Pages

Tuesday, January 21, 2014

Kembara hati di Tanah Suci


Bismillahirrahmanirrahim…


Syukur Alhamdulillah… kelmarin aku dah selamat pulang ke Tanahair tercinta, Malaysia after almost 2 weeks away menjadi tetamu Allah.

Syukur ke hadratMu ilahi kerana dengan izinmu, hambaMu ini dapat beribadat di Tanah Suci Mu. Walaupun banyak sungguh halangan & rintangan yang benar-benar menguji tahap kesabaran & keimanan hambaMu yang lemah ini, sebelum aku betul-betul layak menjadi tetamuMu.

Sepatutnya aku dah masuk ofis hari ini tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan aku untuk kembali ke ofis hari ni. Kalau ikutkan semangat memang nak masuk ofis jer hari ni tapi memikirkan badan aku masih lemah & keuzuran yang tiba-tiba melanda. Insyallah esok aku akan masuk ofis… risau juga memikirkan kerja yang dah lama ditinggalkan. Semoga segalanya berjalan lancar esok.

Baru satu hari je meninggalakan Tanah Suci, Ya Allah sesungguhnya hati ini betul-betul rindu padaMu. Aku rindukan keseronokan ketika beribadat disana. Ketenangan & keseronokan yang tak bisa aku dapat ketika aku di sini. Sesungguhnya ketenangan yang sangat luar biasa. Tak tahulah kenapa tapi setiap masa & ketika, hati ini seolah-olah tidak mahu berpisah dengan dengan Rumah Mu.

Kaki mak tiba-tiba saja baik semasa sampai di Kota Madinah. Alhamdulillah, berkat dari Tanah Suci Mu. Ayah pulak seawal pagi dah nak ke Masjid “ katanya nak bersolat di Rhaudah”… walaupun perkara itu agak mustahil tapi itulah jika kita tahu kehebatan setiap yang ada di Kota Suci Madianh & Makkan, pasti sama sekali kita takkan sia-siakan peluang yang ada. Ya Allah besar sungguh hidayah Mu.

Walaupun aku cuma berada 12 hari di tanah Suci, banyak betul pengalam manis, suka, sedih & macam-macam perasaan lah yang hadir. Tapi setiap yang perkara yang susah, perasaan yang sedih, geram, rasa nak marah & bermacam-macam lagilah perasaan yang tak best tu, anggaplah sekadar ujian dari Allah yang nak menguji sejauh mana kekuatan & keimanan hambaNya bila ditimpa musibah & kesusahan. Aku tahu aku ni bukan lah seorang yang penyabar tapi Allah banyak menunguji kesabaran aku sepanjang aku berada disana. Aku tetap gagahi juga sebab aku yakin, Allah uji kita sebab dia tak tengok sejauh mana kekuatan kita nak menghadapi nye.

Sikap manusia yang berbeza-beza juga banyak mengajar aku erti kehiduan sebenar. Bagaimana Allah tunjukkan setiap satunya itu pasti ada hikmah & cerita disebaliknya. Aku betul-betul tersentuh dengan 2 adik beradik yang masih muda lelaki & pompuan dalam Jemaah kami ni yang membawa bersama ibunya yang tua & ade penyakit stroke yang hanya bergantung pada kerusi Roda untuk bergerak sepenuhnya & ayahnya pulak ada Parkinson. Bayangkanlah setiap masa, si kakak akan bawa ibunya ke Masjid lagi awal sambil menolak kerusi roda ditingkat atas masjid & adiknya pula akan bawa bapanye bersama-sama. Dan setiap kali Umrah, kakaknya akan bersama-sama bapanya & adik pula akan menolah pula ibunya. Begitulah rutin mereka sepanjang masa disana. Tiada yang membantu, semua usaha sendiri. Begitu pun mereka diuji Allah dengan umrah pertama, bila bapanye terluka, kakinya berdarah & terkena pakaian Ihram. Terpaksa lah dia melakukan nya semua nya kembali sebab ustaz cakap darah sudah dikira najis & tawaf dikira tidak sah. Ya Allah mereka diuji lagi. Tapi, setiap kali aku berjumpa dengan kakaknya, hati ini betul-betul rasa tersentuh sebab hanya senyuman sahaja yang hadir tatkala bertanya keadaannya. Sungguh besar pengorbanan kalian. Aku hanya hanya mampu melihat & berfikir, mampukah aku jadi sekuat & setabah kalian sekiranya aku ditempat kalian. Jawapan yang aku masih tidak mampu fikirkan hingga ke hari ini. Besar betul pahala yang kalian dapat. Dan pada masa itu juga baru aku terfikir, sesungguhnya pengorbanan ibu-bapa memang tiada tandingan. Tapi mampukah anak-anak kini membuat pengorbanan sedemikian rupa.

Aku amat bersyukur dikala usia masih belum terlewat, aku sudah mampu menunaikan salah satu kewajipan yang disyariatkan kepada umatMu. Memang ternyata usia muda memainkan peranan penting. Bukan penting untuk berseronok-seronok sahaja tapi penting untuk kita lebih mengerti siapa pencipta alam semesta ini. Di kala kita masih dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik ni & rezeki yang lebih rasanya tak salah kalau kita luangkan sedikit waktu untuk ke Tanah Suci. Kerana keseronokan beribdat akan lebih dinikmati kalau kita sihat… kerana kekuatan mental & fizikal amatlah diperlukan semasa nak melakukan Ibadat disini.

Maybe to some of the readers, kenyataan entry ni nampak poyo sikit tapi percayalah saya hanya nak berkongsi keseronokan menjadi tetamu Allah... jauh skali nak riak. Manalah tahu dengan apa yang saya cuba sampai kan kat sini, dapat merubah hati seseorang, In Sya Allah. Walaupun pada hakikatnya, saya bukan lah insan yang sempurna.





Semoga bertemu di “entry” yang berikut nya.



9 comments:

  1. alhamdulillah...
    moga2 satu hari nanti ada rezeki aku pulak ke sana...amin.

    ReplyDelete
  2. Nurul.. kalo x keberatan.. ko gune travel agency ape? TQ

    ReplyDelete
  3. mama, saya guna agent rayhar travel

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah seronoknye nurul.

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah Julie... akan tiba masanya, banyakkan berdoa yea :-)

    ReplyDelete
  6. Yatt, memang seronok Yatt... dlm byk2 tempat yg aku g melancong kat sinilah aku rasa baru dapat ketenangan yang amat... kita akan rasa lebih dekat dengan pencipta kita

    ReplyDelete
  7. asalamualaikum

    boleh bagi contact di travel agent...
    saya suami hampir setahun dijanjikan ...masih belum ada rezeki...redha dan terus berdoa..

    zaleha

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum

    boleh bagi contact di travel agent...
    saya suami hampir setahun dijanjikan ...masih belum ada rezeki...redha dan terus berdoa..

    zaleha

    ReplyDelete
  9. azaalleeaa, boleh surf website rayhar travel atau berhubung dengan cawangan rayhar yang terdekat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...