Pages

Wednesday, May 31, 2017

Journey to the top of Sumatera: Mount Kerinci Part 2

Gunung Kerinci, Jambi
Sunday, 30 April 2017


Gunung Kerinci merupakan puncak gunung tertinggi di pulau Sumatera & juga Gunung berapi tertinggi di Indonesia terletak di kawasan Jambi yang bersempadan dengan wilayah Sumatera Barat di Pegunungan Bukit Barisan, pantai barat dan terletak sekitar 130km di sebelah selatan Padang termasuk dalam kawasan Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS). Gunung gunung Kerinci dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatra. Terdapat satu tugu dilaluan masuk ke Jalur pendakian dimana di atasnya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan simbolik kawasan ini kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera. Gunung Kerinci merupakan gunung berapi stratovolcano yang masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2013.
(source: wikipedia)


Gunung Kerinci as seen from Kayu Aro

Before I jump into the main story, just wanna share some useful information what u need to know about Mount Kerinci...

1. Kerinci is the highest volcano in Indonesia and it is located in Sumatra Island.
2. The trek starts from Kersik Tuo Village.
3. The peak is 3,805 metres above sea level.
4. There are 8 main checkpoints along the way starting from Post 1,2,3, Shelter 1,2,3, Batu Gantung & Tugu Yudha.
5. The climb and descent normally takes 2 days and 1 night, when choosing to go all the way to the summit.
6. Last eruption was June 2013.


Pintu Rimba to Pos 1 

Kami memulakan perjalanan lebih kurang 10mins melalui kebun sayur sebelum tiba di Pintu Rimba. Oh, masa ni tak perasan mana perginya gerbang Pintu Rimba dah, hahaha. Kata Fad, jatuh masa kami sampai tu. Patutlah tak perasan.Alhamdulillah, kami memulakan pendaki lebih kurang pukul 8.30am waktu di Indonesia (waktu di Indonesia lambat 1 jam dari waktu di Malaysia)dari Pintu Rimba.

The real journey to Indrapura is about to begin.

Dari Pintu Rimba ke Pos 1 Kerinci, perjalanan dianggarkan 30mins. Trek masih lagi leisure, cuma yang tak best... berlumpur & lecak. I hate this but nothing I can do. Sapa suruh pilih date musim hujan kan. Rasakan. Tapi mana-mana trip pun kita hanya mampu merancang, Allah swt juga yang berkuasa menentukan kesudahannya. So, apa yang mampu kita buat, banyak-banyakkan lah berdoa memohon daripadaNya semoga apa yang dirancang berjaya & mendapat keredhaan dari Allah swt. InsyAllah.


The journey begins

Just like forest in Malaysia

Jumpa omputeh ni tengah bawa anak dia jalan-jalan kat dalam hutan ni, dah lama duduk sini & kahwin dengan orang sini, fasih dah cakap Indon

Halangan menuju Pos 2

Tengoklah tanah sawah tu

Our porters

Selain trek yang lecak, inipun salah satu halangan juga

Boleh dikatakan sepanjang jalan menuju Shelter 1 trek membajak sawah

Finally, after about 30mins hike from Pintu Rimba

Short rest at Pos 1 Kerinci

Pos 1 to Pos 2 

Dari Pos 1 menujun Pos 3, trek atau jalur pendakian more or less macam trek dari Pintu Rimba menuju Pos 1. Estimated time 20-30mins depending on speed. Lumpur memang tak payah cakaplah, everywhere, anywhere. Memang tak boleh nak elak. Maybe sebab  hujan sentiasa di kerinci tu yang menyebabkan tanah menjadi mendap & berlumpur. Tak sempat nak kering dah basah balik. Padahnya, orang yang mendaki Kerinci pada musim hujan sekarang ni lah. Sebab kalau tak lecak, boleh jadi perjalanan kami akan jadi lebih mudah & pantas, konfiden, hahaha.


