Pages

Friday, January 31, 2014

My Umrah Journey Part 12: Umrah Hudaibiyah & Ziarah Ladang Unta

Masjid Hudaibiah & Ladang Unta Hudaibiah,
Makkah Al-Mukarramah 
Thurs, 16 Jan 2014


Insyallah, hari ini kami akan ke Masjid Hudaibiyah & ziarah Ladang Unta yang juga terletak di daerah Hudaibiyah. Seperti hari yang sebelumnya, kami sudah siap-siap berpakaian Ihram memandangkan kami akan sempurnakan Ibadah Umrah sejurus sampai di Masjidil Haram nanti. Perjalanan mengambil sekitar setengah jam dari Kota Makkah menuju Masjid Hudaibiyah. Kami bertolak seawall 7.30 pagi & perjalanan kami hari ini dibimbing oleh Ustaz yang sama seperti semalam. Ustaz kami ni pun Indonesian juga, cuma bezanya dengan uztaz Masykur, telo indon nya agak pekat sedikit… nasib baiklah aku ni dah selalu bercuti di Indonesia & masih ada sahabat disana yang selalu bertanyakan khabar, so, agak faham jugalah jalan penceritaanya. Sampai siaplah boleh translate for my mom… hehehe.

Hudaibiyah yang terletak di Syumaisi, adalah satu lagi tempat miqat umrah, terletak kira-kira 24 km dari Masjidil Haram, adalah lebih jauh dari Tanaim dan Jiranah. Di sinilah, terdapat Masjid Hudaibiyah atau Masjid Bai’ah ar-Ridhwan Hudaibiyah. Kawasan ini merupakan tempat di mana Rasulallah SAW bersama 1400 para sahabat telah tertahan daripada melakukan umrah pada tahun 6 H. 


Masjid Hudaibiah

Perjanjian Hudaibiyah 

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah.

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah". (Source)

Peristiwa ini ada disebut dalam surah al-Fath, ayat ke 10 dan ayat 18


Ada tempat tinggalan sejarah barangkali di belakang masjid ini

Di Masjid Hudaibiah ini pun rancak dengan urusan jual beli

Ada pelbagai jenis kekacang dijual disini

Insyallah, bakal menunaikan Umrah yang ke-4

Seperti biasa sesampainya kami di Masjid Hudaibiyah, kami terus menunaikan solat Tahiyyatul Masjid & Solat sunat Ihram. Selepas itu, berniat Ihram Umrah. Selesai sahaja urusan kami di Masjid, kami kembali semula ke Bas & bertolak menuju ke Ladang Unta. Tak jauh pun dari Masjid, adalah lebih kurang 5 minit sahaja... dah sampai. Dan Ladang ini betul-betul terletak di tepi jalan raya. Pada waktu kami sampai, hanyalah Jemaah dari Rayhar sahaja yang kelihatan. Barangkali, Jemaah agent lain pergi ke ladang unta lain yang terletak berhampiran juga kerana tidak mahu tertumpu pada suatu tempat sahaja. 


Tempat berteduh pengembala Unta



Inilah ladang unta yang kami singgah

Happy Mak dapat bergambar dengan Unta Padang Pasir

Jemaah pun mulalah memenuhi tempat susu unta dijual. And mostly, Jemaah lelaki lah. Ayah pun tidak ketinggalan juga membeli sebotol. Aku tak membeli pun tapi aku merasa jugalah susu yang dibeli ayah, separuh jugalah aku minum. Rasa dia maybe tak selemak susu lembu tapi boleh tahan juga lah rasanya. Maybe sebab fresh dari ladang & masih belum sempat dipasteurkan… hehehe. 

