Madinah Al-Munawwarah
Sun, 12 Jan 2014
Hari ni merupakan hari terakhir kami di Madinah Al-Munawarah. Ya Allah rasanya macam baru semalam saja aku merasai indahnya hidup dibumi Madinah tapi kini terpaksa berpisah pulak. Kami akur kerana itu sudah ada dalam perjanjian package kami.
Hari ini, selepas Solat Suboh & breakfast, kami dikehendaki berkumpul di Lobi kerana kami akan ziarah luar disekitar Kota Madinah. Memandangkan ini hanyalah ziarah luar kami tidak perlu mengikut no. bus, so, sapa yang sampai dulu, akan naik bas yang pertama dulu. Kami bergerak seawal 7.30 pagi setelah Jemaah semua sudah cukup. Bus yang kami naiki dibimbing oleh Mursyid kami, Ustaz Haji Hadi. His an Indonesian & very fluent in Arabic. Aku sangat kagum dengan Ustaz ni, sangat baik & bagus penceritaannya. Cerita yang disampaikannya di Jabal Uhud bisa membuatkan air mata ini menitis tanpa sedar.
Our first destination was Masjid Quba’. Sepanjang kami berada di atas bas, kami akan diberitahu setiap sejarah & cerita disebaliknya di setiap tempat yang kami lalui & bakal tujui. Sambil diselitkan hadith & ayat Al-Quran yang Indah. Walaupun semuanya telah terkandung di dalam buku Panduan Umrah & Ziarah tapi apa yang ustaz sampaikan hanya lah untuk refresh kembali apa yang kita mungkin lupa. Pada pendapat aku, eloklah sekiranya kita mantapkan pemahaman kita mengenai sejarah tempat yang kita nak ziarah tu, so that, takdelah terpinga-pinga bila Ustaz bercerita.
Ayahanda bersama Mursyid kami, Ustaz Haji Hadi |
Masjid Quba
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibangun oleh Rasulullah saw. pada tahun 1 Hijriyah atau 622 Masehi di Quba, sekitar 5 km di sebelah tenggara kota Madinah. Nama Quba’ diambil dari nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Dalam Al Qur'an ada dinyatakan bahawa masjid Quba adalah masjid yang dibangunkan atas dasar takwa.

Firman Allah dalam Surat At Taubah:108
“ Sesungguhnya masjid yang dibina atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya”
Masjid Quba |
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesiapa yang berwudhu’ dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk bersolat, akan diberikan ganjaran pahala seperti pahala menunaikan Umrah”
Sekitar Masjid Quba |
Sesampainya kami di Masjid Quba, kami terus masuk ke dalam Masjid bagi menunaikan Solat Tahiyatul Masjid & Solat Dhuha. Alhamdulillah, dapat berkat pahala menunaikan Umrah. So, kalau rasa-rasa duduk lama di Madinah, bolehlah datang hari-hari ke Masjid Quba ni. Cukuplah sekadar menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid didalamnya tapi pahalanya, Masyallah, ibarat menunaikan satu Ibadat Umrah.
Kalau ikutkan Itinerary, kami akan melawat Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh (tempat peperangan Khandaq) tapi barangkali masa tidak mencukupi kami hanya lihat dari dalam Bas sahaja. Lagipun Ustaz Hadi cakap kalau solat dalam dua masjid ni sama je macam kita solat kat Masjid Shah Alam atau Masjid Negara… maknanya sama jelah pahalanya. Takdelah sehebat Solat di Masjid Nabawi yang mana Allah janjikan 1000 pahala bagi setiap Ibadat yang dilakukan.
Selesai sahaja menunaikan Solat di Masjid Quba, kami meneruskan perjalanan menuju Jabal Uhud.
Jabal Uhud
Jabah Uhud |
Disini lah tempat yang menyaksikan Bapa Saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah terbunuh syahid bersama 70 orang tentera Muslimin |
Perang Uhud
Perang
Uhud berlaku pada bulan Syawal tahun ke-3 hijrah. Tentera Quraish
menuntut bela diatas kekalahan mereka dalam Peperanagn Badar. Dinamakan
Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit
Uhud.
Pertempuran
ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad
s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai
ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang
telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai
iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy pula adalah seramai 3,000 orang
yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.
Peperangan ini lah yang menyaksikan pasukan pemanah Muslim turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang dan mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad SAW supaya tidak meninggalkan Bukit Uhud walau apapun yang berlaku. Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat.

