Pages

Wednesday, May 10, 2017

Journey to the top of Sumatera: Danau Kaco

Kerinci, Jambi Sumatera
Friday, 28 April 2017


Actually, aku tahu pasal Danau Kaco ataupun Tasik Kaca ni melalui IG. Aku rasa kalau aku tak tengok IG Id Pendaki, boleh jadi aku tak tahu pun pasal Danau Kaco ni. Hebat tak kuasa social network. Dengan hanya photo saja dah mampu buat orang teruja tanpa tahu hakikat yang sebenarnya. Ini yang aku nak cerita. Boleh jadi cerita sedih barbaur geram sebab aku pun jadi mangsa juga. Excited sampai lupa nak tahu the truth lies behind. Aku tak salah kan pun orang yang post gambo tu. Memang betul lah kata pepatah Inggeris “Difficult road always leads to beautiful destination”. Exactly, apply for this case. Apa yang aku nak gambarkan Danau kaco ni lah. Hanya berdasarkan photo dan pengalaman sahabat yang pernah sampai sebelum ni, so, aku hanya bergantung kepada kata-kata Wan saja. Based on Wan’s story, takde apa yang perlu dirisaukan sebab trail memang agak landai & leisure. Ok, ini aku setuju, cuma nasib tak menyebelahi kami trek agak teruk masa kami sampai sini, lecak & berlumpur. Kena cross sungai pun, wan tak cakap. Cuma yang aku tak setuju dia cakap, kalau trekking ikut pace paling santai pun, 2jam dah boleh sampai. Ini aku rasa memang penipu betul. Even trek leisure takde lecak pun aku rasa dalam 2.5-3jam jugalah nak sampai. Huh, tak tahu dia compare stamina aku dengan dia yang jalan memang laju tu tak tahulah. Masa tu nak menyesal pun tak guna sebab kami dah sampai & harus teruskan juga. My biggest mistake tak buat research terlebih dahulu. Organizer pun kasi silap info juga. Kata 2jam je nak sampai sini dari Pelompek Village tapi rasanya bawa laju pun, nak makan masa 3jam jugalah. 


Perjalanan menuju Danau Kaco

Perjalanan menuju Danau Kaco

Kelihatan Gunung Raya dalam perjalanan menuju Danau Kaco

Danau Kerinci dari kejauhan

Danau Kerinci yang indah

Persinggahan kami yang seterusnya

Ada juga Villa kat tengah-tengah hutan ni

Dah sampai

Dah sampai lambat satu hal, nak menghadap trail yang membajak sawah lagi satu hal pulak. Adus. Ingatkan boleh lah trekking leisure sebelum trip kami ke Kerinci esoknya. Tapi, rasanya macam banyak kerah tenaga pulak hari ni. Kami start agak lewat juga dalam pukul 10 lebih macam tu. No briefing, no bacaan doa... terus redah jer. Emmhhh. Pandai-pandai sendiri lah. Mula-mula trekking tu memang excited tapi lama-lama macam bosan pulak sebab lama sangat rasanya berjalan tak sampai-sampai. Lagilah dengan trek yang lecak & berlumpur.

Just nak share kalau nak ke Danau Kaco ni, the best to wear is Kampung Adidas atau lebih senang cakap kasut getah. Tak pun pakai sandal yang memang guna untuk trekking tu. Sebab trek menuju Danau Kaco ni ada masa kena menyeberangi sungai. So, nak tak nak memang kena basah juga. Kalau pakai kasut getah memang takde masalah nak redah sungai ke... lecak ke... bawa berenang ke. Memang All in lah. Kalau boleh jangan pakai kasut trekking Columbia, Solomon, La Sportiva & yang sewaktu dengan nya sebab nanti menyesal, even kasut tu ada gortex or waterproof. Kalau dah masuk sungai memang tak applicable dah gortex tu. 

Next time maybe nak kena cari kasut yang senang nak nak kering bila dah masuk air walaupun ada gortex. Air tak bertakung kat dalam kasut & senang nak guna even dalam trek yang berlumpur, kena pijak air & kena cross sungai. Dengar cerita Columbia ada introduce new design yang menepati ciri-ciri yang aku nyatakan. Emmhhh maybe boleh tengok dulu servey for future, Eh... hahaha.

