Pages

Wednesday, January 22, 2014

My Umrah Journey Part 2

KLIA Sepang - Putrajaya, 
Thurs, 9 January 2014 

The next day, seawal pagi kami dan bangun memandangkan kami perlu berada di Airport awal sebab flight dijangkakan pukul 11.25 pagi. Masa tu excitednya, hanya Allah saja yang tahu. Breakfast kami  pagi tu of cos lah kat Marriot tapi perasaan yang mendalam untuk sampai ke Tanah Suci mengatasi segala nikmat makanan yang ada dihadapan mata masa tu. So, makan sekadar nak alas perut jer. After habis jer breakfast semasa nak ke toilet, terdengar suara makcik-makcik yang seakan-akan menegur… ehh, Junaidah rupanya (my ex-MMC collegue) and with her beautiful daughter. Kenapalah jumpa kat toilet, tak boleh nak borak panjang… hehehe. Anyway aku kagum lah dengan ko Ju, pregnant 6 bulan pun pergi buat Umrah siap bawa 2 orang anak lagi. Ibu Mithali sungguh ko ni. Anyway sempat lagi yea risik ade kerja kosong ke tak... hahaha. Hantar je resume, In Sya Allah manalah tahu kan... rezeki balik Umrah.

Kami bertolak dari Hotel Marriot pukul 7.30 pagi. Sesampai saja kami di Airport, kami disuruh berkumpul di suatu tempat bersama-sama Jemaah yang lain. Lama jugalah kami tunggu, lepas tu dalam pukul 10.30pagi, ade 2 agent Andalusia yang buat annoucement yang flight delay lagi ke 1.30pm plak. Sebagai gantinya, kami di beri voucher RM15 per person for lunch, kurang skit dari semalam tapi masih tempat yang sama saja kami boleh gunakan… emmhhh. Kami pun pergi lah lunch dulu di Burger King Sambil menyedapkan hati yang tak best ni.


Makan Burger King sambil tunggu Kapal Saudi Airline... huhuhu

Pukul 12.30 kami dikehendaki berkumpul semula. Seperti yang dijanjikan kami pun bergerak lah ke Balai berlepas dengan harapan flight yang dinantikan sudah tiba. Semasa kami masuk je ke balai berlepas, takde pun kapal Saudi Airline kelihatan. Tapi masa tu aku cuma kuatkan semangat yang mengatakan maybe kapal masih otw kot. Kami sempat solat berjemaah dalam balai berlepas memandang sudah masuk waktu. Dengan Jemaah yang hampir 300 lebih, carilah mana-mana ruang yang ada. Tunggu punya tunggu dah hampi nak masuk 3 jam kami kat balai berlepas tapi masih tak nampak bayang Saudi Airlines. Kalau ade pun yang kat balai berlepas sebelah yang nak ke Jeddah. Masa tu aku rasa tak sedap hati, aku buka Saudi Airlines website check flight status… errkkk… takkan delay lagi kot. Pagi tadi aku check memang kata 1.30pm tapi bila check balik kata delay lagi ke malam 8.25pm plak and reason dia, aircraft defects. Aku pun mula tak puas hati aku pun tunjuklah kat Jemaah yang lain juga. And one of them yang aku tunjukkan tu, tak percaya dengan status tu sebab dia cakap sebenarnya memang takde flight pun hari ni, delay lagi. Sebab katanya dia baru saja bertekak dengan Staff Saudi Airline.

Dek kerana asakan Jemaah yang lain, finally Saudi Airline Staff bersuara juga, announcement menyatakan flight delay. Yang tak bolah blah tu, bagi announcement pun takut-takut. Aku tak faham macam mana kapal belum sampai lagi tapi kami dah disuruh masuk ke balai berlepas. Dah lah masuk menunggu tu tak boleh bawa air, toilet pun takde. So, bayangkan lah… bila dah lama sangat menunggu macam-macam ragam manusia lah… nak ke toilet lah, nak keluar minum air lah… blah blah blah. Bukan boleh keluar macam tu aje, kami kena tinggalkan boarding pass and amek no. giliran dahh. Kelakar pun ada.

Lepas tu, masuk Ustaz dari Rayhar buat announcement yang kami akan tido di Hotel lagi malam ni & paling penting dia cakap kami takkan makan burger dah malam ni. Amboi Ustaz, perli nampak… hehehe.

Dalam perjalanan menuju ke Bus, macam gelagat yang aku dengar dari Jemaah… ada yang malulah nak call sedara-mara sebab dah cakap nak berangkat hari ni kan. Aku terfikir juga kalau ada yang dah buat kenduri bagai tu, mesti kesian kan kalau tak jadi. Tapi bagi aku takde apa yang nak dimalukan kalau niat kita baik.


Dah macam-macam aksi para jemaah

Kesian... Ade juga sampai tertido, menunggu kepenatan

Hampa... Jemaah berangkat balik ke Hotel

Kami pun berangkat ke Hotel Everly Putrajaya. Hotel baru yang betul-betul sebelah Alamanda. Masa tu memang tengah fikir nak pakai apa esok sebab dalam hand carry cuma ada persalinan untuk semalaman. Beg kargo kami dah selamat check-in. Luckily adik aku duk putrajaya, so, aku telah minta pertolongan dia untuk pergi mendobi di Presint 15. Kalau ikutkan hati nak je balik ke Kajang yelah tak jauh mana pun tapi mak tak nak adik-adik yang lain risau, so, kami sepakat nak mendobi jelah. Ada juga jemaah yang terpaksa shopping sebab takde pakaian. Luckily, Alamanda berhampiran jer.


Ni pun bilik saya sorang jer

Ya Allah, masa tu macam-macam perasaan yang hadir. Tak layakkah aku jadi tetamuMu…

Aku percaya, Allah masih belum nak bersedia terima kami lagi.

Status penerbangan kami esok nya masih kabur lagi. Hanya menanti perkabaran gembira esok hari dari Staff Saudi Airline.

Ya Allah, permudahkanlah.

To be continued...


1 comment:

  1. kak nurul ikut rayhar ke andalusia? klau andalusia sama la dgn ju yek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...