Pages

Showing posts with label Pokhara. Show all posts
Showing posts with label Pokhara. Show all posts

Saturday, December 23, 2017

Annapurna Expedition Day 2: Pokhara to Nayapul

Pokhara, Nepal
Saturday, 02 Nov 2017


Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ni merupakan hari pertama kami akan mula mendaki. Kali ni debaran tak sekuat trip yang lepas. Maybe, because this is my second trip. So, dah tahu flow nya macam mana.Kerisauan aku cuma unexpected weather for this time journey. Aku aware yang trip kami ni baru nak early winter. Tak adalah berharap sangat nak main snow kali ni tapi hanya berharap satu saja, kami berjaya sampai & selamat pergi pulang. InsyAllah.

Ya Allah semoga kau permudahkan lah segalanya. Kau jadikan yang baik-baik saja mengiringi perjalanan kami kali ni. 

Alhamdulillah, pagi tu breakfast di Pokhara Eco Resort sungguh memuaskan. Kenyang sungguh walaupun nampak simple saja. Rasanya dah hari ketiga di Nepal tapi aku tak ada masalah nak hadam makanan kat sini. Dan antara menu yang paling aku suka is kentang masalla. Kat sini kalau dalam menu dia tak panggil kentang masallah tapi fried potato.


Simple breakfast before the trip to Nayapul

Seawal 6.30 pagi, kami sudah mula berkumpul & membuat persiapan terakhir sebelum bergerak dari Hotel. As usual,barang-barang kami yang tak diperlukan sepanjang pendakian i.e. persalinan after return from ABC, perlu di pack dalam bag lain & akan dikumpulkan di satu tempat untuk ditinggalkan di Hotel. Kami akan kembali semula selepas 8 hari di Hotel yang sama. So, tak perlu nak bawa semua barang. Kesian porter. Try to make your bag as light as possible. Don't put unnecessary things.


Line up for ABC & Poon Hill Expedition Dec, 2017

Bacaan doa semoga sebelum memulakan perjalanan kami

The team for the 11 days journey

Dah macam ada sambutan pulak sebelum berangkat

Kalau dulu nak ke starting point Kyumi kami naik Jeep tapi kali ni naik public bus pula. Banyak betul kelainan dalam trip kali ni. Patutlah kami gerak agak lambat, tunggu bas datang rupanya. Satu bas tu saja penuh dengan kami & peralatan pendakian kami. Ada juga penumpang lain bersama kami masa tu. Perjalanan kami bermula seawal 8am dari Pokhara Eco Resort.


Naik public bus nak ke starting point pendakian kami, Nayapul

Bas ni penuh dengan rombongan kami saja

Perjalanan menuju Nayapul memakan masa hampir 1 jam lebih juga. Memang agak lama. Boleh tidur dulu lah nak tunggu sampai. tapi rugilah kalau first time sampai sini sebab sepanjang perjalanan nak menuju Nayapul akan dihidangkan dengan view Annapurna Range yang sangat awesome. So, take your time & enjoy the view. Bagi aku itulah daya tarikan utama di sini. Kalau dulu kami naik Jeep boleh lah nak berhenti kat favourite spot ambil gambar tapi sekarang tengok dari dalam bus sajalah. Padahal tak heran dah sebab this is not your first time. Kalau tak jakun juga tu.


View Annapurna Range sepanjang perjalanan menuju Nayapul

Kami sampai di Nayapul dalam 9.30am macam tu. Tempat yang sama kami pernah berhenti dulu. Dulu kami berhenti sekejap saja sebab nak tunggu guide kami report kat Tourist Checkpost. Lepas tu barulah kami mula bergerak menuju ke Kyumi. Tapi kali ni, di sini lah permulaan kami sebab kami akan mendaki Poon Hill terlebih dahulu. Kami memulakan pendakian pada pukul 10.20am.

Bismilllahirrahmanirrahim...


Dah sampai di starting point Nayapul

Beautiful River at Nayapul

Bridge ni tak meriah dah macam dulu

Route for our 8 days journey

To be continued...



Wednesday, December 20, 2017

Annapurna Expedition Day 1: Kathmandu to Pokhara

Thamel, Kathmandu
Friday, 1st December 2017


Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yang sangat panjang kami akan berada di atas jalan raya. Yes, travel from Thamel, Kathmandu to Pokhara. Anggaran masa 7-8jam. Kalau traffic lagi teruk, maka, lagi lamalah korang duduk kat atas jalan. Nasib baik kami dah buat persedian awal untuk menghadapi 7 jam bakal membosankan.

