Pages

Sunday, January 26, 2014

My Umrah Journey Part 7: My 1st Umrah

Makkah Al-Mukarramah
Mon, 13 Jan 2014 


Aku tersedar sekitar pukul 10mlm apabila bus no. 4 yang kami naiki berhenti seketika & mengambil seorang penumpang. Naik seorang lelaki berjanggut & lengkap berpakaian Ihram. Memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Hj Masykur, staff rayhar yang bertugas di Makkah & merangkap Mutawwif kami. His an Indonesian but pertuturan nya amat senang difahami & sangat tenang didengar. Maybe sudah lama tinggal di Kota Suci ini, ada satu rahmat yang mengatakan dia adalah pembimbing yang hebat. Seterusnya kami membaca doa memasuki Kota Makkah sambil dibimbing Mutawwif kami. Kami diberi taklimat sedikit mengenai Umrah yang bakal kami kerjakan sesampai nya kami di Hotel nanti i.e. our first Umrah Wajib. Selepas itu kami diberi penerangan pasal Hotel kami & etc. Kami juga diberitahu yang cuaca di Makkah sedikit Panas compare to Madinah.

Ya Allah... Syukur ke HadratMu, aku bisa melangkah masuk ke Makkah. Ya Allah, akhirnya kau kabulkan kan permintaaan HambaMu ini untuk menjejakkan kaki disini.

Kami sampai ke Hotel kami satu jam kemudian. Jemaah Rayhar ditempatkan di Hotel yang telah ditetapkan mengikut package Hotel masing-masing. Hotel kami lah antara yang paling jauh, lebih kurang 200m dari Masjidl Haram which is Hotel Tharwat Ajyad (sebelah Meridien Hotel). Tak salah aku, hanya ade 5 family sahaja under Rayhar Travel yang tinggal di Hotel ini. Bagi aku takdelah jauh sangat pun. Hotel yang lain semua terletak dalam linkungan jarak 50-180m sahaja jaraknya (i.e. Hotel Al-Safwah, Al-Multazam, Al-Maqam, Al-Massa & Qasr Al Qamar). Dan harga package pun bergantung kepada Hotel pilihan Jemaah, lagi dekat maka lagi mahallah kosnya. Tapi bagi aku kalau ada rezeki lebih, pilihlah hotel yang dekat, so that, kita boleh optimumkan Ibadah kita.

Sampai jer Hotel Tharwat Ajyad, kami terus diberi briefing ringkas oleh ustaz yang bertugas & terus dapat pass bilik masing-masing. Kami dikehendaki turun semula berkumpul dalam setengah jam kemudian kerana malam ini juga kami akan menunaikan Ibadah Umrah kami yang pertama. Penat sampai dari Kota Madinah masih belum reda tapi disebabkan tak sabarnya nak melakukan rukun Umrah yang ke-2, keterujaan ini mengatasi segalanya. Sewaktu berkumpul semula di Lobi Hotel, aku perasan beg besar aku takde walaupun telah diletakkan tanda Pink Ribbon. Cuma bag ayah & mak sahaja yang ada. Dan waktu itu, aku amatlah memerlukan beg itu memandangkan kelengkapan untuk umrah malam tu aku dah letak kat situ & boleh kata semua barang aku ada kat dalam tu. Sebenarnya risau juga sebab hanya bag aku je pulak tu tapi disebabkan keyakinan Ustaz yang bertugas yang mereka akan cari sampai jumpa. Aku pun redha. Barangkali tercampak ke Hotel lain kot. Misi Umrah Wajib kami yang pertama harus diteruskan.