Pos 2 Kerinci

Pos 2 Kerinci

Still maintain & steady


Pos 2 to Pos 3

Dari Pos 2 menuju Pos 3, trek sudah mula start mencanak. Barulah terasa the real hiking. Anggaran masa nak sampai ke Pos 3 lebih kurang 1jam.


Trek dari Pos 2 menuju Pos 3

Trek dari Pos 2 menuju Pos 3

Trek dari Pos 2 menuju Pos 3

Dah sampai tahap redho

Pos 3 Kerinci Checked... masa ni kami sudah bertemu dengan RPM hikers


Pos 3 to Shelter 1

Perjalanan daripada pos 3 menuju ke Shelter 1 mengambil masa lebih 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan juga sudah berubah ke Mossy Forest. Keadaan trek juga sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki. Alhamdulillah, kami semua berjaya di sampai Shelter 1 sebelum pukul 12tghari walaupun waktu sampai berbeza. Kami rest lebih kurang 1jam lebih juga sebelum meneruskan pendakian ke Shelter 2. Kami makan packed lunch yang dibawa sendiri dari homestay pagi tadi. Aku macam biasalah tak boleh nak habiskan juga walaupun nasi dah kurangkan half sebelum packed masuk bag. Kami juga ada diberi buah limau yang manis. So, ada lah extra sweet energy sikit.


Short rest in between before sampai Shelter 1

Lunch time

Shelter 1 memang luas, boleh juga kalau nak camping disini

Perjalanan menuju Shelter 2 dijangkakan akan mengambil masa yang lebih lama, estimated time lebih kurang 3 jam. So, sila fuel up energy masa kat shelter 1 sebab perjalanan selepas ini dijangkakan lebih mencabar. Kalau tak lalu nak makan packed lunch yang dibawa dari homestay, sila bawa extra energy food or something yang lalu nak dimakan. Lepas ni nak pakai banyak energy, so, memang perlu makan yang cukup.

Kami mula bergerak dari Shelter 1 lebih kurang pukul 1pm lebih.


To be continued...



Monday, May 29, 2017

Journey to the top of Sumatera: Mount Kerinci Part 1

Gunung Kerinci, Jambi
Sunday, 30 April 2017


Hari yang dinantikan telah tiba. Setelah seharian semalam kami bersantai, kini tiba lah saat yang ditunggu-tunggu. Kemuncak kepada trip kami kali ni, Gunung Kerinci i.e. gunung berapi tertinggi di Indonesia. Punyelah bersabar 2 hari divert pergi tempat lain dulu kan. Nasib baiklah semangat masih membara walaupun debaran semakin memuncak. Mampukan aku. 

Actually, malas nak cerita tapi nak cerita juga sebab tak puas hati. Padahal baru jumpa dengan Rapani & wife dia dua hari lepas, hahaha. Ok, aku rasa konsep "personal porter" kat Kerinci ni lain sikit. Tak seperti di Rinjani & Semeru. Personal porter kat sini bukan hanya angkut barang personal kami saja tapi dengan barang-barang group porter sekali dia masukkan. Malam tadi aku dah warning si Rapani ni, jangan suka-suka hati nak masukkan macam-macam dalam backpack personal kami. Eventho, itu memang keperluan kami kat campsite nanti tapi itu sebahagian beban yang harus diangkut group porter. Kalau dah campur dengan barang personal kami lagi, bukan kah menambah beban lagi. Kami shared 3pax/porter, so, limit pun 5kg jer per pax sebab maximum 15kg. Tup-tup pagi ni dia kata kami kena bawa makanan for dinner, extra air lagi juga dalam bag kami. Emmhhh. Sudahnya, tak valid dah max. 15kg tu sebab dia tetap juga nak masukkan air berbotol-botol & makanan dinner kami. Apa pasal pulak dinner kena bawa dari bawah, kenapa tak masak kat atas. Periuk belanga, dapur semua dah bawa tapi kenapa tak masak kat atas jer.

