai Ibu (panggilan untuk Jemaah yang pakai telekung putih) sebab aku nak masuk tanpa perlu berdisplin. So, aku pun join lah group2 arab, ternyata memang cepat sikit dapat masuk tapi… ujian nya sangat lah hebat. Aku rasa malam ni, Jemaah memang lagi aggresif dari siang hari. Sampai setiap tempat yang aku berdiri akan ada orang yang datang & solat dihadapan aku (kiranya block aku lah), kali ni memang takde ruanglah. So, aku amek ruang untuk dapat berdoa jer sebab dah kesian sangat dengan mak aku yang dihimpit & ditolak. Aku akur, kalau ikutkan energy orang muda ni memang berkoba-koba tapi bila memikirkan orang tua, tak sampa hati plak pentingkan diri sendiri.
Payung ditutup di kala malam hari nya |
Inside Masjid Nabawi |
Aku pulang dengan hati yang sedih kerana mungkin malam ini sajalah aku dapat berada di Raudhah. Esok pagi kami akan ziarah luar & bila pulang pula kami disuruh bersiap-siap selepas solat Zohor dengan pakaian Ihram. Mungkin tidaka ada peluang lagi sebab kami akan bertolak ke Makkah esok petang.
To be continued…
subhanallah. indahnya .. tak dpt gambarkan. =)
ReplyDelete