Kami berkumpul dihadapan Hotel Al-Massa & bergabung dengan jemaah Rayhar yang lain. Tapi untuk Umrah yang pertama ini aku dibimbing oleh Mutawwif kami dari Malaysia, yang bersama-sama kami since 1st day. Kami bergerak dari Hotel menuju Masjidil Haram dalam pukul 12.00 tgh malam & sambil bertalbiah. Memandangkan separuh daripada Masjidil Haram masih under construction, so, kami telah masuk melalui Pintu King Abdul Aziz untuk ke Kaabah bagi menunaikan rukun Umrah yang berikutnya, Tawaf. Tatkala melangkahkan kaki ke Masjidil Haram terasa lain sangat perasaan ketika itu, walaupun hati masih berdebar-debar & mulut tak lepas berdoa. Kami terus mengikut mutawwif sampailah kami ternampak objek empat segi yang menjadi simbol kiblat kami selama ini & seluruh Umat Islam di dunia ini... Kaabah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.


Masjidil Haram yang terkini

Tidak kira siang atau malam, masjidil Haram sentiasa dipenuhi dengan Umat Islam

Ribuan Umat Islam membanjiri masjidil Haram bagi melakukan tawaf

Ustaz berhenti seketika & kami semua berdoa. Seterusnya kami menuju ke penjuru Hajarul Aswad bagi memulakan tawaf kami yang pertama. Masa tu sahaja Kaabah penuh dengan lautan Umat Islam yang bersama-sama mencari keredhaan Allah. Berdoa & berzikirlah sepanjang tawaf. Terbit rasa keinsafan dalam diri ini & terasa kerdilnya hambaMu ini. Alhamdulillah, kami selesai melakukan tawaf 7 pusingan dalam tempoh 45min. Habis jer, kami terus cari ruang yang ada disekitar kawasam luar laluan tawaf untul Solat sunat Tawaf 2 rakaat & berdoa. Memang agak mencabar nak mencari tempat yang selesa untuk bersolat lebih-lebih lagi tempat Mustajab doa sebab orang terlalu ramai tapi cubalah belajar bersabar & berdoa minta dipermudahkan Allah SWT. Kalau boleh cubalah bersolat dibelakang Makam Nabi Ibrahim, dalam Hijr Ismail & lurus Multazam (antara Hajarul Aswad & Pintu Kaabah) kerana disinilah tempat Mustajab Doa.


 Panduan & Cara mengerjakan Umrah


http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/215634/CARA%20MENGERJAKAN%20UMRAH.pdf
CARA MENGERJAKAN UMRAH (source)

Rukun ke-2: Tawaf di Baitullahhil Haram
Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah dengan syarat-syarat tertentu. 

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah dan ini bermakna jika kita tidak mematuhi syarat-syarat bertawaf maka akan terbatallah & tidak sah, dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Selesai Solat & berdoa, kami ke tempat Air Zam-Zam pula. Minum Air Zam-Zam selepas Tawaf adalah perkara sunat. Sebelum minum, berdoalah memohon Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas & ubat penawar bagi segala penyakit. Sesudah itu, kami pun meneruskan perjalan menuju Bukit Safa bagi menunaikan Rukun Umrah yang ke-3, Saie.


Rukun ke-3: Sa'ie
Sa'ie ialah berjalan berulang-alik diantara Bukit Sofa & Marwah sebanyak 7 kali mengikut syarat-syaratnya

Ibadah Sa’ie ini adalah simbolik pengorbanan Hajar iaitu ibu Ismail berulang alik antara safa & Marwah sebanyak 7 kali bagi mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s. di sisi Baitullah al-Haram. Alhamdulillah, berkat doa Nabi Ibrahim a.s dan berkat kesabaran Hajar, akhirnya telah wujud telaga Air Zam Zam yang airnya tidak putus-putus dan Makkah mula dikunjungi orang. Kemudian, ia telah menjadi kota suci yang aman dan makmur, sentiasa dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh pelusuk muka bumi mengerjakan haji dan umrah. 