Dekat pintu Rimba, masa Godok (one of the porter) tengah arrange backpack personal kami, ada pulak periuk yang keluar, adoi. Ni yang aku nampak lah, yang tak nampak. Apsal masa briefing malam tadi tak kasi clear information. Inilah masalahnya kalau aku saja yang cakap & tanya soalan bila briefing. Group leader asyik dengan phone & diam saja. Nasib baik aku tak dengar cakap organizer dari KL tak perlu amik personal porter. Bawa lunch sendiri tu memang understood tapi nak kena bawa makan malam juga sekali.

Aku tak kisah sangat pasal bayaran for personal porter sebab kami memang selalu letak tu dalam budget hiking kami pun. Aku tak tahu pulak kalau during that time tak cukup group porter, that's why dia guna personal porter kami untuk angkut barang-barang yang group porter patut bawa. Tapi bagi aku agak kejam memperlakukan personal porter kami sedemikian rupa. Bag seberat batu harus digalas mereka. Nak jaga kami lagi. Ohh, konsep "personal porter" kat sini pun kena jadi personal guide juga. Kalau kami lambat, lagi lambat lah porter kami sampai. Kot lah nak save budget pun tapi jangan lah buat macam tu sekali. Trip leader sepatutnya memainkan peranan disini tapi apa yang dia buat pun aku tak pasti. Kecewa.

Agak panas jugalah adegan pagi tu sebelum kami bergerak ke Pintu Rimba sebab isu personal porter tak habis-habis lagi, hahaha. Sudahnya, malas nak argue dah pagi tu sebab misi kami Kerinci kami lagi penting. Sebab tu sebelum buat apa-apa trip, briefing sangat penting. Lebih-lebih lagi trip oversea macam Kerinci ni. Tujuan nya nak elakkan benda-benda macam ni berlaku lah. Jangan ambil mudah saja. Kepuasan client harus jadi keutamaan. Aku respect pengurusan Karat Adventure sebab menitikberatkan soal-soal macam ni sebelum permulaan mana-mana trip.

Panjang pulak cerita pasal personal porter, hahaha. Ok, jom back to main story.

Pagi tu breakfast nasi goreng tapi tak berani amik risiko makan sambal dia. Takut nanti merana perut. Nasib baiklah lepas adegan pagi tu masih ada selera lagi nak makan kan.


Ngamuk pun sempat lagi snap pic breakfast pagi tu, nasib baik masih ada selera nak makan, hahaha

Kami bergerak dalam pukul 7.30pagi dari Kerinci View Homestay. Satu lorry & satu van. Perjalanan dianggarkan lebih kurang setengah jam ke Pintu Rimba. Actually, kami request nak start awal mendaki dalam pukul 6pagi macam tu tapi macam-macam masalah pulak tak boleh start awal. Aku tak boleh terima sebab dia cakap kena masak banyak, so, tak boleh nak start awal pagi. Eh, patutnya bila dah request lagi awal, ko kena lah arrange time nak start masak pukul berapa. Takkan tu pun nak kena cakap. Kami ada reason kenapa kami request start awal. Kami tahu kemampuan kami sebab tu kami perlukan lebih masa nak sampai ke Shelter 3. Sebab 8jam for normal pace nak sampai ke Shelter 3, boleh jadi extra 4 jam lagi untuk sebahagian dari kami. Kalau pace macam participant lain...Wawa, Remy & Jamil, pukul 10pagi nak start pun no problem.

GSH bersedia

Kerinci View Homestay to Pintu Rimba

Since group kami 11 orang, kena pecah dua sebab Van tak mampu nak tampung semua. So, aku, Thirah, Cikgu, Wawa, Remy & Jamil join the porter naik lori. Memang saja pilih nak naik lorry pun sebab nak layan view. Alhamdulillah, rezeki kami dapat tengok view Kerinci yang indah. Clearly without the clouds blocking. Cuma, awan tak birulah. Tapi itu pun dah cukup bersyukur. Allah swt kurnikan hajat kami nak dapat cuaca yang indah di Kerinci.

