Pages

Sunday, June 30, 2013

Bali Vacation Day 4


Kintamani Volcano and Ubud Tour 
Saturday, 22/6/2013 


Today is our day 4 at Bali...

Our driver, Wayang cakap masih ade banyak masa sebelum Barong Dance performance, so, dia pun bawa kami pergi satu tempat ni nak shopping lagi... lokasi terletak tidak jauh dari Batubalan village tempat Barong Dance, kira otw jelah. Tapi kami diberi half an hour sahaja... cukuplah tu, karang lama sangat lupa plak aktivity utama kami hari tu. Kat sini pun banyak juga barang yang menarik boleh di shopping. Pelik aku macam mana orang boleh cakap takda apa pun nak shopping kat Bali... emmhhh. Padahal macam-macam ada. Maybe, I asked the wrong person... hehehe.


Our first destination before to Barong Dance show

Actually, wayang suggest banyak lagi tempat menarik kat kami tapi aku rasa cukuplah cover yang kami patut pergi sahaja sebab yang tempat-tempat lain tu, rasanye, macam tak memberi makna sangat kat kami... hahaha. To be honest, kami nak save masa untuk ke tempat-tempat yang wajib kami lawati. Setakat painting tu aku rasa kat pasar-pasar lagi murah daripada beli kat Gallery dia tapi cuma kualiti jelah yang berbeza. Anyway, saya bukan lah peminat painting walaupun hobby saya amek gambar. Dulu, aku masih ingat lagi zaman-zaman sekolah dulu, kalau ade aktivity yang melibatkan melukis, mewarna, akulah antara orang yang cikgu akan cari dulu... tolong buat props, hias stage, painting & anything yang melibatkan seni lah. Tak terbilang rasa nye pertandingan yang aku selalu masuk. Tapi tu dulu... people changed anyway. Oppss... tukar topic kejap. 


Barong dance @ Batubulan Village

Kami tiba di lokasi Barong dance just nice around 9.20AM. Peformance started at 9.30AM. Ticket masuk agak mahal, IDR 100K tapi itu memang aku dah letak dalam budget pun. Like Kecak dance, aku pun tak faham apa yang dia orang cakapkan tapi as usual, kami diberi one sheet of storyline telling what is Barong Dance performance is all about. So, takde lah rasa lost sangat. Agak menarik sambil diiringi Gamelan & dah macam ala-ala tengok teater muzikal. Walaupun aku dapat seat depan tapi agak menghampakan sebab orang yang duk depan aku tu pakcik-pakcik.


Penyambut Tetamu

Barong Dance Characters...















Dalam-dalam ramai tu sempat jugalah terserempak dengan artis dari Malaya yang tengah Honeymoon... hahaha, kantoi. Jalan-jalan lah konon. Anyway both of them very sporting.


Kawan dari Malaysia


Pasar Sukawati

Tempat ni memang syurga beli-belah barang murah di Bali lah. Tapi make sure kena pandai bargain lah... jangan pulak redha dengan harga yang dia orang letak. Shopping sakan juga lah kami kat sini. T-shirt, telekung, Painting, Kain Batik & macam-macam lagi lah. Aku tertarik juga nak beli painting kat sini... serious murah-murah & cantik-cantik pulak tu tapi memikirkan nak mengendong bawa balik tu, malas plak. Sebab takut hilang quality nye.


Macam-macam ada

One of the attraction at Pasar Sukawati

Pasar Seni Sukawati


Lunch @ Kintamni with mountain and lake view

Entrance Fee: IDR 5K

Kintamani region ni terkenal dengan Batur lake and volcano nya. Danao yang terbesar di Bali. Kalau cuaca cerah & panas memang seriously cantik view kat sini. Tapi masa kami sampai tu, cuaca agak mendung & gerimis.

Tempat makan kami, Batur Sari Restraunt memang dah statrategik tapi kabus tebal pulak. Not our lucky day too. Harapkan dah bayar mahal dapatlah dapat view yang mahal juga tapi... rasa tak berbaloi pulak. Konon-konon nak budget... hangus dah IDR120K aku. Makanan dia biasa-biasa jer... tak best mana pun. Bila kami kasi tahu our Driver, Wayang yang harga buffet tu Mahal, dia buat-buat terkejut pulak... huh.

