Pages

Tuesday, April 28, 2015

Menjejak Sejarah Bukit Kutu

Kampung Pertak, Kuala Kubu Baru
Saturday, 27 Apr 2015


Actually, this is not my first time to Bukit Kutu. First time pergi. Kira-kira 2 tahun yang lepas. Masa tu, nasib kami tak berapa nak baik sebab hujan lebat pagi tu & trek memang licin sepanjang perjalanan menuju ke puncak. So, hampir 5 – 6 hours juga lah kami sampai atas. Tapi bukan sebab tu saja, masa tu ramai yang first timer juga join including adik aku yang tak berapa nak fit. But this time I did it within 4 hours. To me, trek to Bukit Kutu is moderately challenging, so, if you’re fit enough, maybe can make it between 2.5 to 3 hours to the peak.

Edisi ke bukit kutu kali ni hanyalah nak bawa geng-geng gadis semasa training for our next hiking trip next month. Asyik ke Pine Tree Trail ajekan, apa salahnya sekali-sekala tukar angin pulak. Still masih boleh ke Bungalow Fraser Hill juga selepas tu.


Sapalah yang rajin ni kan, hehehe
Trek permulaan ke Bukit Kutu terletak berhampiran Kampung Pertak, Kuala Kubu Baru. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagaiTrecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Suatu masa dahulu, ketika zaman kolonial British, puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Tapi, musnah setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Bukit kutu ini juga dikatakan merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu. Al maklum, mat salleh ni kan suka tempat-tempat sejuk, so, salah satu cara nak menikmati suhu yang sejuk, terpaksalah explore mana-mana puncak bukit yang sesuai nak dijadikan tempat istirehat mereka.


Permulaan perjalanan ke Bukit Kutu thru jambatan gantung ni

Ada sungai yang agak luas juga nak kena cross

Penghalang utama di trek bukit Kutu ni... pokok buluh

Short break at Gua Kambing

The remaining from the past colonial

Ohh, sebenarnaya ada lagi satu tapak peninggalan bungalow di Bukit Kutu ni. Perjalanan dari puncak bukit Kutu nak sampai ke situ lebih kurang 30min juga. Tapi kami tak ke situ pun. Dalam plan macam ada nak ke situ tapi bila nampak ada yang dah tak larat tak sampai hati pulak nak ajak Achin bawa kami ke situ. Yelah dah alang-alang sampai tu kan, tak salah rasanya sampai ke sana juga. Lagipun kami ada agenda lain nak selepas ni, hehehe. Dulu pun tak sempat sampai juga sebab kami dah lambat sampai puncak. Anywhere, there’s always another time kan. 


The Old Bungalow Chimney & fireplace

First time for them

You could see 360 degree view on top of Bukit Kutu's peak

Nun jauh di sana... Kuala Kubu Baru dam

Alhamdulillah, training kami hari ni di bukit kutu berjalan lancar. Hopefully boleh training untuk 2 buah gunung lagi sebelum ke Rinjani, InsyAllah.


Sunday, April 26, 2015

Let's Pray for Nepal


Ini bukan lah sambungan entry Road to Annapurna aku yang lepas. Kalau ikutkan memang masih berbaki 2 posts lagi before ending. Tapi rasanya... apa yang sedang rancak berlaku sekarang lebih menarik perhatian aku untuk terus mengikuti status terkini nasib mereka yang malang di sana.

Berita yang kami terima semalam sewaktu kami sedang berada di puncak Bukit Kutu, betul-betul sesuatu yang mengejutkan. Mana tak nya... rasanya masih belum dapat melupakan kenangan manis di bumi Nepal kira-kira 2 bulan yang lepas... tiba-tiba gemba bumi yang dilaporkan berukuran 7.8 pada skala Richter melanda. Terdetik juga rasa bersyukur tidak berlaku dikala kami berada di sana tapi perasaan terkejut, risau & sedih melanda perasaan kami ketika ini.




"..Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia). Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9. Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter. Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf Unesco seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar. 

... Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam. Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian. Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) semalam.... " (Source)


So far, aku masih tak dengar cerita mereka yang melalui trek Annapurna Basecamp lagi. Hanya Everest base camp saja yang rancak diperkatakan. Apalah nasib mereka agaknya disana. Kalau ikutkan, sekarang adalah peak season hiking di Annapurna. Boleh jadi ramai juga hikers from Malaysia disana.  Ya Allah lindungilah mereka semua.

Semalam kami dah dapat news dari one of our guides, all of them are safe. Alhamdulillah... walaupun ada antara mereka yang kehilangan tempat tinggal. Semoga, mereka semua diberi kekuatan di saat-saat genting ini. All we can do is to keep pray for them.


Lega masih mendengar perkhabaran dari mereka di sana

Kejadian Gempa bumi di Nepal memang sesuatu yang mengejutkan & diluar jangkaan. Mana sangka negara yang tidak pernah aku dengar ada history gempa bumi suddenly hit by a huge attack. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui.  


Friday, April 17, 2015

Road To ABC: Final Budget


Dah habis berjalan, haruslah update budget terkini kan. Overall, I spend almost RM4500 for everything. Tak sangka banyak juga spend tapi nasib baik kami dah beli tiket Nepal a year earlier. And barang trekking semua dah prepare siap-siap before hari kejadian, so, takde lah terasa sangat cash flow tu banyak.


Basic Budget

AA Return Flight Ticket --> KLIA2 - Kathmandu (Fuel surcharge + Airport Tax + Insurance + processing fee) – RM732
AA Pre-Book Meals, Luggage & Seat – RM312.40
Visa Application – RM95 (15 days travel)
Travel Insurance – RM148 (11 - 15 days) - Travel Guard AIG

Annapurna Trekking Packaga (11 days) – USD515 (≈RM1838 – based on rate USD at that time)
(Deposit - USD200 - 2 weeks before departure)

Package Included:
  • All the Ground Transportation from airport pick up to airport drop.
  • 2 nights Hotel in Kathmandu in twin sharing basis.
  • 2 nights Hotel in Pokhara.
  • All Meals during 7 days trekking (Breakfast, Lunch & Dinner) as indicated by the itinerary.
  • All Accommodation from day 1 to day 11 in twin sharing basis
  • All trekking and climbing related permit & fees (Entry Permit Annapurna conservation fees and TIMS Card).
  • Guides and necessary porters (1 porter for 2 pax during trekking – max. 20kg)
  • A comprehensive medical kit.
  • All government and local taxes for Trekking
  • Guide& porter’s insurance.
  • Farewell dinner in authentic Nepali restaurant with cultural program
  • Trekking/climbing certificate from the agency.

Above package can be customized depending on your budget & needs.

Additional:
Sleeping Bag – USD10 (≈RM35.70)
Tips for porters & guides – USD 50 per pax (≈RM178.50)

For details can direct contact with:
Ganesh Neupane
ganeshneu30@gmail.com
Third Eye Adventure (P.) Ltd
www.thirdeyeadventure.com
www.gotonepaltrek.com

Basic Budget Total: RM3339.60 


Expenses During trekking
Wifi @ Jhinu - NPR100
Wifi @ Newbridge - NPR200
Hot Shower @ Jhinu - NPR 100
Hot Shower @ Bamboo - NPR 150 X 2 = NPR300
Hot Shower @ New Bridge - NPR100
Hot Shower @ Pothana: NPR 100
Charge Battery @ New Bridge - NPR 150
School Fund - NPR100

Total - NPR1150

Trekking Gear Expenses:
Dry Fit T-shirt – NPR550 X 2 = NPR1100
Waterproof Jacket (Northface) – NPR1500
Waterproof Jacket (Northface) – NPR1800
Snow cap Nepal – NPR270
Drybag (20L) – NPR1800
Pouch – NPR150
Sleeping Bag (-5degC) – NPR3500
Buff – USD4
Thick Gloves – USD10
Hiking Pole – USD10
Water Bladder – USD5