Tak banyak nak kemas pagi ni sebab malam tadi kami dah siap pack barang yang nak ditinggalkan di Hotel Dream City. Nak trekking for next day, kita fikirkan masa kat Pokhara nanti lah pulak ya.

Pagi tu masa nak turun for breakfast, dah riuh rendah bunyi kat bawah. Ohh, rupanya ahli rombongan yang tiba malam tadi dah siap bangun awal for breakfast & semua pun dah bersiap-sedia nak ke Pokhara city. Tak banyak yang kami bualkan lagi, baru kenal beberapa orang sahaja. Al-maklum baru first time kenalkan, kenalah cover sikit excited tu.


Dapat kenal member baru hari ni... Kak Bad

Breakfast

Pagi tu after a simple breakfast, kami memulakan perjalanan menuju Pokhara. Kami tak perlu lagi nak angkut bagpack yang berat berkilo-kilo tu ke stesen bus macam first trip dulu sebab trip kali ni Ganesh provide chattered Van untuk ke Pokhara from Kathmandu. Barulah best sikit. Tapi one thing, aku & Fad lupa besar kali ni, tak bawa microphone, hahaha. Kami bergerak dari Kathmandu lebih kurang pukul 7.30pg. 


Morning Thamel

Kali ni kami naik chattered van ke Pokhara

Bismilllahirrahmanirrahim…let's the journey begin.

Kami mula-mula berkenalan masa first time bersama dalam Van menuju ke Pokhara. Thanks Abang Syuk kerana pantas memulakan bicara. Kami kan akan bersama-sama selama 11 hari, so, mengenali antara satu sama lain amat penting bagi mengeratkan silaturrahim. Ingatkan nak tahu nama saja, rupanya lebih dari itu. Asal mana, kerja mana & soalan mencabar yang lain juga. Tapi paling mencabar bila Uncle Bad tanya soalan pernah naik G7 tak? Errkkk. Serious aku ingat masa dia tanya aku tu dia dah pernah naik, rupanya tak pernah sampai pun lagi. Tapi yang menjadi tanda tanya, kenapa dia kerap juga tanya soalan yang sama kat Fad, hahaha.

Tapi kami lebih serius mengenali hati budi (chewah, hahaha) & character masing-masing hanyalah sepanjang kami trekking 8hari diPoonhill & ABC. Masa tu lah baru tahu, kami ni somehow related juga. Abg Syuk & wife kak Ju, Mat Lan, Kak Bad & Edwar merupakan ex-UIAM student rupanya. Kami tahu pun masa kat Teahouse Ghorepani. Masa tu lah, masuk nama Kak Syu yang terlebih dahulu kenal dengan geng latepackers UIA ni. Seronok sangat dengar cerita orang otai dulu-dulu pergi hiking. 


RnR pertama

Accident lori masuk longkang otw to Pokhara

Pemandangan kelabu sepanjang jalan disana adalah perkara normal

RnR ke-2 kami... Rombongan dari Malaysia
 
Lunch... ambil banyak mana pun NPR400, menyesal amik skit, huhuhu

Sempat singgah tepi jalan beli limau

Ingat dah dah ada 3G boleh layan kan sepanjang tapi one thing aku lupa jalan nak menuju Pokhara ni penuh berliku, so, memang nak tak nak paksa jugalah tidur sebab nak elakkan mual & pening. Fuhh, nasib baiklah van kami ni banyak buat perhentian sepanjang jalan, so, boleh lah nak recover body yang tak berapa sedap duduk lama-lama kat dalam Van tu. Tapi aku tahu, orang yang duduk belakang lah yang paling kesian sekali especially bila lalu kat jalan yang tak rata.

Kami tiba di Pokhara around 4pm. So, after solat & short rest kami mula bergerak menuju Pokhara Lake. Tapi view kali ni tak macam dulu sebab masa kami sampai cuaca sedikit mendung.


Bilik kami di Pokhara Eco Resort... Selesa, luas & best

Boleh nampak Machapucharre & Annapurna Range from Level 4 Pokhara Eco Resort

First time makan bersama cukup korum, Alhamdulillah

Carbo Loading... Mutton Beriani lagi

Malam tu after dinner, kami sambung shopping outdoor gears kat Pokhara pulak. Compare toThamel, Pokhara is more relax kalau nak shopping. Tak macam Thamel yang berhabuk sana-sini & sedikit huru-hara. Cuma price kat Pokhara ni mahal sikit dari Thamel. Anyway, kalau korang ada skill bargain, tak jadi masalah kot. Tapi tengok jugalah ada juga yang keras hati tak kasi. So, ikut nasib jugalah. Kami hanya shopping barang keperluan untuk didbawa trekking ke ABC nanti. Uncle tiba-tiba advise suruh bawa Thermos sebab dia advise minum extra hot water. Katanya perlu nanti bila nak trekking from Duerali-MBC-ABC sebab cuaca sejuk, so, bagus kalau ada hot water to warm the body during trekking.