Back to main story, jom kita layan gambar trek menuju Danau Kaco.


Starting point trekking

Permulaan trek pun dah lecak & berlumpur

Ada certain trek tu kena mendaki sikit

Trek menuju Danau Kaco

Boleh dikatakan sepanjang trek nak sampai ke Danau Kaco macam ni

Trek berlumpur

Nanti ada 3X kena cross anak sungai macam ni

Trekking dalam hujan juga

Take Five

Sebab tu pakai sandal & kampung adidas lagi bagus

In the middle of Jungle, Taman Nasional Kerinci Seblat

Entering Bamboo Forest territory

Tak semudah yang disangka
 
Mahu stress juga kalau dah sepanjang jalan pun macam ni

Nasib baik ada buluh nak ke seberang

Antara yang mencabar juga, nak kena cross sungai yang agak deras

Kalau dah lepas cross sungai ni maknanya dah sampai dah tu

Kami sampai Danau Kaco dalam 2.30ptg. Itupun kami spend tak sampai 1.5hrs. Nak makan lagi, amik gamba lagi... last-last malas pulak rasa nak mandi sebab rasa macam masa tak cukup masa sebab kami dah sampai lambat. Padahal dah bawa goggle & seluar swimming bagai, hahaha. Tapi sebab dah rasa kecewa & penat, musnah segala hasrat. Rasa rugi pun ada sebab kau dah berjalan sejauh ini & hanya mampu nak menatap indahnya saja, tapi tak mampu nak merasai nikmatnya. 


Finally after about 3.5hrs journey... sampai juga Danau Kaco

Danau Kaco atau Mirror Lake adalah mutiara yang tersembunyi diantara keindahan Taman Nasional Kerinci Seblat. Danau yang sungguh unik ini terletak di tengah-tengah Kerinci Seblat National Park, Kerinci District atau lebih tepat di Desa Lempur, Gunung Raya.

Danau Kaco (masyarakat setempat menyebutnya) bererti kaca. Danau kaco memang mempunyai air yang sangat cantik kebiruan. Terletak di kentinggian 1289asl, danau ini tergolong danau yang kecil tidak seperti danau-danau pada umumnya. Hanya berukuran luas sekitar 30 x 30 meter, namun danau ini memiliki keindahannya yang tersendiri. Ada small waterfall berhampiran danau and it just so wonderful. Local said that the blue color comes from the high mineral contained by the water.

Selain mempunyai air yang sangat jernih, kedalaman danau ini masih misteri dan belum ada yang pasti berapa kedalamanya. Keajaiban lainnya adalah Danau Kaco ini memancarkan cahaya yang terang saat gelap gelita, lebih-lebih lagi disaat bulan purnama. Terdapat juga pengunjung yang bermalam disini hanya untuk melihat keajaiban ini. Ada beberapa peneliti yang mencuba untuk mencari jawapan akan fenomena ini, tetapi semua masih menjadi misteri dimana dalam penyelaman oksigen habis sebelum menyentuh dasar danau. 



Danau Kaco yang unik

Danau Kaco

Sambil Picnic sambil menghayati indahnya Danau Kaco

Packed Lunch yang siap dibawa dari Homestay kami

Banyak ikan dalam Danau ni

Aku rasa macam ada something kat pasir hitam tengah-tengah tu bila tengok video yang aku rakam kat dalam danau ni balik

Rasa macam tak puas nak menatap indahnya Tasik Kaca ni tapi masa kami tak mengizinkan

Kami mula bergerak balik dari Danau Kaco sebelum pukul 4ptg berbanding yang lain sebab ada urusan akhirat yang perlu kami selesaikan dahulu. Takut nanti tak sempat pulak bila dah sampai kat starting point pagi tadi. Adeq, Bai, miza, Aditya & Wawa dah bergerak terlebih dahulu. Tak boleh nak stay lama sangat sebab kat sini waktu gelapnya cepat. Kalau boleh tak nak lah balik jalan dalam gelap dalam hutan pulak tu. 