Disebabkan kami start lambat, (padahal belum pukul 8pagi pun masa tu) tak dapat nak bergambar di Tugu Macan, dah lah view tengah terang & cantik. See, that's why kami minta start awal. Kalau aku naik Van dengan Rapani memang aku paksa dia stop juga. Huh, kecewa lagi.


Perkampungan di Gunung Kerinci

View Kerinci on the way menuju Pintu Rimba

Kerinci... Kami datang

View Kerinci dari Ladang Teh menuju Pintu Rimba

View Kerinci dari Ladang Teh menuju Pintu Rimba

Subhanallah

Tak seperti trip kami sebelum ni, pasti ada bakal Imam yang memulakan bacaan doa. Tapi untuk trip kali ni tak nampak bayanagan itu, hahaha. Kan bagus kalau terror hiking ada package bakal Imam juga. Riadah-riadah juga tapi agama tetap seiring. Aku ni takde lah sempurna sangat tapi rasa ada keberkatan dalam sesuatu tip tu kalau sama-sama saling mengingatkan. Kalau ada geng Semeru & Rinjani dulu, pasti ada bakal Imam. Eh, KLMJ.

Our journey started at 8.15am.


The Journey begins

Permulaan nak sampai ke Pintu Rimba kena lalu kebun sayur dulu

Laluan menuju Pintu Rimba melalui kebun sayur dihidangkan dengan view pagi yang indah

Berkumpul di Pintu Rimba sebelum memulakan expedisi

To be continued...


Thursday, May 18, 2017

My 6th KL Towerthon

Menara KL
Sunday, 14 May 2017


Alhamdulillah, berjaya untuk kali ke-6 walaupun bukan the best timing. Tapi, aku berjaya juga lah maintain less than 40mins. Hahaha. Gigih juga walaupun tak cukup training this year. Baru balik panjat gunung berapi tertingggi Indonesia pun pancit juga.

Medal this year

Setiap tahun KL Tower (Organizer) akan buat perubahan & this year still flag off by category cuma instead of flag off ramai-ramai, kali ni dia lepaskan 5 runners for every 15-30sec gap. So, memang lama sikitlah menunggu. Yang bagusnya takde lah ramai orang naik tangga sekali dalam suatu masa. Dan tak seperti tahun-tahun sebelumnya, runners kali ni dengan aman tak perlu queue terlalu panjang nak tunggu lif turun dari atas. Maybe lesson learnt from previous years. Tahun lepas agak kritikal juga sebab sampai ada yang pengsan sebab dengan oksigen yang tak cukup terpaksa pulak berhimpit-himpit tunggu giliran nak masuk lif yang cuma ada satu je pun. So, tahniah KL Tower for this year event kerana mengambil inisiatif untuk berubah ke arah kebaikan bersama.


Tahun ni flag off still by category cuma 5 runners for every 15-30secs gap

Kata-kata semangat... 

Final level

Selfie at the last level

Semoga dapat meneruskan tradisi

Cuma tahun ni aku rasa, sponsor tak banyak dah walaupun fee semakin mahal. Tak puas hati juga sebab takde kasi pisang dah lepas larian. Sebelum larian, ada kasi roti tapi takde air. Aku tak sure lah ada ke tak sebenarnya tapi memang tak dapat lah. Kecewa. Semakin lama, part ni je aku rasa makin lama makin tak best.


My 6th time

Dapat juga bergambo sebelah KL tower

Hopefully dapat mengekalkan acara tradisi untuk next year. InsyAllah.


Saturday, May 13, 2017

Journey to the top of Sumatera: Rawa Bento

Rawa Bento, Kerinci
Saturday, 29 April 2017


Hari ni sepatutnya kami sudah bersiap sedia untuk mendaki Gunung Kerinci tapi seperti yang aku nyatakan dalam entry yang lepas, plan kami sudah bertukar & hari ni kami berlapan telah sepakat nak ke Rawa Bento saja. Tiga peserta lain telah sepakat nak panjat Danau Gunung 7. So, for today’s activity kami telah berpecah mengikut haluan masing-masing. Cuma yang pasti, esok kami akan bersama-sama mendaki Gunung Kerinci.

