Pages

Monday, September 12, 2016

Perth Road Trip 2016: Lancelin Sandboarding

Lancelin Sand Dunes
Fri, 26 Aug 2016


Kami check-out agak lambat juga around 8.00am. Sepatutnya pukul 7pagi kami dah mula gerak ke Lancelin sebab kami akan ke Augusta hari ni juga. Lepas check-out kami singgah ke supermarket berhampiran dulu untuk shopping groceries. Shopping pun setengah jam juga. Dah alang-alang kan, mana tahu tak jumpa kedai lain lagi nanti. Kalau jumpa pun takut jadi macam semalam pulak, lewat & dah tutup. Ohh, kedai kat WA ni memang tutup awal. So, kalau nak plan shopping barang-barang makan, sila buat sebelum pukul 5pm. Sudahnya, kami bergerak nak hampir pukul 9am jugalah ke Lancelin Sand Dunes. 2hrs behind the schedule. Perjalanan jauh lagi hari ni sebab kami akan direct ke Augusta. Dapat feeling yang kami akan sampai lewat ke Augusta.


Cervantes Lodge

Kami book Room of 5 at Cervantes Lodge

Perjalanan dari cervantes lodge menuju Lancelin Sand Dunes dianggarkan 1 jam dengan jarak 88km through Indian Ocean Highway.


Our Perth Road Trip Day 2

Indian Ocean Highway to Lancelin

On the way ke Lancelin, kami stop sekejap di Wanagarren Nature Reserve. Kebetulan dah sehala, terletak disebelah kiri kami & ada lookout nak view this nature reserve. Nak tahu juga masa tu apa yang menarik sangat kawasan ni. Actually, mana-mana tempat yang kami rasa menarik & tertarik, memang kami akan terjah saja tapi itulah ada certain tempat tu terpaksa kami abaikan sebab kesuntukan masa. Takut lari dari agenda asal.

Wanagarren Nature Reserve kiranya kawasan kepada sekelompok pokok yang agak unik. Mungkin spesis yang agak rare & hampir pupus. Aku pun tak pasti tapi pokok-pokok nya memang lain macam sikit & agak unik.


Pokok-pokok yang unik ini telah menarik perhatian kami untuk berhenti seketika

Kami berhenti sekejap di sini

Wanagarren Nature Reserve

Species pokok yang agak rare

Kami sampai di Lancelin around 10am and terus cari kedai Lucky 7 yang dikatakan ramai boleh sewa board untuk sandboarding. Kedai ni memang terletak betul-betul on the way menuju sand dunes. Kira sehala lah. Sila ingat simpang, nanti jadi macam kami bila nak return balik sandboard dah menghala ke simpang lain. Ada jual groceries juga di Lucky 7 ni. Kami sewa 3 sandboard. $10 for 2hrs rental with $50 deposit for each. 2hrs tu termasuk masa untuk pulangkan semula sandboard. Let say, tengah seronok main, rasanya macam tak cukup 2jam, nanti boleh call cakap kat dia nak extend. Later, masa return just bayar extra sajalah. Ohh, sandboard yang nak disewa kena ambil & pilih sendiri. Nanti dia akan kasi lilin juga & kasi tahu apa gunanya. Jangan buang pulak lepas dah guna tu sebab nanti masa return dia akan minta balik. Lilin ni gunanya untuk melancarkan lagi pergerakan sandboard tu.


Singgah di Lucky 7 shop nak sewa sandboard

Business Card untuk contact

Kami sampai di Sand Dunes around 10.30am. Masa ni, hanya ada satu kenderaan saja di kawasan ni. Nak kata samapi awal tak juga. Dah lama sikit tu, barulah nampak kereta lain juga. Tapi kira ok lah, kami boleh pilih tempat yang best sikit. Parking pun kat area-area sini juga. Hanya menapak nak sampai ke kawasan pasir yang agak tinggi. Kalau nak ber sandboarding kena lah pilih lokasi yang strategik sikit, baru best. If possible, cari tempat yang pasir nya belum ada orang guna lagi, kawasan yang agak tinggi & steep sikit. Baru best nak slide ke bawah.


Dah sampai pun tempat yang dituju

Memang luas lancelin sand dunes ni... pilih saja mana lokasi yang korang rasa nak sand boarding

Tempat yang 3 orang nak slide tu tak cukup steep ya... sila ke tempat yang lebih curam

Sila pilih pakaian yang sesuai nak buat aktiviti ini

Tak dapat snowboarding, sandboarding pun jadilah kan. Actually, sandboarding is board sport similar to snowboarding. Bezanya, sandboarding takes place on sand dunes rather than snow-covered mountains. Normally in desert areas or coastal areas with beach dunes, like Lancelin.

Best sebenarnya sandboarding ni. Enjoy walaupun nampak macam ntah apa-apa. Cuma yang tak best part nak naik balik ke atas tu. Huh, seksa. Nak turun adalah tak sampai 3 saat pun tapi bila time nak naik ke atas balik tu boleh jadi sampai 5-10min. Tapi apalah sangat kan naik balik kalau nak dibandingkan naik Semeru & Rinjani tu, hahahah. Kalau tak cukup energy memang boleh putus asa. Tapi nasib baiklah, cuaca mendung & berangin semasa kami beraksi di sini. Kalau tak memang tak bertahan lama juga kot. Jangan lupa pakai sunblock untuk extra skin protection kalau hari panas.


Ready position for sand boarding

Yeahhh

Ni sajalah part yang tak best, kena naik atas balik

Part lain yang tak best, habis satu badan berpasir nanti. Siap sedia nak berkirai lepas dah buat aktiviti ni. Kalau boleh bawa barang yang perlu je nak ke sini. Takdelah nanti banyak benda yang nak kena clearkan dari pasir. Trust me, seksa juga nak clearkan pasir halus ni. Sampai ke dalam mata masuk.


Bukan promo kedai Lucky 7 ya

Aktiviti sampingan selain sandboarding

New Fun... New Adventure ;-)

Dah agak-agak nak cukup 2 jam tu kami pun mula beredar. And we returned the sandboard just in time. Deposit returned & kami mula bergerak dari Lancelin around 12.30pm menuju destinasi yang seterusnya ke Fremantle. Plannya nak lunch di sana. Estimated time nak sampai 2jam dengan jarak kira-kira 153km.


To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...