Ohh untuk kali ni, kami tak perlu pass backpack kami untuk porter bawa tapi Third Eye Adv dah sediakan duffle bag yang besar untuk kami letakkan barang-barang kami. So, the best way kalau pakaian, jacket & electrical item tu better put in dry bag. Memang lah dia cakap duffle bag tu waterproof tapi tak yakin bila tengok zip dia. Since, aku tak tak ada dry bag yang besar malam tu juga aku, Fad & Nir cari sampai jumpa. Kami dapat harga serendah NPR500 untuk size XL about 22L. Berbalaoi walaupun aku harap dapat yang size lagi besar macam Fad. Tapi sebab satu je yang available for XXL, aku & Nir pasrah dengan XL size saja.Tapi sebab aku dah ada yang 20L punya , so, cukup lah untuk kelengkapan trekking for 8 days.

Total damage malam ni saja nak NPR4000. Northface Waterproof Jacket, Thermos & DryBag...cukup lah untuk malam ni saja. Nanti balik kalau ada budget lebih boleh difikirkan yang lain pulak. Ada juga plan tu, hehehe. 

Kami pulang ke Hotel setelah cukup kelengkapan yang perlu ada. Balik nak kena kemas lagi untuk barang nak pass ke porter, yang nak bawa sendiri & yang nak ditinggalkan juga di Hotel. Untuk barang nak pass ke porter sumbat je semua dalam dry bag and masukkan dalam duffle. Besar duffle bag tu, so, pandai-pandai lah adjust nak muat masuk semua barang. Kalau tak cukup juga barangan untuk 2 pax, huish, tak tahulah apa yang korang bawa banyak sangat tu.

Ok, nitezzz.

To be continued...


Wednesday, April 15, 2015

Road To ABC day 10: Pokhara to Thamel

Monday, 23 February 2015 
Pokhara


Hari ni kami bersiap awal sebab bas akan pick up kami dekat depan hotel. So, kami cuma perlu menapak sikit saja dari hotel New United ke arah main road. Kami bergerak dari hotel seawal 7.15am after breakfast. Masa ni yang follow kami hanyalah guide kami sahaja, Roshan & Rabin. All our porters dah say goodbye semalam just after we arrived New United Hotel. Perpisahan yang agak berat especially bagi cikgu Nisah yang terpaksa berpisah dengan adik kesayangan beliau, Jiban… hahaha. Susah jugakan kalu dah attached ni. Anyway, aku biasa-biasa saja tapi berharap juga kami akan berjumpa lagi suatu masa nanti. Setiap pertemuan itu kan pasti ada perpisahan, so, kuat tak kuat jelah kita nak kena terima hakikat. 


Port tunggu bus nak balik ke Thamel kathmandu

Askar berkawad di jalan raya... dua round jugalah kami tengok askar nepal ni

Bas kami sampai around 8.00am. Tapi kali ni, bus kami dah sarat dengan penumpang & most of them dah amik port belah kiri. Sebab dah tahu belah kiri boleh dapat view lebih cantik kalau bergerak dari Pokhara. Like 7 days ago, perjalanan dianggarkan hampir 7 jam. Bertabah sajalah. Memandangkan kami akan melalui laluan yang sama pulang ke Thamel, so, keriangan tu takde lah seperti first time kami bergerak dari Thamel ke Pokhara. So, masa memang banyak dihabiskan dengan tidor sajalah. Nak berwifi, signal tak berapa nak strength… emmhhh. Dan kami berhenti di 2 perhentian yang sama seperti 7 hari yang lepas sebelum sampai ke destinasi akhir kami di Thamel. 


Awesome view you could see otw from Pokhara to Thamel Kathmandu (pic taken inside the bus)

Alhamdulillah, sampai di stesen bus Thamel around 3.40pm. Kami tak berjalan ke hotel tapi guide dah arrange taxi untuk kami. The other group under agent yang sama berjalan balik saja ke hotel. Sebenarnya tak jauh dah pun tapi guide kami dah offer nak arrange taxi, kami ok jer. Lagipun mengenangkan one of our member sakit kaki kan. Around 3.50pm, kami pun sampai blue diamond hotel. Nasib baik kami sampai dulu before the other group, hehehe.