Actually, boleh dapat tempat makan murah lagi tapi seberang jalan lah. Meaning, kalau nak tengok view Batur lake and volcano kena cross jalan lah. Tapi yang aku perasan mana-mana tour agent memang akan bawa pelancong makan di sini. Sebab nye, parking kat tempat buffet kami tu jer dah pernuh dengan Suzuki APV. Aku rasa mana-mana kedai makan yang menghadap Batur lake and volcano, standard harga memang sama jer and confirm Mahal.


Ni saja yang terbaek aku bolah abadikan di Kintamani

Tomorrow morning, I will conquer that mountain... hehehe

View of Batur Lake from Batur Sari Restraunt


Coffee and Spices Plantation Luwak Coffee (Pineh Colada Bali Farm)

After lunch & solat, kami singgah di Pineh Colada farm untuk settle kan payment for our whole trip. Tapi before that, kami diberi minum kopi percuma pelbagai perisa except luwak kopi (ni kalau nak rasa kena charge lain sebab mahal kan) memandangkan kami dah masuk ladang dia & part of the itinerary. Last-last terpengaruh juga beli coffee dia sebab sedap sangat plak especially Ginseng Coffee dia. Apa yang menarik nye kopi di sini di process menggunakan traditional method and tiada campuran. Pemilik ladang ini juga adelah orang yang sama membuat bisnes package tour yang kami ambil, Mr Pineh. No wonder lah dia bawa kami ke Ladang dia... nak promote kopi dia rupa nya. Anyway, his a very soft spoken person. 


Berhenti sekejap for... Coffee Break

Tamarillo or Terung Belanda

Fresh Oranges from Pineh Farm

Luwak or Asian Palm Civet in a cage

Luwak choose to eat coffee cherries containing better beans

Output from the Luwak

Five flavours for us... (from top) Original Bali Coffee, Lemon Tea & (below) Vanilla Coffee, Ginseng Coffee, Ginger Tea

If you like the taste... boleh lah beli, Packet kecik tu IDR30K & Packet besar IDR70K...


Tegalalang Rice Terrace

Entrance Fee: IDR 5K

Our last destination for today's trip.

Tegalalang Rice Terrace ni terletak di Tegalalang Village north of Ubud Bali. Tempat ni lebih kurang sama macam yang kat Jatiluwih yang kami patut pergi semalam. Dekat sini pun takde padi dah tapi still boleh nampak structure tanah rice terrace tu. Dah kira OK lah tu... layannn. Tapi kalau ada padi memang lagi cantiklah view dia.

Normally, Tegalalang rice terrace ni merupakan salah satu alternative tourist destinations to visit during Kintamani Tour or Ubud Village tour.


Stunning view of rice terrace where we can see from the main road from Kintamani to Ubud

Tourist can prefer to take photos on top or going down to get better angle

What makes it different is the way they planted the paddy

One of the a Must stop area while on the way to Kintamani

Tegalalang Village... on the way from Kintamani to Ubud

After Tegalalang Rice Terrace trip, we back to our Hotel, Matahari Cottage.

Malam nya kami jalan-jalan di Ubud area yang berhampiran dengan Hotel kami. Plan nye nak survey SPA untuk aktivity selepas sunrise hiking esok. Masa kami jalan-jalan tu, baru sekitar pukul 7 malam tapi most of kedai kat area Ubud ni dah tutup. SPA pun tak banyak sangat kat area yang dekat Hotel kami. Member yang pernah pergi ada recommend dekat area Jalan Pengosekan, Ubud tapi memandangkan nak berjalan kaki malam tu agak jauh, so, kami survey yang dekat-dekat jelah.


End of our Day 4 trip


To be continued...


Friday, June 28, 2013

Bali Vacation Day 3... Part 2


Munduk Waterfall – Tanah Lot (North side) 
Friday, 21/6/2013 


Continue from the previous post...