Total - NPR10,620

Souvenirs: 
Fridge Magnet – NPR45 X 10 = NPR450
Poskad - NPR 10 x 5 pcs = NPR 50
Keychain – NPR100
Everest Map – NPR300
T-shirt Annapurna (Adult) – NPR450 X 3 = NPR1350
T-shirt Everest (Adult) – NPR400 X 2 = NPR800
T-shirt Annapurna (Child) – NPR380 X 6 = NPR2280
Shawl – NPR1000 X 2 = NPR2000
Beg kait Nepal – NPR500

Total – NPR7,830

Other expenses:
Drinking water (1.5L) - NPR 20 x 4 - NPR80
Dinner @ Pokhara Halal Food – NPR350
Dinner @ Lazeez Halal Food Pokhara – NPR450

Total - NPR880


GRAND TOTAL – RM4062.60 


Hahaha, kalau basic budget tambah dengan keperluan memang takkan sampai RM3500 tapi sebab keperluan tambahan untuk trekking plus souvenirs yang ntah apa-apa tu yang budget boleh jadi sampai RM4K tu. Anyway, kalau korang bukan kaki shopping macam aku ni, maybe boleh save lagi banyak. Tapi macam tak boleh nak control bila tengok barang-barang outdoor kat sini. Huh, rasa tak puas jer. Bila balik rasa menyesal pun ada juga sebab tak dapat seluar trekking yang boleh fit my size. Kalau yang berkenan pun mesti gedabak tak pun memang takde size. Anyway, Thamel memang syurga shopping barang outdoor budget, hehehe.

InsyAllah kalau takde aral melintang akan aku gagahi untuk ke Nepal lagi untuk melunaskan impian yang masih mendalam.

Till then... until the next trip.

Wednesday, April 15, 2015

Road To ABC day 10: Pokhara to Thamel

Monday, 23 February 2015 
Pokhara


Hari ni kami bersiap awal sebab bas akan pick up kami dekat depan hotel. So, kami cuma perlu menapak sikit saja dari hotel New United ke arah main road. Kami bergerak dari hotel seawal 7.15am after breakfast. Masa ni yang follow kami hanyalah guide kami sahaja, Roshan & Rabin. All our porters dah say goodbye semalam just after we arrived New United Hotel. Perpisahan yang agak berat especially bagi cikgu Nisah yang terpaksa berpisah dengan adik kesayangan beliau, Jiban… hahaha. Susah jugakan kalu dah attached ni. Anyway, aku biasa-biasa saja tapi berharap juga kami akan berjumpa lagi suatu masa nanti. Setiap pertemuan itu kan pasti ada perpisahan, so, kuat tak kuat jelah kita nak kena terima hakikat. 


Port tunggu bus nak balik ke Thamel kathmandu

Askar berkawad di jalan raya... dua round jugalah kami tengok askar nepal ni

Bas kami sampai around 8.00am. Tapi kali ni, bus kami dah sarat dengan penumpang & most of them dah amik port belah kiri. Sebab dah tahu belah kiri boleh dapat view lebih cantik kalau bergerak dari Pokhara. Like 7 days ago, perjalanan dianggarkan hampir 7 jam. Bertabah sajalah. Memandangkan kami akan melalui laluan yang sama pulang ke Thamel, so, keriangan tu takde lah seperti first time kami bergerak dari Thamel ke Pokhara. So, masa memang banyak dihabiskan dengan tidor sajalah. Nak berwifi, signal tak berapa nak strength… emmhhh. Dan kami berhenti di 2 perhentian yang sama seperti 7 hari yang lepas sebelum sampai ke destinasi akhir kami di Thamel. 


Awesome view you could see otw from Pokhara to Thamel Kathmandu (pic taken inside the bus)

Alhamdulillah, sampai di stesen bus Thamel around 3.40pm. Kami tak berjalan ke hotel tapi guide dah arrange taxi untuk kami. The other group under agent yang sama berjalan balik saja ke hotel. Sebenarnya tak jauh dah pun tapi guide kami dah offer nak arrange taxi, kami ok jer. Lagipun mengenangkan one of our member sakit kaki kan. Around 3.50pm, kami pun sampai blue diamond hotel. Nasib baik kami sampai dulu before the other group, hehehe.

