Pages

Saturday, May 13, 2017

Journey to the top of Sumatera: Rawa Bento

Rawa Bento, Kerinci
Saturday, 29 April 2017


Hari ni sepatutnya kami sudah bersiap sedia untuk mendaki Gunung Kerinci tapi seperti yang aku nyatakan dalam entry yang lepas, plan kami sudah bertukar & hari ni kami berlapan telah sepakat nak ke Rawa Bento saja. Tiga peserta lain telah sepakat nak panjat Danau Gunung 7. So, for today’s activity kami telah berpecah mengikut haluan masing-masing. Cuma yang pasti, esok kami akan bersama-sama mendaki Gunung Kerinci.

Honestly, aku agak kecewa juga tak dapat panjat Danau Gunung 7 tapi bila memikirkan Kerinci lagi penting, so, terpaksa lupakan hasrat tu buat masa ni. Mungkin kalau ikut plan asal, boleh jadi aku akan panjat juga Danau Gunung 7. Mungkin rezeki nak panjat dalam edisi khas yang lain. Boleh jadi masa tu, boleh combine dengan Gunung Marapi sekali, siapa tahu kan. Kita hanya merancang. 


Rawa Bento... Kerinci Paradise

Untuk aktiviti hari ni, kami dibawa oleh guide yang cantik jelita, Lisa. Kalau kat IG kira set-set #pendakicantik lah ni, hahaha. Hobby dia selfie. Baru 29 tahun tapi dah ada anak umur 7tahun, Dara namanya. Lisa kira bersaudara jugalah dengan si Rapani. So, kira macam famili business jugalah. Actually, kami tahu pasal Rawa Bento ni since first day kami sampai kat Kerinci View Homestay lagi. Rapani bagi cadangan, let say, lepas turun Gunung Kerinci ada yang tak larat nak panjat Danau Gunung 7, boleh lah consider pergi Rawa Bento ni. Tapi masa tu belum terfikir lagi lah sebab hasrat dihati kalau boleh nak panjat semua lah. So, kami put aside idea Rapani tu dulu. Mana tahu pulak kan, hari ni, dah ditakdirkan kami ke Rawa Bento instead of hiking to Kerinci mahupun ke Danau Gunung 7.

Selepas ni, sesiapa yang ada plan nak pergi Gunung Kerinci tu, maybe boleh include Rawa Bento ni part of the plan. Alang-alang dah sampai area Kerinci ni kan. Or, let say, lepas panjat Gunung Kerinci dah pewai gila, tak larat nak mendaki Danau Gunung 7, bolehlah consider Rawa Bento as an alternative plan.


Breakfast... tengoklah sambal dia tu dah sama banyak dengan nasi, parah perut, hahaha

Kami dah sedia untuk ke Rawa

Nice Cloud

Kalau semalam kami naik Kerinci... confirm cantik view hari ni

Kerinci... Close up

People of Pelompek Village... mahu ke kebun tanam cabai

Kami bertolak lebih kurang pukul 8 lebih menuju sungai yang akan membawa kami ke Rawa Bento. Tak jauh pun dari homestay kami, adalah dalam 5min berjalan jer. Actually dari homestay pun dah boleh nampak. Alhamdulillah, cuaca cantik untuk aktiviti hari ini. Masa tu dah terfikir, kalau kami panjat kerinci semalam, confirm kami dapat view yang ohsem kat peak pagi ni. Emmhhh.


GSH with Kerinci background (dalam kebun sayur pun jadi)

Mula-mula naik boat tu memang excited tapi bila dah start tu rasa lain macam plak, hahaha. Sebab rasa macam tak stable plak boat kami masa tu. Tambah was-was lagi sebab takde life jacket provided. Aku pun, boat dah gerak baru terfikir, hahaha. Excited punya pasal kan. Huish, boleh pulak tak provide tapi nak buat aktiviti Air. Rawa ni pun boleh tahan dalam & deras juga juga air dia. Tapi aku rasa baru-baru ni ada thirah post gamba kat group dari FB Rapani, baru perasan dia dah sediakan life jacket. Ada pulak. Anyway, nak buat apa-apa aktiviti pun, SAFETY must comes first. Barulah enjoy nak buat apa-apa pun kan. Kami proceed juga, redho tapi berdoa sajalah semoga semua selamat. Alhamdulillah. 


The reflection is just beautiful

Rawa Bento terletak di desa Kersik Tuo Kecamatan Perwakilan Kayu Aro, Kerinci, Provinsi Jambi. Rawa ini merupakan tanah lembab pada ketinggian 1.333 mdpl, dengan luas skitar 1.000 ha.