Kalau nak tahu, susu unta ni banyak sungguh khasiatnya. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu unta untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C. Macam-macam ustaz cerita pasal khasiat susu unta & part yang paling tak boleh blah pun ada juga tu. Rasanya part tu tak perlulah aku cerita kat sini. Tapi itulah hakikatnya & diakui sendiri oleh orang Arab yang meminumnya. Bukan sahaja susu, kencing unta juga ada dijual. Menurut ustaz, hanya untuk tujuan perubatan & merawat penyakit kanser. Insyallah, kalau niat kita betul untuk berubat, barangkali boleh menjadi ubat paling mujarab. Entahlah tapi itulah kehebatan yang ada pada setiap yang ada di unta yang Allah SWT jadikan.


Terbaik dari ladang... susu unta Hudaibiyah

Kami mengabdikan kenangan di Ladang Unta Hudaibiah

Unta merupakan haiwan masyarakat Arab yang paling utama. Ia merupakan alat kenderaan dan pengangkutan mereka khususnya yang tinggal di gurun &padang pasir. Susu dan dagingnya menjadi makanan dan minuman mereka. Bulu dan kulitnya juga turut menjadi pakaian dan khemah mereka. Pendek kata, unta ni dikira sumber utama kehidupan jugalah bagi penduduk disini.

Di samping itu, unta mempunyai sifat-sifat yang tidak ada pada haiwan-haiwan yang lain. Walaupun bentuk tubuh badannya kuat, besar dan gagah namun ia mudah dituntun. Ia akan mengikut dan patuh walaupun dituntun oleh kanak-kanak yang kecil. Walaupun kegunaan dan perkhidmatannya begitu besar, namun perbelanjaan memeliharanya kecil. Makanannya, senang dan belanjanya murah. Menurut Ustaz, unta adalah binatang yang paling sabar di dunia dan tahan lasak. Ia tahan lapar, dahaga, penat dan gigih menghadapi keadaan-keadaan yang macam mana sekalipun lah.


Nampak belakang Unta jelah... Unta-unta ni segan barangkali bergambar

Mama di padang Pasir Hudaibiah

Para Jemaah lelaki sedang membeli susu Unta setelah mendengar khasiatnya yang sangat hebat dari Ustaz... hehehe

Di kiri kanan ladang pasir di Hudaibiah pasti akan kelihatan Unta-unta

Perjalanan balik kami melalui padang pasir yang terbentang luas

Subhanallah... Penempatan Manusia di Padang Pasir

Selesai ziarah kami di Ladang unta Hudaibiyah, kami pun meneruskan perjalanan kami pulang semula ke Kota Makkah. Misi untuk menunaikan umrah kami yang ke-4 harus diteruskan hari ini juga & sejurus kami sampai di Hotel nanti. Kami sampai di hadapan Hotel Al-Massa sekitar pukul 10pagi. Dan selepas itu kami terus bertolak ke Masjdil Haram bagi menyempurnakan Ibadah Tawaf & Saie. Alhamdulillah, kami berjaya sempurnakan umrah kami yang ke-4 sebelum waktu Zohor. Tapi memandangkan, sewaktu kami habis saja terus berkumandang azan Zohor, maka, aku & mak bercadang nak solat ditempat kami Saie sahaja. Sebabnya, kalau sekarang lah baru nak bergerak ke tempat solat memang tak pastilah ada tempat lagi ke tidak. To be safe, solat jer lah dimana kita berada ketika itu, yang pasti, masih dalam masjidil haram, di tanah haram & masih mendapat keberkatan ganjaran 100 000 pahala yang Allah SWT janjikan... InsyaAllah.

Let say, semasa kita sedang tawaf or saie dan pada masa tu juga azan berkumandang, kita masih boleh teruskan tawaf & saie. Tapi bila dah mula Iqamah, Jemaah hendaklah berhenti dimana kita berhenti & terus mengadap kiblat bagi menunaikan solat fardu terlebih dahulu. Selesai solat fardu, Jemaah hendaklah sambung semula ibadah tawaf & saie dari mana tempat dia berhenti tadi. Untuk pengetahuan lebih lanjut, bolehlah refer kepada mereka yang lebih arif.

Alhamdulillah, sempurna sudah umrah kami yang ke-4.


To be continued… 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...