Honestly, aku agak kecewa juga tak dapat panjat Danau Gunung 7 tapi bila memikirkan Kerinci lagi penting, so, terpaksa lupakan hasrat tu buat masa ni. Mungkin kalau ikut plan asal, boleh jadi aku akan panjat juga Danau Gunung 7. Mungkin rezeki nak panjat dalam edisi khas yang lain. Boleh jadi masa tu, boleh combine dengan Gunung Marapi sekali, siapa tahu kan. Kita hanya merancang. 


Rawa Bento... Kerinci Paradise

Untuk aktiviti hari ni, kami dibawa oleh guide yang cantik jelita, Lisa. Kalau kat IG kira set-set #pendakicantik lah ni, hahaha. Hobby dia selfie. Baru 29 tahun tapi dah ada anak umur 7tahun, Dara namanya. Lisa kira bersaudara jugalah dengan si Rapani. So, kira macam famili business jugalah. Actually, kami tahu pasal Rawa Bento ni since first day kami sampai kat Kerinci View Homestay lagi. Rapani bagi cadangan, let say, lepas turun Gunung Kerinci ada yang tak larat nak panjat Danau Gunung 7, boleh lah consider pergi Rawa Bento ni. Tapi masa tu belum terfikir lagi lah sebab hasrat dihati kalau boleh nak panjat semua lah. So, kami put aside idea Rapani tu dulu. Mana tahu pulak kan, hari ni, dah ditakdirkan kami ke Rawa Bento instead of hiking to Kerinci mahupun ke Danau Gunung 7.

Selepas ni, sesiapa yang ada plan nak pergi Gunung Kerinci tu, maybe boleh include Rawa Bento ni part of the plan. Alang-alang dah sampai area Kerinci ni kan. Or, let say, lepas panjat Gunung Kerinci dah pewai gila, tak larat nak mendaki Danau Gunung 7, bolehlah consider Rawa Bento as an alternative plan.


Breakfast... tengoklah sambal dia tu dah sama banyak dengan nasi, parah perut, hahaha

Kami dah sedia untuk ke Rawa

Nice Cloud

Kalau semalam kami naik Kerinci... confirm cantik view hari ni

Kerinci... Close up

People of Pelompek Village... mahu ke kebun tanam cabai

Kami bertolak lebih kurang pukul 8 lebih menuju sungai yang akan membawa kami ke Rawa Bento. Tak jauh pun dari homestay kami, adalah dalam 5min berjalan jer. Actually dari homestay pun dah boleh nampak. Alhamdulillah, cuaca cantik untuk aktiviti hari ini. Masa tu dah terfikir, kalau kami panjat kerinci semalam, confirm kami dapat view yang ohsem kat peak pagi ni. Emmhhh.


GSH with Kerinci background (dalam kebun sayur pun jadi)

Mula-mula naik boat tu memang excited tapi bila dah start tu rasa lain macam plak, hahaha. Sebab rasa macam tak stable plak boat kami masa tu. Tambah was-was lagi sebab takde life jacket provided. Aku pun, boat dah gerak baru terfikir, hahaha. Excited punya pasal kan. Huish, boleh pulak tak provide tapi nak buat aktiviti Air. Rawa ni pun boleh tahan dalam & deras juga juga air dia. Tapi aku rasa baru-baru ni ada thirah post gamba kat group dari FB Rapani, baru perasan dia dah sediakan life jacket. Ada pulak. Anyway, nak buat apa-apa aktiviti pun, SAFETY must comes first. Barulah enjoy nak buat apa-apa pun kan. Kami proceed juga, redho tapi berdoa sajalah semoga semua selamat. Alhamdulillah. 


The reflection is just beautiful

Rawa Bento terletak di desa Kersik Tuo Kecamatan Perwakilan Kayu Aro, Kerinci, Provinsi Jambi. Rawa ini merupakan tanah lembab pada ketinggian 1.333 mdpl, dengan luas skitar 1.000 ha.