Perjalanan dari Marwah ke Safa. Para Jemaah lelaki adalah disunatkan berlari-lari anak ketika sampai ditempat lampu hijau

Perjalanan menuju Safa

Subhanallah... walaupun hari sudah melewati 2 pagi di bumi Makkah tapi lautan manusia tidak putus-putus membanjiri Mas'aa bagi menunaikan Rukun Umrah yang ke-3, Sa'ie

This picture was taken after completed our 2nd Umrah

Bukit Sofa

Kami menghabiskan ibadah Sa'ie dalam tempoh 1 jam sahaja, Alhamdulillah. Finally, kami pun bertahallul bagi keluar dari larangan Ihram & menandakan selesainya Ibadah Umrah kami. Total kami dapat selesaikan Ibadah Umrah dalam tempoh 2 jam sahaja.


Rukun ke-4: Bergunting / Bercukur (Bertahallul)

Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai rambut, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi perempuan bergunting sahaja. Bagi mereka yang tiada rambut sunat baginya melalukan mata pisau dikepalanya.
 

Dah habis buat Umrah, Alhamdulillah tapi kami dah hilang Mutawwif kami pulak. Aku perasan yang Mutawwif aku berhenti sebentar tadi & menyuruh kami meneruskan saie kami. So, bila dah berpecah agak susah jugalah sebab orang terlalu ramai & nak mencari pun satu hal juga. So, kami pun tunggu di satu sudut permulaan Saie di Bukit Safa. Perasaan ada seorang Jemaah group kami disitu. Dia pun menunggu Ustaz rupanya. Kami pun tunggulah sehingga selesai satu group yang dibimbing ustaz Masykur. Selesai saja, kami pun bergerak tapi Ayah aku pula ntah ke mana. Terpaksa lah aku tunggu di situ dulu sementara jemaah lain dah jauh meninggalkan kami. Lepas tu barulah ayah datang kembali, kami pun terpaksa pulang sendiri ke Hotel. memandangkan kami 1st time so, berpusing-pusing jugalah cari pintu keluar. Dah jumpa pintu keluar, ok, selepas tu dengan confidentnya aku pun follow lah ayah aku berjalan, tapi bila dah lama kelamaan tu rasa lain macam jer, Ya Allah, rupanya kami salah jalan. Nasib baiklah aku masih ingat pesan ustaz yang hotel kami dekat dengan Meridien Hotel & ade construction disebelahnya, so, kami pun patah balik & follow the right path. 

Kalau ikutkan hati, nak je stay terus di masjid tapi memandangkana aku tak berapa selesa, rasanya lebih baik aku balik Hotel dulu buat apa yang patut. Masa tu barulah terasa penat yang amat. Tengok jam dah pukul 3.30 pagi & kami baru sampai Hotel. Tak tahulah apa cerita Jemaah lain. Sebab kami masing-masing sudah terpisah semasa Tawaf & Saie. Mutawwif pun hilang entah ke mana. Sampai jer depan pintu bilik kami, syukur Alhamdulillah... beg aku dah jumpa. Siap ada short note dari Ustaz muda yang bertugas, minta maaf atas kehilangan Beg anti... hehehe.

Aku sempat mandi, bersihkan diri & hanya sempat tido 1/2 jam sahaja. Pukul 4.45 dah ke Masjid. Dari tingkap Hotel, waktu tu sahaja, sudah kelihatan jemaah berpusu-pusu menuju Masjidil Haram.


Satu jam sebelum solat waktu jer dah penuh dengan umat Islam yang berpusu-pusu nak ke Masjid... terasa indahnya berada di Kota Suci yang penuh rahmat ni



6 comments:

  1. seronok aku baca cerita umrah ko ni nurul, terkesan dihati. sambung la lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Julie... sekadar berkongsi pengalaman

      Delete
  2. Insya-Allah..saya akan menunaikan ibadah umarh Disember ini.. membaca kisah puan sedikit sebanyak membantu persediaan saya... TQ

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, nurul afida semoga Allah permudahkan urusan ibadah anti

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah aya jg akan menunaikan ibadah umarah awal feb 2016 ini. setelah membaca pengalaman kamu saya makin teruja dan berdoa semoga perjalanan sy akan berjalan lancer dan dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Sofee Yussof... semoga dipermudahkan perjalanan Ibadah Umrah anti di sana nanti

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...