Dah sampai bilik, buat apa yang patut dulu, then, pukul 5.00pm, kami keluar balik sebab nak shopping. Tapi kami tak banyak masa dah sebab pukul 7.30pm kami kena berkumpul balik di Hotel for farewell dinner. So, tak banyak yang boleh kami shopping. Apapun, aku dan yang lain dah berazam nak keluar lagi esok for final shopping before back to Malaysia. 


Happy akak-akan ni nak gi habiskan duit, hahaha

Farewell dinner kami malam tu di Halal Anatolia Restraunt. Bukan nya halal Nepali foods tapi Indian/Tibetan/Turkish food. Emmhhh, layankan aje… ingatkan boleh lah merasa roti gurung lagi kan, hahaha. Anyway, food dia biasa-biasa saja tak best mana pun. Bukan aku jer tau yang cakap, yang lain pun. Maybe tengok menu juga kot.


Farewell Dinner with Ganesh and crews

Actually, farewell dinner kami malam tu lebih kepada perkongsian pengalaman kami sepanjang trekking di Annapurna. Dah confirmlah isu yang hangat dibincangkan pada malam tu berkaitan dengan ketidakpuasan hati dengan sikap guide kami. So, agak banyak juga lah feedback tak berapa nak ok compare to ok. Service dia memang bagus tapi cuma bab guide & cakap jujur tu saja yang agak mengecewakan. Anyway, aku cakap yang jujur sahaja sebab different hikers might have different points of view. So, you cannot expect every hikers or clients to follow your guide’s instructions. Malam tu, si Rabin beria-ia minta maaf tapi bagi aku macam dah terlambat jer ko nak buat macam tu sebab benda dah lepas dan kami pun redha jer dengan apa yang terjadi. Anyway, aku memang dah blacklist dia kalau ada rezeki nak ke Nepal lagi.


Saturday, April 4, 2015

Road To ABC day 9: Pothana

Sunday, 22 February 2015 
Annapurna Base Camp Trek


Pejam celik pejam celik rupanya hari ni dah 7 hari kami di Annapurna trek. Dan hari ni merupakan our last day trekking. Ya Allah, tak terasa masa dah berlalu begitu pantas sekali. Rasanya macam baru saja lagi kami nak merasa keindahan luar biasa di bumi Nepal ini. Sungguh nikmat ciptaan Allah swt.

Tak seperti hari sebelumnya, today kami lebih rilex sikit. Yelah kalau sebelum ni  asyik nak fikirkan packing bag bagai, nak bangun awal, nak buat itu & ini, hari ni still kena packing juga cuma takde lah stress seperti hari sebelumnya. Kami dapat good news, kami tak perlu trekking lagi hari ni. Yahoooo. Mesti sebab semalam dah kena kaw-kaw dengan Cik Fad terus hari ni kami dapat jeep untuk direct terus ke Pokhara, hahaha. Alhamdulillah, kalau tak maybe kami kena menapak lagi 3 jam thru an offroad dari teahouse nak sampai ke tempat jeep yang sepatutnya.


Subhanallah... sunrise seen from Pothana

Lepas solat suboh ingat nak sambung tido tapi tiba-tiba Fad datang ketuk pintu bilik, katanya, view sangat cantik kat luar. Kami selak tingkap dulu. Ha'ah, memang matahari masih malu-malu nak memancarkan cahayanya. Subhanallah, memang merasa jugalah kami nak tengok sunrise. Sepanjang trekking di Annapurna trek ni takde pulak kami berpeluang menyaksikan mana-mana sunrise selepas solat Suboh. Alhamdulillah, terubat juga kekecewaan kami tak sampai ke ABC. Kenapa lah aku asyik teringat pasal kekecewaan lagi ni. Memanglah orang cakap, benda yang dah berlalu usah dikenang tapi aku memang fail sikit bab-bab macam ni. I still feel the frustrating. Malam tadi saja aku tak berapa nak lelapkan mata, bukan sebab aku selsema saja tapi sebab banyak sangat pula perkara yang bermain difikiran ini & salah satunya kekecewaan tak sampai ke Annapurna Base camp. Ya Allah kau kasi lah kekuatan pada hambuMu ini.