Rawa ini pada mulanya adalah sebuah danau tapi akibat pemendapan aliran sungai di sekitarnya yang berasal dari gugusan Gunung Kerinci, Gunung Tujuh, Gunung Sangkar dan sekitarnya yang menyebabkan semakin lama semakin cetek. Sekarang rawa ini banyak di tumbuhi rumput bento dan menjadi hutan rawa, sehingga dikenali dengan nama Rawa Bento. Keunikan Rawa Bento terletak padanya. Tidak seperti rawa pada umumnya yang terletak pada dataran rendah, Rawa Bento terletak pada ketinggian 1375mdpl. Rawa ini juga bukan merupakan rawa air payau tapi rawa air tawar. Disebabkan ini, Rawa Bento merupakan rawa air tawar tertinggi di Sumatera.

Kawasan rawa dengan luas kurang lebih 1000 Ha ini memiliki ekosistem rawa yang terdiri atas rumput rawa gambut, hutan rawa kerdil, serta danau rawa kecil. Seperti yang sudah disebutkan diatas, ekosistem rumput rawa gambut Rawa Bento di dominasi oleh rumput bento (Leersia hexandra: Poaceae). Selain rumput bento, ekosistem rumput rawa ini juga terdiri atas jenis rumput lainnya dari family Poaceae dan family Cyperaceae.



Gunung Keinci kelihatan dari Rawa Bento

Gunung 7 on the left side

Gunung Kerinci view on the right side

Nama Rawa Bento sendiri berasl dari nama rumput yang banyak di temukan disini i.e. rumput bento

Let's begin the journey

Lisa tengah brief pasal Rawa Bento

Pemandangan sepanjang perjalanan kami di Rawa Air Tawar tertinggi Sumatera itu memang sangat indah. Sebelah kanan, of course the spectacular Mount Kerinci & sebelah kiri kami pula, Gunung Tujuh yang awesome. Depan kami, fuhh, unbelievable view blended with the perfect weather. Alhamdulillah, our journey & morning activity for today ... everything was just nice. Rasa terubat kekecewaan tak ke Danau Gunung Tujuh.


Perfect reflection

The Beautiful Rawa Bento

The Beautiful Rawa Bento

The Beautiful Rawa Bento

Macam Lukisan

Ada juga perkampungan yang akan dilalui sepanjang perjalanan tu

Kambing nak menyeberang

The Cute Dara

Happy faces
 
Dah macam Taman safari...

Dah sampai destinasi

Lama juga kami kat atas boat tu, about 1 hour juga before reach the destination for picnic. Haa, picnic lah sangat kan. Macam tak ada apa-apa yang akan berlaku esok. Wish I could have another day for relaxing and enjoy the beautiful view here. 


We were blessed with the beautiful weather

Subhanallah

Aktiviti kami hari ni... bersuka ria sambil picnic di Rawa bento

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini selain layan view, bergambar & picnic sambil makan-makan & menyanyi, hehehe. Kalau yang kaki pancing tu boleh lah spend lebih lama kat Rawa ni kot sebab perasan juga ada orang yang memancing masa kami naik boat tadi. Boleh jadi lumayan tangkapan nya. Kami spend tak lama pun kat sini, dalam satu jam juga sebelum cuaca tiba-tiba berubah mendung. Ribut ni (bukan ribut petir ya) kalau tak sempat sampai homestay before hujan. Packed lunch yang kami bawa pun tak sentuh.


Nice weather to take photos

Happy macam takde apa yang berlaku esok, hahaha
 
Cuaca tiba-tiba mendung... jom balik

That's all for today's beautiful jouney

Ice cream yang cute & colourful... makan masa dah sampai homestay

Balik homestay jer sambung rehat-rehat lagi. Makan & tidur. Kami banyak masa nak packing & rehat sebelum the real journey to Gunung kerinci keesokkan harinya. Hopefully, semua berjalan seperti yang dirancang. InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...