Tue, 14 Jan 2014
Hari ni kami ada ziarah di luar Kota Makkah. And kali ini kami dibimbing oleh Mutawwif kami, Ustaz Haji Masykur. Honestly, aku sangat senang dengan Ustaz ni, walaupun his an Indonesian tapi setiap pertuturannya sangat sedap didengar & amat berkesan skali. Hati ini rasa seolah-seolah tenang tatkala mendengar ustaz ni bercerita, penuh dengan hikmah & apa yang disampaikannya sangat dekat dengan hati ini... Masyallah hebatnya Hamba Allah mu ini. Kalau Mutawwif lain, setiap kali dalam Bus akan mengadap depan bila bercerita tapi berlainan skali dengan Ustaz Masykur, dia prefer untuk berdiri menghadap Jemaah. Itu yang buat aku lagi fokus dengan apa yang Ustaz cuba sampaikan sebab kita akan nampak dia. Katanya, beliau lagi selesa sedemikian sebab lebih dekat dengan jemaah & paling penting dia cakap boleh nampak siapa yang tido... hehehe.
Our first destination for today was Jabal Tsur. Kalau kita ingat sejarah Islam dulu-dulu, gua yang berada di Jabal Tsur inilah Rasulullah SAW diselamatkan dari orang Quraisy yang mengejarnya. Kami telah dibawa oleh Ustaz ke satu tempat lain dimana agak jauh skit daripada jemaah bas yang lain kerana bagi mengelakkan kesesakan di tempat yang biasa diturunkan jemaah. Memang group kami jelah yang ada kat situ, hehehe. Actually, kami datang pun bukan nak panjat pun, cuma nak menghayati sejarah perjuangan Rasulullah SAW & ambik gambar sebagai kenang-kenangan. According to Uztaz, kalau nak panjat pun boleh juga dan anggarannya 2jam naik & turun. Masa tu terbayang-bayang nasihat doctor a week before berangkat, "Jangan active sangat & panjant-panjat plak kat sana kalau nak ubat awak tu lebih lama berkesan..." Emmhhh.
Jabal Tsur
Gunung tertinggi di Makkah ini terletak kira-kira 5 km dari kota Makkah, memiliki 3 puncak yang bersambungan dan berdekatan, di puncak gunung inilah terdapat gua yang bernama gua Tsur tempat Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar RA bersembunyi daripada kaum kafir Quraisy yang mengejarnya. Peristiwa ini terjadi pada tahun 622 M sewaktu Rasulullah ingin berhijrah menuju Kota Madinah. Dengan pertolongan Allah SWT, Saat kaum Quraisy tiba di depan gua, secara ajaib terdapat sarang labah-labah yang menutup mulut gua & juga sarang burung merpati. Selama tiga hari tiga malam Rasulullah bersembunyi di sana.
Peristiwa ini ada diabadikan oleh Allah SWT dalam surat At Taubah ayat 40:
Kami tak lama pun disini. After about 20 minutes, kami pun meneruskan perjalanan semula untuk ke Arafah, Muzdalifah & Mina.
Jabah Rahmah
Jabal Rahmah terletak dibahagian timur Padang Arafah di kota Makkah Arab Saudi. Sesuai dengan namanya, jabal berarti sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang.
Mengikut penceritaan Ustaz Haji Masykur, setelah diturunkan dari Syurga, Nabi Adam diturunkan di Himalaya India, sedangkan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Setelah keduanya bertaubat untuk memohon ampun, akhirnya atas izin Allah mereka dipertemukan di bukit ini i.e. Jabal Rahmadh pada 9 Zulhijjah setelah 40 tahun terpisah. Sewaktu bertemu, Allah mudakan semula keduanya. Setelah pertemuan ini, Adam dan Hawa melanjutkan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunanya sampailah sekarang.
Menurut Ustaz, doa yang dimakbulkan di sini hanya pada 9 zulhijjah i.e. hari wukuf di Arafah.
Untuk menuju puncak bukit ini, bolehlah hiking sikit sekitar 15 minit (tengok stamina juga) dari kaki bukit. Tapi tak perlu risau sebab ada jalan bertangga untuk memudahkan para Jemaah nak sampai ke puncak. Ketinggiannya lebih kurang 65 meter. Di bukit ini terdapat sebuah monumen yang berbentuk empat segi tepat dengan ukuran lebar lebih kurang 1.8m dan 8m tinggi. Dari atas bukit ini juga, Jemaah boleh melihat keluasan padang Arafah yang setiap tahunnya dibanjiri oleh umat Islam dari seluruh pelusuk dunia ketika musim haji tiba.

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad), maka sesungguhnya Allah SWT telahpun menolongnya ketika orang-orang kafir mengusirnya berdua dengan sahabatnya. Ketika keduanya berada dalam gua, dia berkata kepada sahabatnya ‘janganlah engkau berdukacita, karena Allah SWT bersama kita’. Maka Allah SWT menurunkan ketenangan hati kepada (Muhammad) dan membantunya dengan pasukan-pasukan yang kamu tidak melihatnya. Dijadikan-Nya kepercayaan orang-orang kafir paling rendah dan agama Allah SWT mnenduduki tempat teratas, Allah SWT Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Ustaz Masykur sedang menyampaikan cerita disebalik Jabal Tsur |
Gua yang berada di Jabal Tsur inilah Rasulullah SAW diselamatkan dari orang Quraisy yang mengejarnya |
Ayah & Mak bergambar kenangan |
Antara jemaah yang bersama group kami |
Kami tak lama pun disini. After about 20 minutes, kami pun meneruskan perjalanan semula untuk ke Arafah, Muzdalifah & Mina.
Jabah Rahmah
Jabal Rahmah terletak dibahagian timur Padang Arafah di kota Makkah Arab Saudi. Sesuai dengan namanya, jabal berarti sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang.