This is true Banana Pancake... only in Pothana, hahaha

Lepas dah puas menyaksikan sunrise moment di luar See You Lodge Pothana, kami kembali semula ke bilik. Berkemas & bersiap sedia untuk hari terakhir kami di Annapurna trek. Hari ni kami breakfast lambat sikit around 8am. Bak kata Rabin tak perlu rushing dah hari ni sebab kami akan terus balik ke Pokhara dengan jeep dari teahouse kami sekarang ni. Dan buat kali terakhir, aku breakfast dengan Gurung bread with mushroom soup lagi. Aduh, lepas ni entah boleh lagi kah aku merasa Roti Gurung lagi. Kata Rabin, cuma di Annapurna trek saja kami boleh dapat merasa. Boleh jadi kena datang sini lagi lah nak menikmati Gurung bread, hahaha.


Stunning view of Annapurna South, Himchuli & Machhapuchhre

After breakfast, kami tak terus ke jeep tapi kami menghabiskan masa kami yang ada untuk bergambar buat kali terakhir di Annapurna trek. Sambil berlatarbelakangkan Annapurna range yang awesome. Orang kata leave nothing but the footprint but I leave nothing but the sweet memory. Bukan kami saja tapi bersama-sama guides & porters kami. Tak sangka mereka ni semua sporting bila di ajak bergambar sekali & beraksi. Baru aku tahu rupanya...


Porter kami berdua yang gagah perkasa, Thakur

Mereka yang menemani kami sepanjang trekking di Annapurna cicuit trek

Live life to the fullest

Morning view dari Pothana Teahouses ni memang sangat awesome

Kami bertolak dari Pothana around 9.30am. Seperti yang dijanjikan kami naik jeep hari ni. 2 jeep yang dapat memuatkan kami semuanya, 2 drivers, porters & guides. Padat jugalah tapi sebab memikirkan tak nak jalan kaki thru an offroad biarkan sajalah lagi pun perjalanan dianggarkan 1 jam nak sampai ke TAR road. Aku ni siap bersabar duduk belakang guide kami yang tak mandi seminggu, huhuhu. Boleh tahan juga offroad route nak keluar, sengal jugalah satu badan ni. Ingat lagi macam mana horror nya bila jeep kami selisih dengan another jeep from opposite way. Nasib lah, driver kami ni hebat. Alhamdulillah, 10.25am kami dah berjaya keluar dari jalan sengsara, hahaha. 

Around 11.20am, jeep kami pun sampai United Hotel. Same hotel yang kami stay in the past 7 days. Sampa-sampai jer, first thing yang kami cari wifi, hahaha. Haruslah kan, nak update status terkini. Petangnya, kami jalan-jalan di sekitar Pokhara... shopping lah apa yang patutkan before back to Thamel tomorrow.


The future belong to those who believe in the beauty of their dreams.... InsyAllah will come back again for my dream
Tak tahu nak sambung lagi ke tidak sebab lepas ni kami akan naik bas balik ke Thamel Kathmandu. Same thing that we did in the past 8 days. Rasanya, kenangan indah kami berakhir setakat ini saja. Selepas ni terpaksa lah back to real life in Pokhara city & Kathmandu. Far far different from the enchanting Annapurna.

 

Thursday, April 2, 2015

Road To ABC day 8: Newbridge - Landruk - Tolka - Pothana

Saturday, 21 February 2015 
Annapurna Base Camp Trek


Alhamdulillah, bangun pagi hari ni kaki tak rasa sengal lagi dah. Ohh, aku rasa kalau nak compare kesejukan semua teahouse yang aku pernah bermalam, dekat newbridge ni lah antara yang paling tak berapa sangat kesejukannya. Still below 10degC tapi takde lah sampai nak nanges malam-malam sebab menahan kesejukan. As usual, aku masih mampu tidor dengan tenang & nyenyak. Al maklum bilik kami di Kalpana Guesthouse Newbridge ni memang sangat luas & selesa. 

