Pages

Thursday, January 23, 2014

My Umrah Journey Part 3: KLIA to Madinah

KLIA – Madinah 
Friday, 10 Jan 2014 


Sepatutnya hari ni, kami dah menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi tapi memang bukan rezeki kami nak sampai semalam. Allah masih belum izinkan kami lagi.

Seawal pagi lagi aku dah bangun sebab nak breakfast awal & turun awal memandangkan kami masih tidak dapat berita status flight kami sehingga malam tadi. After breakfast, kami disuruh berkumpul di Lobi Hotel tapi pukul 7.30 macam tu dapat berita yang Saudi Airline masih belum memaklumkan apa-apa. So, kami diberi pilihan untuk duduk di dalam bilik Hotel dulu or stay sahaja di Lobi sampai dapat status flight ke Madinah yang terkini. Aku memilih untuk naik ke bilik balik memandangkan no point kalau aku tunggu pun. Sempatlah buat tahi mata sekejap tapi kami perlu turun semula dalam pukul 10. Dalam pukul 9.30pg, Ayah call suruh turun sebab katanya tinggal aku jer yang tak turun lagi, cheh. Ingatkan memang main-main tapi memang aku adalah antara orang yang lambat jugalah. Rupa-rupanya dah ada flight gantian untuk SV-2051.

Kami sampai di Airport KLIA dalam 10.30 and terus bergerak ke Balai berlepas Antarabangsa. Kali ni memang confirm, no more delay sebab memang dah nampak depan mata kapal Saudi Airline. Alhamdulillah.


Penantian berakhir... Yes, ni baru betul dah sampai
 
Terpancar keriangan di setiap para Jemaah walaupun kami dah shot 2 days. Yelah, bising pun tak guna yang penting perjalanan ibadah ke Tanah Suci harus diteruskan.


Keriangan jelas terpancar

Flight take-off from KLIA at 12.45pm waktu Malaysia. Dan kami sampai dalam pukul 10pm waktu Malaysia (5pm waktu di Madinah). Madinah lewat 5 jam dari Malaysia. Flight duration lebih kurang 9 jam.


Jauh lagi perjalanan dan masih banyak masa lagi untuk lebih memahami

Aku bukanlah nak merungut tapi aku agak kecewa kapal yang kami naik tu seat dia macam duduk dalam AA flight. So, bayangkan lah sempitnya. Pada mulanya aku bayangkanlah se”gah” MAS juga, walaupun economy class tapi seat amat selesa. Ternyata amat mendukacitakan. Kesian Mak aku yang tak selesa. Katanya nak bergerak pun susah. Aku malas nak fikir dah masa tu, yang penting aku tahu aku nak sampai cepat & tak sabar dah rasanya. So, bertabah jelah.


Inside Saudi Airline Aircraft

Dah nama nye naik Saudi Airline, pilot pun cakap Arablah, hehehe. Masa dia buat demo cara-cara nak selamatkan diri tu, nasib baiklah boleh faham sebab step & isyarat yang sama juga yang digunakan untuk most of the flight.

Alhamdulillah aku berjaya bertahan selama 9 jam dalam flight tanpa rasa yang kurang sedap. Aku hanya sempat tido 2 jam sahaja kot. Selebihnya aku banyak membaca. Kesian mak yang tiba-tiba jadi kurang selesa & siap muntah-muntah. Nasib baiklah kapal ni dah letak siap-siap paper bag for passenger. Makan pun tak lalu. Last-last aku & ayah yang habiskan semua makanan mak aku.


Our Lunch… semua sedap, hahaha… siap habiskan makanan mak aku lagi

Our dinner… pasta dia memang sangat best, rasa nak minta lagi jer. Sebenarnya kami diberi pilihan 3 menu yang berbeza. Boleh pilih salah satu jelah.

Airport Madinah ni sunyi & aman sikit. And tak sebesar airport di Jeddah. Maybe hanya untuk flight berhampiran & charter flight macam kami sahaja. Dan semasa ketibaan kami pun, hanya jemaah kami sajalah, no other flight. Dan urusan Immigressen pun jadi sangat mudah dan pantas. Kami sempat solat Jamak Takhir & Qasar di Airport Madinah sebelum berangkat ke Hotel kami di Kota Madinah. Alhamdulillah.


Awesome view before landing kat Airport Madinah

Tiba-tiba rasa rindu pulak nak hiking... out of topic kejap

Ketibaan kami disambuat staff Rayhar yang bertugas di Madinah. Passport kami diserahkan kepada staff yang bertugas untuk tujuan keselamatan. Kami bertolak mengikut no. bus yang telah ditetapkan oleh agent kami. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Memandangkan sekarang musim sejuk di Madinah, so, malam dia jadi lebih panjang. Masa kami nak bergerak ke Hotel Dallah Taibah, lebih kurang pukul 6 lebih pun dah mula gelap. Another 30 min to reach our Hotel. Sepanjang perjalanan, kami diberi taklimat & penerangan pasal Kota Madinah oleh Ustaz Haji Hadi. Walaupun malam tapi sepanjang perjalanan kami menuju Hotel, terasa ketenangan Islam itu ada disini. Allahuakbar.


Masjid Nabawi dari Hotel kami

Normal view setiap kali selepas solat waktu

Sesampai saja kami di Hotel, hati terpukau dek keindahan Masjid Nabawi yang hanya terletak lebih kurang 50m sahaja dari hotel. Subhanallah, masa tu terasa nikmatnya tinggal di Kota Madinah. Kami tak terus ke Masjid Nabawi tapi kami dibawa terus ke Hotel untuk Dinner dulu. Malam tu kami tidak keluar lagi memandangkan hari sudah lewat. Kalau ikutkan hati nak je malam tu aku ke Masjid tapi memikirkan aku ni 1st time takut pulak anything happened kan, lagipun ustaz dah pesan jangan ke masjid lagi malam ni, so, aku akur. Tapi ayah dah bergerak ke Masjid pun. Aku hanya solat jamak di bilik sahaja.


Bila malam payung akan ditutup

Pintu masuk ke Ruangan Solat Wanita

Aku tido awal malam tu. The next day, aku berazam nak sampai awal ke masjid. Tak sabar rasanya. Pagi-pagi lagi ayah dah terjaga & gerak kan kami bersama. Terasa nikmatnya Suboh berjemaah di Masjid Nabawi.

Ya Allah akhirnya… kau terima juga aku menjadi TetamuMU. Syukur Alhamdulillah.


To be continued...


1 comment:

  1. Salam...
    Suka akak baca journey ni. Akak belum ke Mekah lagi, Insyaa Allah tak lama lagi sampailah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...