Dah sampai bilik, buat apa yang patut dulu, then, pukul 5.00pm, kami keluar balik sebab nak shopping. Tapi kami tak banyak masa dah sebab pukul 7.30pm kami kena berkumpul balik di Hotel for farewell dinner. So, tak banyak yang boleh kami shopping. Apapun, aku dan yang lain dah berazam nak keluar lagi esok for final shopping before back to Malaysia. 


Happy akak-akan ni nak gi habiskan duit, hahaha

Farewell dinner kami malam tu di Halal Anatolia Restraunt. Bukan nya halal Nepali foods tapi Indian/Tibetan/Turkish food. Emmhhh, layankan aje… ingatkan boleh lah merasa roti gurung lagi kan, hahaha. Anyway, food dia biasa-biasa saja tak best mana pun. Bukan aku jer tau yang cakap, yang lain pun. Maybe tengok menu juga kot.


Farewell Dinner with Ganesh and crews

Actually, farewell dinner kami malam tu lebih kepada perkongsian pengalaman kami sepanjang trekking di Annapurna. Dah confirmlah isu yang hangat dibincangkan pada malam tu berkaitan dengan ketidakpuasan hati dengan sikap guide kami. So, agak banyak juga lah feedback tak berapa nak ok compare to ok. Service dia memang bagus tapi cuma bab guide & cakap jujur tu saja yang agak mengecewakan. Anyway, aku cakap yang jujur sahaja sebab different hikers might have different points of view. So, you cannot expect every hikers or clients to follow your guide’s instructions. Malam tu, si Rabin beria-ia minta maaf tapi bagi aku macam dah terlambat jer ko nak buat macam tu sebab benda dah lepas dan kami pun redha jer dengan apa yang terjadi. Anyway, aku memang dah blacklist dia kalau ada rezeki nak ke Nepal lagi.


Monday, March 2, 2015

Road To ABC day 3: Pokhara to Kyumi

Monday, 16 Feb 2015
Pokhara - Kyumi


Seawal 7 pagi kami dah berkumpul di lobby hotel. While the guides & porters are handling our bags inside the jeep, kami pergi breakfast dulu. Breakfast simple tapi cukup untuk permulaan pagi tu. Anyway, sangat suka dengan potato masalla pagi tu. Rupanya sepanjang trekking kami ada saja kentang masallah sebagai salah satu menu dalam hidangan kami. Sampai dah satu tahap tu memang dah rasa tak boleh blah dah baru kami request other menu pulak. About 7.30pg macam tu baru kami bergerak dari United Hotel menuju Kyumi. Perjalanan dianggarkan 3 jam tapi we did it less than 3 hours.


Alhamdulillah... Big breakfast for today's energy

Group photo... us, guides & porters

Jeep ni lah yang akan membawa kami ke Kyumi, yang jacket hijau tu, Roy, our macho driver, hahaha

We're ready for 3 hours journey to Kyumi

Sepanjang perjalanan dari Hotel menuju Kyumi, kami dihidangkan dengan Nepali folk song. Hahaha, feeling Nepali lah sangatkan. Nak minta tukar channel radio pun takde keberanian sebab rasanya takde kot yang kami faham. Anyway, layan kan aje. Best juga bila dengar melodi yang mengasyikkan di adun pulak dengan view yang indah sepanjang perjalanan. Terasa macam berada dalam citer Hindustan pulak kan. Tak sempat nak lelap mata sekejap pun sepanjang perjalanan sebab rugi rasanya, view at certain spot cantik. Not only that, keinsafan akan hadir tatkala melihat kehidupan Nepalese di luar bandar yang serba kekurangan. Ya Allah terasa bersyukurnya duduk di bumi Malaysia.

On the way tu nanti, driver akan berhenti kat satu view point di mana kami boleh lihat puncak Annapurna and Machhapuchchhre dari jauh. Masa tu memang dah excited sangat dah. Mulanya kami ingat akan tengok dalam jeep jelah kan tak sangka pulak dia orang akan berhenti kasi orang jakun macam kami ni ambik gamba, hahaha. Thanks for understanding guys. Tak lama pun after take a few shots, we contnoued our journey back.

