Pages

Wednesday, April 15, 2015

Road To ABC day 10: Pokhara to Thamel

Monday, 23 February 2015 
Pokhara


Hari ni kami bersiap awal sebab bas akan pick up kami dekat depan hotel. So, kami cuma perlu menapak sikit saja dari hotel New United ke arah main road. Kami bergerak dari hotel seawal 7.15am after breakfast. Masa ni yang follow kami hanyalah guide kami sahaja, Roshan & Rabin. All our porters dah say goodbye semalam just after we arrived New United Hotel. Perpisahan yang agak berat especially bagi cikgu Nisah yang terpaksa berpisah dengan adik kesayangan beliau, Jiban… hahaha. Susah jugakan kalu dah attached ni. Anyway, aku biasa-biasa saja tapi berharap juga kami akan berjumpa lagi suatu masa nanti. Setiap pertemuan itu kan pasti ada perpisahan, so, kuat tak kuat jelah kita nak kena terima hakikat. 


Port tunggu bus nak balik ke Thamel kathmandu

Askar berkawad di jalan raya... dua round jugalah kami tengok askar nepal ni

Bas kami sampai around 8.00am. Tapi kali ni, bus kami dah sarat dengan penumpang & most of them dah amik port belah kiri. Sebab dah tahu belah kiri boleh dapat view lebih cantik kalau bergerak dari Pokhara. Like 7 days ago, perjalanan dianggarkan hampir 7 jam. Bertabah sajalah. Memandangkan kami akan melalui laluan yang sama pulang ke Thamel, so, keriangan tu takde lah seperti first time kami bergerak dari Thamel ke Pokhara. So, masa memang banyak dihabiskan dengan tidor sajalah. Nak berwifi, signal tak berapa nak strength… emmhhh. Dan kami berhenti di 2 perhentian yang sama seperti 7 hari yang lepas sebelum sampai ke destinasi akhir kami di Thamel. 


Awesome view you could see otw from Pokhara to Thamel Kathmandu (pic taken inside the bus)

Alhamdulillah, sampai di stesen bus Thamel around 3.40pm. Kami tak berjalan ke hotel tapi guide dah arrange taxi untuk kami. The other group under agent yang sama berjalan balik saja ke hotel. Sebenarnya tak jauh dah pun tapi guide kami dah offer nak arrange taxi, kami ok jer. Lagipun mengenangkan one of our member sakit kaki kan. Around 3.50pm, kami pun sampai blue diamond hotel. Nasib baik kami sampai dulu before the other group, hehehe.

Dah sampai bilik, buat apa yang patut dulu, then, pukul 5.00pm, kami keluar balik sebab nak shopping. Tapi kami tak banyak masa dah sebab pukul 7.30pm kami kena berkumpul balik di Hotel for farewell dinner. So, tak banyak yang boleh kami shopping. Apapun, aku dan yang lain dah berazam nak keluar lagi esok for final shopping before back to Malaysia. 


Happy akak-akan ni nak gi habiskan duit, hahaha

Farewell dinner kami malam tu di Halal Anatolia Restraunt. Bukan nya halal Nepali foods tapi Indian/Tibetan/Turkish food. Emmhhh, layankan aje… ingatkan boleh lah merasa roti gurung lagi kan, hahaha. Anyway, food dia biasa-biasa saja tak best mana pun. Bukan aku jer tau yang cakap, yang lain pun. Maybe tengok menu juga kot.


Farewell Dinner with Ganesh and crews

Actually, farewell dinner kami malam tu lebih kepada perkongsian pengalaman kami sepanjang trekking di Annapurna. Dah confirmlah isu yang hangat dibincangkan pada malam tu berkaitan dengan ketidakpuasan hati dengan sikap guide kami. So, agak banyak juga lah feedback tak berapa nak ok compare to ok. Service dia memang bagus tapi cuma bab guide & cakap jujur tu saja yang agak mengecewakan. Anyway, aku cakap yang jujur sahaja sebab different hikers might have different points of view. So, you cannot expect every hikers or clients to follow your guide’s instructions. Malam tu, si Rabin beria-ia minta maaf tapi bagi aku macam dah terlambat jer ko nak buat macam tu sebab benda dah lepas dan kami pun redha jer dengan apa yang terjadi. Anyway, aku memang dah blacklist dia kalau ada rezeki nak ke Nepal lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...