Jabal Rahmah |
Mengikut penceritaan Ustaz Haji Masykur, setelah diturunkan dari Syurga, Nabi Adam diturunkan di Himalaya India, sedangkan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Setelah keduanya bertaubat untuk memohon ampun, akhirnya atas izin Allah mereka dipertemukan di bukit ini i.e. Jabal Rahmadh pada 9 Zulhijjah setelah 40 tahun terpisah. Sewaktu bertemu, Allah mudakan semula keduanya. Setelah pertemuan ini, Adam dan Hawa melanjutkan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunanya sampailah sekarang.
Menurut Ustaz, doa yang dimakbulkan di sini hanya pada 9 zulhijjah i.e. hari wukuf di Arafah.
Puncak Jabal Rahmah merupakan tempat Adam & Hawa bertemu setelah 40 tahun terpisah |
Untuk menuju puncak bukit ini, bolehlah hiking sikit sekitar 15 minit (tengok stamina juga) dari kaki bukit. Tapi tak perlu risau sebab ada jalan bertangga untuk memudahkan para Jemaah nak sampai ke puncak. Ketinggiannya lebih kurang 65 meter. Di bukit ini terdapat sebuah monumen yang berbentuk empat segi tepat dengan ukuran lebar lebih kurang 1.8m dan 8m tinggi. Dari atas bukit ini juga, Jemaah boleh melihat keluasan padang Arafah yang setiap tahunnya dibanjiri oleh umat Islam dari seluruh pelusuk dunia ketika musim haji tiba.
Ada monumen di puncak Jabal Rahmah |
Mak duduk bawah jer... tak larat nak panjat katanya |
Lihatlah ramainya umat manusia |
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tatkala melakukan wukuf. Wahyu tersebut terkandung di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah, Ayat 3:
“Pada hari ini orang-orang kafir telah
putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut
kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan
kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu."
Turunnya ayat ini membuat para sahabat merasa sedih, sebab mereka dapat merasakan akan kehilangan Rasulullah SAW dan tak berapa lama kemudian, Rasulullah SAW dipanggil menghadap Allah SWT.
Area di Jabal Rahmah ni pun menjadi punca rezeki bagi penduduk setempat untuk berniaga |
To be honest aku tak panjat pun Jabal Rahmah. Jalan cerita dah macam panjatkan… hehehe. Keinginan tu memang ada, sangat-sangat walaupun masa tu orang sangatlah ramai. Tapi keinginan mak yang suruh aku temankan dia kat bawah adalah penyebab utama aku tak naik atas. Dalam hati, Ya Allah sesungguhnya doa ibu adalah yang terbaik buat anak-anaknya.
Actually, aku ingat ayah aku yang takkan naik sampai atas & aku ingat nak suruh ayah yang temankan mak, tahu-tahu bila turun jer bus, ayah aku dah berdesup berjalan naik Jabal Rahmah. Masa tu aku terpikir juga, apa yang ayah aku kejarkan… sampai hati dia tinggalkan kami berdua. Mungkin mengejarkan masa yang diberikan ustaz i.e. 25min sahaja. Kesian pulak mak masa tu… so, aku pun temankan mak sajalah. Takpalah tak dapat panjat pun… masa tu dalam hati aku berdoa “Ya Allah, kau bukalah pintu rezekiku untuk hadir ke sini lagi”.Aku pun hanya jalan-jalan sajalah disekitar area Jabal Rahmah & sambil-sambil cuba menghayati sejarah percintaan Adam & Hawa… Ya Allah sungguh besar rahmatMu.
Saya dah sampai sini tapi saya tak naik sampai atas pun |
Sebenarnya, ada beberapa orang sahabat yang mengirimkan doa supaya dapat jodoh di jabal Rahmah. Tapi, bila mendengar cerita Ustaz Masykur, aku terpaksa lupakan hasrat nak berbuat demikian. Katanya, doa yang dimakbulkan di Jabal rahmah hanya pada hari Wukuh di Arafah i.e. 9 Zulhijjah. Ustaz pesan lagi, lebih baiklah berdoa di tempat Mustajab lain di Masjidil Haram yakni dibelakang Makam Ibrahim, lurus Multazam, Dalam Hijr Ismail, sewaktu tawaf, semasa di atas bukit Safa & Marwah & sepanjang berada di Masjdil Haram. Ok, noted Ustaz. So, untuk sahabat yang mengirimkan doa, saya dah sampaikan hajat kalian ditempat yang ustaz nyatakan diatas, semoga Allah kabulkan permintaan & doa kita semua, Ameen. Dan sama-samalah kita beristiqamah berusaha & berdoa.
Tak dapat naik atas, kami pun bergambar kenangan dibawah sahaja |
Selepas setengah jam, kami kembali semula ke bus dan menuju ke Destinasi kami yang seterusnya.
Hari ini juga kami akan je Masjid Jaaranah (Miqat Umrah) untuk Umrah kami yang ke-2, In sya Allah.
To be continued...
ko amek ubat apa yg doktor tak bagi hiking tu?
ReplyDeletemmg kena pakai purple eh?
ReplyDeletekat monumen tu dibenarkan menconteng tak?
ReplyDeleteJulie, Pil hormon, sebab aku dijangkakan kena period minggu tu. Dah kena start makan 1 week before tarikh dijangkakan. So, sebagai langkah persediaan. Alhamdulillah, dah balik baru uzur :-)
ReplyDeleteKay...Takdelah saja jer nak matching dengan Rayhar punye color... hehehe.
Siti, ramai jer orang tulis nama kat batu tu, tak salah orang nama pasangan tapi ustaz cakap jangan buatlah. Jodoh tu kan rahsia Allah.