Seawal 5 pagi aku dah bangun sebab waktu solat Suboh disini lebih awal. Tapi macam biasalah, kalau bangun pagi di Annapurna trek ni, kami bersihkan diri yang perlu sajalah, tak mandi. Kami cuma akan mandi bila sampai the next guesthouse & normally before 7pm. Bagi aku, dalam keadaan trekking dalam suhu yang sejuk di Annapurna Trek ni, takde lah melengas sangat kalau nak compare to Malaysia weather, so, kalau mandi sekali sehari pun dah cukup. At least mandi jugalah kan kalau nak compare dengan guide & porters yang bawa kami ni, seminggu tak mandi. Nasib lah bawa kami trekking seminggu je kan, kalau 2 minggu, mahu lagi lama lah agaknya. Adoi bertabah sajalah demi kepuasan yang berganda, huhuhu.


Our Breakfast that morning, as usual... Gurung Bread with Mushroom Soup

We breakfast at 7.15am. As usual, pagi tu, gurung bread juga yang menjadi pilihan hati. Memang "love at the first taste" lah. Tapi macam tak cukup pulak, sudahnya amik half new order from Kay. Kay pun tak cukup juga, hahaha. Tak sangka sungguh selera sekali aku pagi tu. 

Actually, dari Kalpana guest house ni pun dah boleh nampak view Himalayan range yang cantik. Tapi takde lah se perfect view di Pothana. Tapi bagi aku, setiap guest house yang kami sempat singgah & overnight, semuanya menjanjikan view yang berbeza & keunikan yang tersendiri.


About to leave Kalpana Guesthouse at Newbridge

Kami start trekking dari Kalpana Guesthouse Newbridge around 8.20am. Ohh, masa ni kaki Fad nampak macam dah ok sikit compare to semalam. Dan dia pun dah mampu tersenyum riang & join kami breakfast pagi tu. Alhamdulillah. 


Annapurna South seen from Newbridge

Follow this way to Landruk

Our first morning challenge... crossing the hanging bridge

Last caption before leaving Newbridge
 
Passed by guesthouse at Newbridge on the way to Landruk

Still we could see the Annapurna south from far

Route on the way to Landruk

The beautiful hidden waterfall you could see on the way to Landruk

Another hanging bridge to cross

Not moving tree but someone was carrying leaves for their animals perhaps

Short rest before proceed

Permulaan trekking kami melalui perkampungan di Newbridge, masuk hutan sikit and keluar balik thru Landruk Village. Actually, dari Landruk village ni dah ada alternative naik jeep instead of jalan kaki nak ke Pothana. Sebab lepas jer dari Landruk Village, perjalanan kami mostly akan melalui offroad yang hanya lebih sesuai untuk jeep tyre. Tapi itulah, kami tidak pulak diberitahu Rabin, our guide yang kami akan melalui jalan seperti ini. Semalam yang aku ingat, dia cuma brief yang kami akan melalui kawasan village & along the way akan menyaksikan view yang indah. Masa ni aku dah rasa yang Rabin memang tak lansung transparent nak bagi tahu kami situasi yang sebenar. 