Munduk Waterfall

Entrance Fee: IDR 5K

Nak ke Munduk waterfall tak semudah yang di sangka sebabnya kena menapak turun bukit dalam 15min macam tu baru boleh sampai. So, imagine lah, kalau nak pergi kena menurun, nak balik confirmlah kena naik... fuhh. Put extra another 15mins masa nak balik tu... hehehe. Kesian Cik Gojes. Tapi yang pastinye memang tak rugi sebab waterfall dia memang sangat cantik... seriously. Lain dari yang lain skit. Kami tak spend lama pun kat sini, less than half an hour. After that, kami kembali semula ke Beratan, singgah solat Jama’ dulu before proceed to our last destination for today, Tanah Lot temple... to see the spectacular sunset.


View as we arrived the waterfall area
Stairs to reach the highest point

Admiring the Beautiful
Saat-saat indah di Munduk Waterfall yang indah

According to Wayang, another 20min drive macam tu dari parking nak ke Munduk waterfall, kami akan sampai ke Pantai Lovina... tempat nak tengok Dolphin tu. Tapi, itu bukan lah part of our itinerary. Insyallah, next time. 


Another 20min drive from here will bring you to Pantai Lovina

Singgah solat di Masjid Besar Al-Hidayah before proceed to our last destination for today, Tanah Lot. This mosque located just facing the beautiful Beratan Lake


Tanah Lot Temple (Ocean View & Beautiful spot to see the Sunset)

Entrance Fee: IDR 30K

One of “a must list” attraction yang aku nak sangat-sangat pergi. Aku teruja setelah melihat a few pics from mereka-mereka yang pernah ke sini. Tapi agak malang bagi kami sebab matahari menghilang lagi awal dari yang sepatut nye. Emmhhh memang bukan rezeki kami lah, semalam pun the same thing happened kat Uluwatu. Nak buat macam mana kan walaupun kami dah cuba sedaya upaya sampai awal & on time tapi nasib tetap tak menyebelahi kami menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah terbenam di ufuk timur. So, yang tinggal yang dapat kami abadikan hanya lah biasan cahaya matahari itu. Biasan pun biasan lah asalkan ade juga kann... kalau hujan lansung takde apa-apa.

Sebenar nye otw nak ke sini tadi, cuaca memang agak mendung & dah hujan sikit pun. Masa tu aku dah fikir yang kami takkan dapat tengok sunset dah. Tapi, alhamdulillah by the time kami sampai, cuaca tiba-tiba cerah & matahari masih kelihatan memancarkan cahaya. Rezeki kami cuaca ok tapi bukan untuk lihat the perfect sunset.


On the way nak ke Pura Tanah Lot akan melalui kedai-kedai yang jual macam-macam ni

Painting... one of the attraction

Lautan manusia yang menantikan sunset moment

Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan kini menjadi tarikan utama para pelancong especially untuk menyaksikan sunset. Terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar, Tebing tinggi ini dikatakan terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa air pasang surut.

More info about Tanah Lot 


One of the temple at Tanah Lot

The sunset moment... lost behind the clouds

Pura Batu Balong

The blue moment

Banyak betul kedai-kedai yang terdapat di sekitar pintu masuk ke Tanah Lot ni. And macam-macam benda yang dijual, huh... rambang mata jugalah tengok. Nasib baik boleh kawal lagi... tapi, sempat jugalah aku rembat satu beg... hehehe, perempuan. After apend about 2 hrs there, kami pun pulang menuju ke Ubud. Hari ni kami akan stay di Matahari Cottage Ubud memandangkan kami akan spend another 2 days in Bali di area Kintamani. 


To be continued...

Bali Vacation Day 3... Part 1


Taman Ayun – Bedugul and Beratan Lake Tour
Friday, 21/6/2013


Today’s activities start seawal 8 pagi. Kami bertolak dari Matahari Guest House, Kuta around 8.20 AM after checked-out. Below is summary our activities for today.


Taman Ayun – Royal Family Temple 

 Entrance Fee: IDR 10K

Taman Ayun is our first destination for today. From Matahari Guest House ke sini around 1 hour. And laluan nya memang on the way to Bedugul, our next destination after this. Takde yang menarik pun kat Taman Ayun ni selain view dia yang cantek & kawasan nye yang sangat bersih. Yelah Royal Family temple kan so, memang dijaga rapi lah. Masa kami ke sini pun, sebahagian temple ni masih under renovation. Kami spend around 1 hour and dalam pukul 10 macam tu kami pun bergerak ke Pura Ulun Danu Beratan. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam.

