Pages

Saturday, April 4, 2015

Road To ABC day 9: Pothana

Sunday, 22 February 2015 
Annapurna Base Camp Trek


Pejam celik pejam celik rupanya hari ni dah 7 hari kami di Annapurna trek. Dan hari ni merupakan our last day trekking. Ya Allah, tak terasa masa dah berlalu begitu pantas sekali. Rasanya macam baru saja lagi kami nak merasa keindahan luar biasa di bumi Nepal ini. Sungguh nikmat ciptaan Allah swt.

Tak seperti hari sebelumnya, today kami lebih rilex sikit. Yelah kalau sebelum ni  asyik nak fikirkan packing bag bagai, nak bangun awal, nak buat itu & ini, hari ni still kena packing juga cuma takde lah stress seperti hari sebelumnya. Kami dapat good news, kami tak perlu trekking lagi hari ni. Yahoooo. Mesti sebab semalam dah kena kaw-kaw dengan Cik Fad terus hari ni kami dapat jeep untuk direct terus ke Pokhara, hahaha. Alhamdulillah, kalau tak maybe kami kena menapak lagi 3 jam thru an offroad dari teahouse nak sampai ke tempat jeep yang sepatutnya.


Subhanallah... sunrise seen from Pothana

Lepas solat suboh ingat nak sambung tido tapi tiba-tiba Fad datang ketuk pintu bilik, katanya, view sangat cantik kat luar. Kami selak tingkap dulu. Ha'ah, memang matahari masih malu-malu nak memancarkan cahayanya. Subhanallah, memang merasa jugalah kami nak tengok sunrise. Sepanjang trekking di Annapurna trek ni takde pulak kami berpeluang menyaksikan mana-mana sunrise selepas solat Suboh. Alhamdulillah, terubat juga kekecewaan kami tak sampai ke ABC. Kenapa lah aku asyik teringat pasal kekecewaan lagi ni. Memanglah orang cakap, benda yang dah berlalu usah dikenang tapi aku memang fail sikit bab-bab macam ni. I still feel the frustrating. Malam tadi saja aku tak berapa nak lelapkan mata, bukan sebab aku selsema saja tapi sebab banyak sangat pula perkara yang bermain difikiran ini & salah satunya kekecewaan tak sampai ke Annapurna Base camp. Ya Allah kau kasi lah kekuatan pada hambuMu ini.


This is true Banana Pancake... only in Pothana, hahaha

Lepas dah puas menyaksikan sunrise moment di luar See You Lodge Pothana, kami kembali semula ke bilik. Berkemas & bersiap sedia untuk hari terakhir kami di Annapurna trek. Hari ni kami breakfast lambat sikit around 8am. Bak kata Rabin tak perlu rushing dah hari ni sebab kami akan terus balik ke Pokhara dengan jeep dari teahouse kami sekarang ni. Dan buat kali terakhir, aku breakfast dengan Gurung bread with mushroom soup lagi. Aduh, lepas ni entah boleh lagi kah aku merasa Roti Gurung lagi. Kata Rabin, cuma di Annapurna trek saja kami boleh dapat merasa. Boleh jadi kena datang sini lagi lah nak menikmati Gurung bread, hahaha.


Stunning view of Annapurna South, Himchuli & Machhapuchhre

After breakfast, kami tak terus ke jeep tapi kami menghabiskan masa kami yang ada untuk bergambar buat kali terakhir di Annapurna trek. Sambil berlatarbelakangkan Annapurna range yang awesome. Orang kata leave nothing but the footprint but I leave nothing but the sweet memory. Bukan kami saja tapi bersama-sama guides & porters kami. Tak sangka mereka ni semua sporting bila di ajak bergambar sekali & beraksi. Baru aku tahu rupanya...


Porter kami berdua yang gagah perkasa, Thakur

Mereka yang menemani kami sepanjang trekking di Annapurna cicuit trek

Live life to the fullest

Morning view dari Pothana Teahouses ni memang sangat awesome

Kami bertolak dari Pothana around 9.30am. Seperti yang dijanjikan kami naik jeep hari ni. 2 jeep yang dapat memuatkan kami semuanya, 2 drivers, porters & guides. Padat jugalah tapi sebab memikirkan tak nak jalan kaki thru an offroad biarkan sajalah lagi pun perjalanan dianggarkan 1 jam nak sampai ke TAR road. Aku ni siap bersabar duduk belakang guide kami yang tak mandi seminggu, huhuhu. Boleh tahan juga offroad route nak keluar, sengal jugalah satu badan ni. Ingat lagi macam mana horror nya bila jeep kami selisih dengan another jeep from opposite way. Nasib lah, driver kami ni hebat. Alhamdulillah, 10.25am kami dah berjaya keluar dari jalan sengsara, hahaha. 

Around 11.20am, jeep kami pun sampai United Hotel. Same hotel yang kami stay in the past 7 days. Sampa-sampai jer, first thing yang kami cari wifi, hahaha. Haruslah kan, nak update status terkini. Petangnya, kami jalan-jalan di sekitar Pokhara... shopping lah apa yang patutkan before back to Thamel tomorrow.


The future belong to those who believe in the beauty of their dreams.... InsyAllah will come back again for my dream
Tak tahu nak sambung lagi ke tidak sebab lepas ni kami akan naik bas balik ke Thamel Kathmandu. Same thing that we did in the past 8 days. Rasanya, kenangan indah kami berakhir setakat ini saja. Selepas ni terpaksa lah back to real life in Pokhara city & Kathmandu. Far far different from the enchanting Annapurna.

 

1 comment:

  1. That view! SubhanaAllah. So mesmerizing!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...