Saidina
Hamzah terbunuh syahid bersama 3 muhajirin & 4 orang ansar
semua, semuanya seramai 70 orang gugur syahid manakala tentera kafir
Musyrikin seramai 30 orang. Saidina Hamzah dibunuh kejam oleh Wahsyi
atas arahan Hindun Bin Utbah kerana membalas dendam kematian suaminya
yang dibunuh ole Hamzah ketika Peperangan Badar.
Untuk sejarah peperangan Uhud lebih detail bolehlah refer sini.
Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.
Ustaz Haji Hadi sedang membawa kita merasai & menyelami peristiwa Perang Uhud |
Penceritaan yang dibawa oleh Ustaz Hj Hadi sungguh menyentuh perasaan & membawa kami jemaah sekalian seolah-olah merasai apa yang dirasakan Umat Islam ketika itu. Tanpa disedari, air mata ini tewas juga mengenangkan bagaimana bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah dibunuh dengan kejamnya. Ya Allah, kau rahmatilah para Syuhada' Uhud.
Menurut Ustaz, ada peristiwa luar biasa yang berlaku pada tahun 46Hijrah
(667M), 43 tahun selepas peperangan Uhud dimana terjadinya banjir besar
disekitar Uhud menyebabkan tanah banyak yang terhakis termasuk makan
Saidina Hamzah & Abdullah Bin Jahsy sehingga jasad mereka
terkeluar. Subhanallah, jasad mereka jelas masih segar seperti baru
terkorban & masih terdapat darah basah mengalir di jasad mereka
walaupun setelah 43 tahun. Kemudian jasad mereka dipindahkan ke dalam
kawasan yang berpagar bersama syuhada’ lain.
Jemaah lelaki bersama Uztaz |
Dihadapan perkuburan Syuhada' Uhud |
Jabah Uhud dikala siang hari... penuh dengan lautan manusia yang ingin mencari rezeki & menghayati sejarahnya |
View dari arah bukit |
Penuh dengan lautan manusia yang ingin mengabdikan kenangan |
Berlatarbelakangkan Jabal Uhud |
Bersama Mak & Ayah |
Jabal Uhud dari Jauh |
Perjalanan pulang menuju Bus... Di kiri & kanan penuh dengan penjaja mencari rezeki |
I learn something today |
Ladang Tamar Bir Uthman
After Jabal Uhud, kami meneruskan perjalanan kami menuju Ladang Kurma. Sepatutnya, kalau ikut Itinerary kami akan ke Pasar Qurma juga tapi memandangkan ade construction sikit di Jambatan nak ke situ yang tidak membenarkan Bas masuk so, kami akur ke Ladang Tamar sahaja. Walaupun kami tahu yang Pasar Kumar harganya lebih murah berbanding Ladang Kurma. Sebab kat pasar confirmlah banyak persaingan. Kalau diladang mahal sikit lah sebab takde persaingan.
Ternyata harga memang agak mahal disini. Memandangkan sini saja kami boleh mendapatkan kurma Ajwa so, kami pun borong jugalah. Kami sahaja spend sampai SAR400 untuk kurma & coklat. Kurma yang paling popular di sini sudah tentulah kurma Rasulullah i.e. Kurma Ajwa yang dijual pada harga SAR60 ke SAR100 per kg mengikut size & kualiti. Kurma Ajwa diriwayatkan sebagai Kurma tanaman Nabi SAW & dianggap kurma termahal berbanding kurma lain.
Selain Ajwa ada lagi kurma lain yang menjadi pilihan. Bermacam-macam jenis dan semuanya dikira mengikut jenis & kualiti Kurma. Para Jemaah dibenarkan merasa semua jenis kurma sebelum membelinya & tak semestinya kena beli lepas rasa. Halal. Terpulanglah mengikut citarasa masing-masing tapi untungnya sebab kurma disini memang masih fresh. Aku saja kekenyangan makan kurma. Tapi tak semua jenis pun dapat rasa sebab banyak sangat kot. Selain kurma ade juga chocolate, kekacang & kismis yang dijual. Harga pun boleh tahan mahal.

Ladang Kurma |
Selepas melawat & shopping di Ladang Kurma, kami terus pulang ke Hotel. Kami perlu berkemas & bersedia dengan pakaian Ihram kerana selepas solat & lunch nanti kami akan terus bergerak ke Masjid Bir Ali sebelum ke Tanah Suci Makkah.
To be continued...
No comments:
Post a Comment