More info about Taman Ayun, sila google yea.

Anyway, enjoy the pictures below...


View just before entering Royal Family Temple

Terjaga rapi tempat ni

Pintu masuk ke Royal Family Temple

Lookout tower at Taman Ayun

A Place to rest

Boleh tengok dari luar jer... tak boleh masuk

The pura inside is still under renovation

Credit to Kay for this caption

Taman Ayun... The Royal Family Temple

 
 Beautiful view


Bedugul – Ulundanu temple @ Beratan Lake 

Entrance Fee: IDR 10K

One of “a must list attraction” in Bali yang wajib pergi. Sama seperti Pura Uluwatu, daya tarikan di sini pun adelah view nye yang sunggah cantik. Yes, kawasan sekitar di Beratan Lake ni memang awesome.


Pura Ulun Danu

Sempat jugalah kami terpengaruh beli gambar kenangan di sini selepas terlihat quality printing sorang bapak ni. Memang cantik. Beli jugalah, IDR15K (RM4.80) sekeping... hahaha. Bapak ni kerja amek gambo pelancong kat area Ulundanu temple ni and lepas tu dia akan immediately print gambo tu and masukkan dalam paper frame. Apa yang pasti bapak ni memang kelakar & sporting. Kalau nak compare camera, aku punye lagi better dari dia tapi “setting” dia yang buat gambar dia nampak superb. Last-last dia plak yang ajar aku. Lepas tu jadi model dia sekejap... hehehe, macam-macam. 


Inilah Hasilnye...

Thanks to Bapak yang cetak gambar kami kat atas tu for this caption

Pura Ulun danu

Beratan Lake

View on the other side of Lake Beratan

One of the way to explore Lake Beratan is by Sampan

View perkampungan di sekitar Bratan Lake

The bridge at Beratan Lake

Memang sangat layan lah view kat sini

View outside the Pura Ulun Danu



View outside the Pura Ulun Danu

View of garden outside the Pura Ulun Danu

Before balik tu... sempat jugalah kami singgah di sekitar kedai-kedai di luar pintu masuk ke Ulundanu temple. Apa yang menarik perhatian aku kali ni adalah “Telekung Bali” yang color kuning tergantung di salah satu kedai. Sebenarnye dah perasan before masuk ke Ulundanu temple tadi lagi... hehehe. Telekung Bali ni lain daripada yang lain sikit & aku tak pernah tengok orang pakai. Yang unik nye adelah design telekung tu sendiri dah melambang kan “BALI”. Tawar punye tawar, kami hanya mampu dapat IDR75K jer. Dah berkenan punye pasal kan, beli jugalah. Nasib baik adik aku suka color tu, katanye favourite color tapi malang skit lah sebab macam singkat plak kat dia... ngam-ngam jer... maybe tak baper nak sesuai kat orang tinggi and size XL.

More info about Ulundanu temple @ Beratan Lake... sila google.


Lunch @ Warung Taliwang Muslim

Lokasi Warung ini betul-betul terletak depan Pura Ulun Danu Beratan. Banyak menu & the food & price also quite OK, no tax. Nasi putih with lalapan ayam goreng dan Es Jeruk Nipis, IDR27K (RM8.50).

My menu for today... Lalapan Ayam Goreng


Buyan & Tambalingan Lake

Our next destination after the lunch.

No Entrance Fee... kat tepi jalan je pun. Tengah syiok-syiok amek gambo, hujan pulak... huhuhu.

Danao Buyan & Danao Tambalingan adalah Danao yang ke-3 & ke-4 terbesar di Bali after Danao Batur & Beratan. Actually, this two places was not part of our itinerary tapi memandangkan kami akan ke Mendur waterfall sebagai ganti tidak ke Jatiluwih, so, laluan memang dah sehala je pun. Wayang tidak ada masalah nak bawa kami ke Jatiluwih tapi memandangkan sawah padi di sana baru habis ditebas, so, rasanye takde view menarik yang tinggal. Emmhhh, betul juga tu. Nak mengubat kekecewaan kami, he suggested Munduk waterfal yang terletak sekitar setengah jam dari Ulundanu temple, Beratan.


Tambalingan Lake

Buyan lake

End of Half Day Trip...

To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...