Landruk Village
 
Passed by Landruk Village

Right now we were at 1645m heigh

Met this cute girl

Ingatkan mereka menunggu kami... rupanya tidak

Beautiful view on the way menuju Tolka

Aku agak kecewa juga sebab takde yang menarik sangat pun sepanjang jalan lebih-lebih lagi bila dah melepasi Tolka menuju Pothana. Kami terpaksa melalui jalan offroad yang sesuai untuk kenderaan 4WD. On the way tu aku ada juga bertanya kepada Roshan, our second guide yang saing jalan sekali dengan aku, kenapa kita tak ambik jeep saja nak ke Pothana kalau dah route on the way nak sampai ke sana hanya offroad. Dia cakap dah lambat sebab kalau nak naik jeep kena book lebih awal. Tapi aku macam kecewa dengan jawapan tu sebab kami sebenarnya boleh jimatkan masa sampai Pothana lebih awal kalau amik jeep dari Landruk. Tapi tak boleh juga lah nak salah kan si Roshan ni sebab katanya dia pun first time juga lalu route tu. Kalau lah aku tahu dari semalam jalan yang kami kena lalu macam ni, memang aku dah paksa si Rabin provide jeep untuk kami. Apa tak nya, memang buang masa. Aku rasa pun kami-kami jer yang amik laluan jeep route nak ke Pothana. Kami cuma noticed few hikers mat saleh masa mula-mula start hiking di newbridge saja, lepas tu takde pun. Yang ada pun hanyalah penduduk kampung yang keluar masuk dengan jeep. Emmhhh. Tak pasal-pasal aku kena marah dengan orang yang tengah sakit kaki.

Tiba-tiba masu tu dah terfikir pasal kejadian yang sama menimpa kami sewaktu di Ranupani dulu. Perjalanan boleh jadi lebih mudah & singkat kalau guide lebih transparent & honest. Tak rugi apa pun aku rasa. Dalam kedua-dua kes ni, memang guide & agent kami untung sebab kami tak sampai pun matlamat asal kami. So, aku pun tak faham kenapalah dia orang tak pilih jalan yang mudah. Ahh... malas nak fikir dah. Tapi lepas ni, kalau ada trip yang melencong macam ni memang aku kena make sure yang kami tak tertipu sudah. Barangkali juga Ganesh nak menjimatkan kos penginapan kami pulang awal ke Pokhara so, dia bawa kami melencong dulu ke tempat lain. Aku tak kisah kalau trek dia memang tak menyusahkan. I prefered hiking inside the forest rather than walking on offroad which more suitable for 4wd.


Masa ni kami dah mula start menapak atas jeep route

Walaupun jalan dia nampak flat tapi boleh tahan jauh juga perjalanan kami melalui jalan macam ni, lama-lama rasa macam bosan pulak sebab macam tak sampa-sampai

Take five

Kami sampai di Tolka guesthouse around 12pm. Cadangnya nak rehat sekejap jer nak hilangkan penat tapi sebab dah lama sangat kami rehat terus lunch sudahnya. Actually, our guide Rabin plan nak lunch di tea house yang agak ke depan lagi tapi sebab tengok semua pun macam dah lapar, so, kami decide rest & lunch dululah before proceed to Pothana. Kami rest agak lama juga kali ni, 2.5 hours. Aku rasa macam buang masa juga sebab preparation untuk lunch saja dah lama. Hampir pukul 2ptg baru kami dapat makan. Lepas makan confirmlah kena rest kejap before proceed. Sudahnya 2.30pm baru kami start trekking balik.


Tolka Guesthouse... rumah persinggahan kami untuk lunch

Owner Tolka Guesthouse

Lunch time at Tolka Guesthouse

Aku punye nasi goreng jer

Awesome view from Tolka Guesthouse

Sambil Hiking sambil buat kebajikan

Tak salah menghulur kepada yang memerlukan ilmu

From Tolka proceed to Pothana

Ada juga yang menjual souvenirs on the way tu

Perjalanan kami diteruskan tapi makin lama makin jauh pulak rasanya nak sampai sebab takde view indah menghiasi perjalanan kami sudah hanya view di atas sajalah hiburan kami, hahaha

Alhamdulillah, aku, cikgu Nisa & Thirah sampai di See You lodge Pothana at 5.40pm after about 3 hours trekking thru an offroad. Di Pothana ni kami stay di See You lodge. Hari ni pun kami dapat bilik macam semalam juga 2 x tripple & 1 double. Yang lain sampai after 6pm.


Alhamdulillah, finally after almost 3 hours journey from Tolka

See You lodge & restraunt... kat atas restraunt tu spot paling cantik nak amik gambar Annapurna range

My special dinner... Bukan tamak tapi aku memang kelaparan lagi-lagi bila mengenangkan Gurung bread my favourite, hahaha

Kaki macam dah kurang sikit sakit compare to semalam. Hopefully esok lagi ok sebab last day trekking back to jeep.


To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...