Pages

Sunday, January 26, 2014

My Umrah Journey Part 6: Madinah Ke Makkah

Madinah Al-Munawwarah 
Sun, 12 Jan 2014


Continue from previous post.

Kami sempat pulang ke Hotel sebelum masuk waktu Zohor, Alhamdulillah. Selepas mempersiapkan diri & meletakkan bag diluar bilik Hotel seperti yang diarahkan Staff Rayhar. Kami pun bergegas ke Masjid Nabawi memandangkan sudah hampir masuk waktu Zohor. Kelewatan kami hanya akan membuang masa mencari tempat solat yang selesa sebab sebelum Azan lagi Masjid Nabawi sudah dipenuhi dengan Jemaah. Memang ternyata kelewatan kami memaksa kami solat ditepi laluan orang. Tapi aku lagi prefer Solat dalam Masjid daripada duduk diluar beralaskan batu marmar sahaja. Tapi disini sememangnya tidak menjadi masalah sebab beginilah setiap kali solat waktu, Masjid Nabawi akan menjadi tumpuan seluruh umat Islam di Madinah untuk solat berjemaah. Manakan mahu menolak ganjaran 1000 pahala yang dijanjikan Allah SWT.

Selepas selesai Solat Zohor berjemaah, aku & mak sambung terus Jamak Takdim & Qasar Solat Asar kerana kami akan bermusafir. Selesai Solat, lama jugalah aku berdoa dalam masjid sementara menunggu jemaah lain keluar. Sedih pulak rasanya kerana mungkinkan ini Solat terakhirku di Masjidmu Ya Rasulullah.


"Ya Allah, berilah selawat kepada Nabi Muhammad & keluarganya & janganlah menjadikan kunjungan ini penghabisan bagiku dengan NabiMu, hapuskanlah segala dosaku dengan menziarahinya & bekalkanlah aku keselamatan dalam pelayaranku serta mudahkanlah kepulangan ini menuju ahli keluargaku & tanahairku, dengan selamat, wahai Tuhan yang maha pengasih dari segala pengasih"


Dengan perasaan yang berbelah bagi, kami melangkah keluar meninggalkan Masjid Nabawi. Ya Allah kau murahkanlah rezeki hambaMu ini untuk datang ke sini lagi. Ameen.




Habis sahaja makan, kami naik bilik Hotel ambil handcarry luggage, turun semula ke Lobby & terus checked-out. Masing-masing sudah lengkap berpakaian Ihram. Sementara menunggu staff Rayhar menguruskan bag kami untuk dimasukkan ke dalam bus mengikut nombor yang telah ditetapkan untuk setiap jemaah, aku sempat lagi pusing-pusing di area Hotel kami & buat penukaran duit kat Money Changer. Rasanya macam tak cukup pulak nak bawa ke Makkah sebab dah banyak pakai di Ladang kurma pagi tadi... hehehe. Rate di Madinah lagi murah dari Makkah. Tapi aku rasa tukar kat Malaysia lebih menguntungkan.


Pak Arab ni tengah jual kurma fresh depan hotel kami

Gonna miss solat in Masjid Nabawi

Ada citer menarik sebelum kami ke Kota Suci dimana semasa nak buat penukaran duit ke Riyal, ayah ada meminta pendapat aku berapa yang perlu ditukar. Aku hanya cakap yang aku bawa SAR500 sahaja sebab mengikut pengalaman orang yang tak banyak belanja. Ayah aku dengan yakin pun berkata "buat apa nak bawa banyak-banyak duit apa saja yang nak beli kat situ kan". Sampai mak aku nak tukar lebih pun ayah aku tak kasi. Siap suruh tukar sikit jer. Kita tak tahu kan apa yang nak berlaku di sana nanti, sampai je kat Kota Madinah, setiap kali balik Masjid ada sahaja barang yang Ayah beli, katanya murah-murah lah kat sini. Aku dengan mak pun naik hairan juga sebab kami pun tak macam tu. Emmhhh...

Setelah selesai semua urusan bag para jemaah, kami bertolak menuju Masjid Bir Ali. Sebelum tu kami dimaklumkan ada lebih kurang 10 orang Jemaah tidak ikut bersama ke Makkah, katanya masih tak puas tinggal di Kota Madinah. Aku tak tahu siapa yang tak follow tu sebab para Jemaah Rayhar sahaja dikatakan 175 orang. Makna nya mereka akan menyusul 2 hari kemudian ke Makkah.