Rawa ini pada mulanya adalah sebuah danau tapi akibat pemendapan aliran sungai di sekitarnya yang berasal dari gugusan Gunung Kerinci, Gunung Tujuh, Gunung Sangkar dan sekitarnya yang menyebabkan semakin lama semakin cetek. Sekarang rawa ini banyak di tumbuhi rumput bento dan menjadi hutan rawa, sehingga dikenali dengan nama Rawa Bento. Keunikan Rawa Bento terletak padanya. Tidak seperti rawa pada umumnya yang terletak pada dataran rendah, Rawa Bento terletak pada ketinggian 1375mdpl. Rawa ini juga bukan merupakan rawa air payau tapi rawa air tawar. Disebabkan ini, Rawa Bento merupakan rawa air tawar tertinggi di Sumatera.

Kawasan rawa dengan luas kurang lebih 1000 Ha ini memiliki ekosistem rawa yang terdiri atas rumput rawa gambut, hutan rawa kerdil, serta danau rawa kecil. Seperti yang sudah disebutkan diatas, ekosistem rumput rawa gambut Rawa Bento di dominasi oleh rumput bento (Leersia hexandra: Poaceae). Selain rumput bento, ekosistem rumput rawa ini juga terdiri atas jenis rumput lainnya dari family Poaceae dan family Cyperaceae.



Gunung Keinci kelihatan dari Rawa Bento

Gunung 7 on the left side

Gunung Kerinci view on the right side

Nama Rawa Bento sendiri berasl dari nama rumput yang banyak di temukan disini i.e. rumput bento

Let's begin the journey

Lisa tengah brief pasal Rawa Bento

Pemandangan sepanjang perjalanan kami di Rawa Air Tawar tertinggi Sumatera itu memang sangat indah. Sebelah kanan, of course the spectacular Mount Kerinci & sebelah kiri kami pula, Gunung Tujuh yang awesome. Depan kami, fuhh, unbelievable view blended with the perfect weather. Alhamdulillah, our journey & morning activity for today ... everything was just nice. Rasa terubat kekecewaan tak ke Danau Gunung Tujuh.


Perfect reflection

The Beautiful Rawa Bento

The Beautiful Rawa Bento

The Beautiful Rawa Bento

Macam Lukisan

Ada juga perkampungan yang akan dilalui sepanjang perjalanan tu

Kambing nak menyeberang

The Cute Dara

Happy faces
 
Dah macam Taman safari...

Dah sampai destinasi

Lama juga kami kat atas boat tu, about 1 hour juga before reach the destination for picnic. Haa, picnic lah sangat kan. Macam tak ada apa-apa yang akan berlaku esok. Wish I could have another day for relaxing and enjoy the beautiful view here. 


We were blessed with the beautiful weather

Subhanallah

Aktiviti kami hari ni... bersuka ria sambil picnic di Rawa bento

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini selain layan view, bergambar & picnic sambil makan-makan & menyanyi, hehehe. Kalau yang kaki pancing tu boleh lah spend lebih lama kat Rawa ni kot sebab perasan juga ada orang yang memancing masa kami naik boat tadi. Boleh jadi lumayan tangkapan nya. Kami spend tak lama pun kat sini, dalam satu jam juga sebelum cuaca tiba-tiba berubah mendung. Ribut ni (bukan ribut petir ya) kalau tak sempat sampai homestay before hujan. Packed lunch yang kami bawa pun tak sentuh.


Nice weather to take photos

Happy macam takde apa yang berlaku esok, hahaha
 
Cuaca tiba-tiba mendung... jom balik

That's all for today's beautiful jouney

Ice cream yang cute & colourful... makan masa dah sampai homestay

Balik homestay jer sambung rehat-rehat lagi. Makan & tidur. Kami banyak masa nak packing & rehat sebelum the real journey to Gunung kerinci keesokkan harinya. Hopefully, semua berjalan seperti yang dirancang. InsyaAllah.


6 comments:

  1. jelita je aku tgk korang semua....takde mcm 'makcik kantin' pon seperti mereka gelarkan....hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak tahu apa-apa pun pasal yang ko cerita ni, orang lain kot

      Delete
  2. itulah diorg ni tak habis lg tu cite makcik kantin...

    memula haritu baca rawa bento ni, aku bayangkan pergi paya kena bawak bekal makan.... hehehe

    Nampak lg menarik dr danau segara anak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tempat ada daya tarikan, takleh nak compare sebab cantik jer bagi aku

      Delete
  3. Replies
    1. Entah tak tahu cerita pun, sapa ntah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...