Perjalanan balik tak banyak berhenti & kami berjalan saja dengan konsep redah walaupun ada yang pakai kasut trekking cross sungai masa tu. Malas nak fikir dah masa tu agaknya sebab nak sampai cepat. Rondi (guide) siap perli Aku, Eein & Fad yang berjalan dibelakang sekali masa tu "dah balik boleh pula cepat jalan". Nama pun nak balik kan, karang kami jalan slow motion, kau pulak yang tension. Rondi ni pun dah kena tegur baru nak tunggu kami, barulah nak stay together dengan kami kat belakang, kalau tak mahu dia join geng turbo kat depan. Aku & Fad, the last person yang sampai kat permulaan trek. Dalam 6.30pm macam tu. Kesian kak Fad tersalah step masa on the way nak sampai tu, so, tak boleh nak speed-up sangat dah. Alhamdulillah, semua selamat sampai sebelum hari gelap.

Actually, ada satu air terjun yang agak cantik berhampiran danau kaco ni. Tak jauh pun. Aku tahu pun sebab mas yang kami tumpang rumah dia nak ke toilet tadi cakap masa aku baru sampai kat starting point. Dia siap cakap kat situ lagi best nak mandi-mandi. Cara dia cakap tu macam rugilah tak pergi sebab dah jalan jauh. Aku pun terpinga-pinga juga masa tu. Kami tak tahu pun ada waterfall. Aku pun terus pandang Rondi. Rondi yang kebetulan tengah dengar aku berbual masa tu, terus buat muka tak bersalah. Tak tanya pun terus jawab. Macam dah faham kot insyarat aku masa tu. Alasan dia tak nak kasi tahu sebab takut lambat & tak sempat. Emmhhh, banyak betul penipuan. 

Kami mula bergerak balik sebelum pukul 7pm. Dah lewat juga tapi nak buat macam mana, trek memang tak kasi chance lansung.  Malang menimpa kami lagi on the way nak balik tu. Tayar van kami rosak pulak. Nasib baiklah Aditya mampu tukar tayar sepantas 10min. Hebat tanpa bantuan kami semua. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Kerinci View Homestay di Pelompek Village dalam 10.10pm.


Tayar Van kami tiba-tiba pancit pulak kat area Sungai penuh... terlebih muatan barangkali, hahahaa

Ohh, esok sepatutnya kami ke Gunung Kerinci tapi bertukar plan lagi sebab ada antara kami yang tak larat selepas pulang dari Danau Kaco. Ini semua cadangan Aditya selepas dia tersengeh-sengeh dengar kami membebel dalam Van dia. Cool gila dia ni, asyik tersengeh je 24jam. Malam tu juga Rapani called aku & berbincang pertukaran plan kami. Boleh pulak kau tukar kerinci pergi hari Ahad instead of today. Masa aku suruh tukar ke plan asal nak ke Kerinci dulu banyak pulak alasannya. Malas nak argue masa tu. So, aktiviti kami bertukar esok ke Rawa Bento. Actually, other option hiking ke Danau Gunung 7 tapi sebab trek dia pun boleh tahan 60deg steep, emmhhh, rasanya baik aku save energy nak panjat Kerinci. Tapi Remy, Jamil & Wawa pilih nak ke Danau Gunung 7. Dah memang kerja dia orang 3 orang tu, so, takde masalah hari-hari pun panjat gunung. Tak boleh nak compare dengan kerja aku ni yang hari-hari naik lif nak ke Office. Tapi kalau nak follow mereka bertiga ni pun kena fikir 10X juga. Silap-silap kena tinggal jauh kat belakang bila tengok pace dia orang hari ni ke Danau Kaco.


Alhamdulillah sampai-sampai saja di Homestay, kami dihidangkan dengan dinner yang best

Malam ni boleh tidur dengan aman & lebih lama sikit sebab esok aktiviti santai saja before nak ke Kerinci.


2 comments:

  1. seksa jgk tengok... Kak Fad tu setia sungguh dgn trademark bangsa Johor. Thirah tu kasut dia nmpk mcm adidas kampong je, tak nmpk mcm Columbia pink dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thirah kendong kasut ke sandal dlm beg kat depan dia tu, standby kot xselesa sbb br bli kasut getah tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...