Susah juga nak capture apa-apa sepanjang perjalanan sebab driver kami, Roy (bukan nama sebenar) bawa jeep macam ribut. So, aku banyak capture video compare to photo. Roy ni nampak macam pemalu tapi bila dia nampak kami tengah capture video dia drive, time tu jugalah keluar kan Rayban (bukan jenama sebenar) dia, hahaha.


Annapurna & Machhapuchchhre (Fish Tail) dari kejauhan
View ni akan kelihatan otw perjalanan menuju Kyumi

Nepalese Ladies

Porters & guide arranging something for carrying our bags

True Nepalese Woman 
Angkat beban pun masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan yangs sejati

Layann... tengok didi-didi ni syiok masak samosa kat tepi laluan kami ke Post pendakian

They are strong Nepalese women

Masa ni trip kami belum bermula lagi, baru nak report kat post pengawal kat seberang sana tu

While waiting for the guides to report

Tourist Checkpost & Information Center... Hikers must report any activities inside this Annapurna Conservation Area

Alhamdulillah selesai urusan di Post mendaki kami pun terus ke starting point pendakian di Kyumi. Sampai di sini sajalah khidmat jeep kami. See you again after 1 week.


To be continued...


Sunday, March 1, 2015

Road To ABC Day 2: Pokhara

Pokhara, Nepal
Sunday, 15 Feb 2015

After short rest di United Hotel, kami pun dibawa berjalan ke Pokhara Lakeside oleh guide kami, Rabin. Jarak pun hanya 20min berjalan kaki. Seperti di Thamel, Pokhara juga terdapat bermacam-macam outdoor shop. Aku pun sempat jugalah rembat satu waterproof jacket NorthFace with gortex dengan harga NPR1800 sebab memang dah aim pun nak beli satu. Sudahnya jacket ni saja yang aku banyak guna sepanjang trekkking to ABC. Color pun nice, at least takdelah tenggelam dek maskot Digi. Ternyata ok walaupun bukan original. Bukan aku saja, follower yang lain pun beli juga, hahaha. Teringat kata-kata Cikgu Nisa, aku follow jer apa checklist yang ko kasi tu Nurul walaupun aku tak tahu apa guna nya, hahaha. Adoi. 


Shoplots sekitar Pokhara

Kami sempat ke Money Changer dulu sebab kami masih belum buat penukaran wang ke NPR. Semalam di Thamel kami hanya mengharapkan duit NPR10,000 yang Rabin kasi pinjam dulu. Oppss,  baru teringat hutang kat Eein tak bayar lagi beli topi Nepal. Selebihnya, aku guna USD. Rasanya lagi berbaloi tukar di Thamel berbanding di Pokhara. Aku hanya tukar RM300 ke NPR untuk penggunaan sepanjang trekking di ABC nanti. Tapi penggunaan aku tak sampai pun RM100. Sebab aku banyak pakai duit hanya untuk dapatkan Hot Shower. Charge powerbank pun adalah sekali saja kot aku guna, itupun masa last day kami kat newbridge. Wifi pun cuma dua kali saja aku bayar. And bayar hot water sekali di Bamboo.


Stunning view during sunset at Pokhara Lakeside

Waiting for tourist, perhaps

Nak juga caption kenangan kat sini

Jumpa adik cute ni masa kami jalan-jalan di Pokhara Lakeside

Wefie kenangan di Pokhara lakeside

Ni pun salah sorang yang pernah kerja kat Malaysia, kemain excited dia bila kami ada kat situ, al maklum rindu cakap bahasa

Ni lah sumber pendapatan mamat Nepal di atas terkini

Pokhara Lakeside ni memang indah, saujana mata memandang. Kalau time sunset tu memang sangat cantik lah view dia. Kami spend less than an hour here and lepas tu terus cari kedai Halal nak dinner. Just after dinner, kami jalan-jalan balik kat area Pokhara outdoor shop before balik ke Hotel. Lepas dah dapat apa yang dihajati terus kami pulang sebab banyak yang kami perlu fikirkan balik ni untuk tomorrow's journey.


One of the Halal Restraunt in Pokhara

Malam ni nak kena standby siap-siap dah semua kelengkapan sebab esok nya kami bakal memulakan langkah pertama kami ke ABC. So, dah kena asing siap-siap, bag yang nak kasi kat porter and bawa sendiri. Ada barang yang rasa tak perlu tu, kami tinggalkan saja di Hotel memandangkan we will return to the same hotel before back to Kathmandu.

Tomorrow, the real journey to ABC is going to begin.

To be continued... 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...