Masjid Bir Ali or Zulhulaifah

Kami sampai ke Masjid Bir Ali atau Zulhulaifah lebih kurang dalam pukul 3.30ptg. Kami terus menunaikan Solat Tahiyyatul Masjid & Solat Sunat Ihram sebelum berniat Ihram Umrah. Niat Ihram di Miqat adalah perkara wajib Umrah. Jemaah Umrah atau haji yang hendak menuju ke Tanah Suci Makkah kerana ingin menunaikan Umrah atau Haji apabila sampai di Miqat makani, iaitu tempat ditentukan untuk berniat ihram, maka, selepas memakai pakaian Ihram wajiblah berniat Ihram di Miqat Makani atau sebelumnya mengikut dari arah mana kita datang.

Memandangkan kami dari Kota Madinah, miqat kami adalah di Masjid Bir Ali / Zulhulaifah. Terletak lebih kurang12km dari Kota Madinah.

Sekiranya jemaah masuk ke Makkah dengan tidak berniat ihram di Miqatnya, maka wajib ia kembali semula ke Miqatnya untuk berniat Ihram. Jika tidak berbuat demikian disebabkan tidak berkuasa, maka ia boleh berniat ihram ditempat mereka berada & dikenakan Dam. (Source: Rayhar Panduan Umrah)


Kami selepas selesai Solat Ihram di Masjid Bir Ali

Bagi wanita kami digalakkan Niat Bersyarat. Ini terdapat dalam setiap buku Panduan Umrah yang dibekalkan kepada Jemaah. Niat bersyarat ini amat penting terutamanya mereka yang tak tahu bila keuzuran akan berlaku. Niat bersyarat bagi wanita berbeza ketika sebelum haidh & ketika sedang haidh. Dan ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi juga. So, mintalah pandangan Ustaz yang berpengetahuan sekiranya masih keliru.


Source: Rayhar

Selesai sahaja urusan kami di Masjid Bir Ali, kami naik semula ke Bus mengikut no. & sekali lagi ustaz mengingatkan para Jemaah supaya berniat Ihram Umrah. Actually, kalau tak masuk masjid pun kita masih boleh berniat dalam bus sahaja. Asalkan kita masih tidak melepasi miqat lagi. Kami masuk pun sebab kami hendak menunaikan Solat sunat Ihram. Selepas berniat mulakan lah bertalbiah.



"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu". 


Kami memulakan perjalanan dari Masjid Bir Ali sekitar 4.30 ptg. Perjalanan melalui kawasan padang pasir menuju ke Kota Makkah dan mengambil masa sekitar 6 ke 7 jam lamanya. Mula-mula tu semua semangat bertalbiah, lama kelamaan makin sayup jer kedengaran. Semua sudah kepenatan barangkali. Selepas 2 jam perjalanan aku pun tertido juga. Aku hanya sedar semula setelah kami sampai dihentian RnR. Kami diberi masa 1 jam untuk Solat Jamak & makan (budget sendiri). RnR disini takdelah sehebat kat Malaysia, memang serba kekurangan. Tapi aku agak kecewa dengan kebersihan toilet disini. Sebagai umat Islam yang prihatin, aku rasa kebersihan sepatutnya diutamakan disini memandangkan banyak Jemaah yang akan berhenti disini sebelum sampai ke Kota Makkah. Dan bagi Jemaah perempuan memang amatlah menyeksakan juga especially bila nak berhadas. Tapi dalam keadaan begini, kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan. 


Berhenti sekejap sebelum menuju ke Kota Madinah

Berhenti Solat di RnR apa ntah

Ayah dah orderkan kami Murtabak Arab & Milo Panas, alas perut before sampai ke Kota Makkah

Selepas dah settle semuanya, kami pun kembali bergerak & menuju Kota Makkah… rasanya ada 2 jam lagi sebelum kami sampai. Ya Allah kau permudahkanlah perjalanan kami.

To be continued...

3 comments:

  1. As Salam, makan nasi arab kat sini sedap. SAR60 setiap dulang.

    ReplyDelete
  2. Assalam-O-Alaikum
    Get the benefit of Cheap Umrah Packages this year with Al Hijaz Tours and make your journey the most tremendous and comfortable.

    ReplyDelete
  3. Tempat ini namanya Wadi Qudaid. Disini ada kisah mukjizat nabi dengan kambing Ma'Bad semasa dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Tanya pembimbing pasti dia tahu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...