Pages

Saturday, February 1, 2014

My Umrah Journey Part 14: Free & Easy Day

Makkah Al-Mukarramah 
Saturday, 18 Jan 2014


Hari ini aktiviti kami adalah free & easy. Sedih hati ini tatkala memikirkan hari ini merupakan 2nd last day kami di Makkah. Kalau ikutkan, boleh jer nak buat Umrah tambahan lagi tapi mak & ayah nampak macam dah kepenatan kalau nak ajak lagi. Walaupun tiada dalam itinerary untuk buat umrah sunat pada hari ini, kami boleh request kepada staff yang bertugas jika perlukan transport untuk ke Miqat yang berhampiran bagi berniat Umrah. So, aku decide harini ini selepas saja breakfast aku nak ke Masjidil Haram semula nak menunaikan tawaf sunat. Ayah pun menyatakan keinginan yang sama memandangkan kami tidak ada apa-apa aktiviti pada pagi ini. Tapi, mak agak kurang sihat pada waktu itu dan bercadang untuk berehat sahaja di Hotel.


Menuju Masjidil Haram

Awal pagi kelihatan agak lengang sedikit

The other side of Masjidil Haram

Kami bertolak menuju Masjidil Haram pada pukul 9.00 pagi. Dan aku memilih untuk tawaf ditempat biasa, dibahagian bawah. Alhamdulillah, tatkala kami melangkah menuju Kaabah, jemaah agak kurang ramai, mungkin masih awal pagi. Tapi aku sangat suka sebab lagi relax, tenang & tak perlu berasak-asak sekiranya ramai. Aku lebih suka bertawaf jauh sikit dari Kaabah bagi mengelakkan kesesakan orang berkumpul di sudut Hajarul Aswad. Jangan terkejut pulak, tengah-tengah tawaf ada makhluk Allah yang offer nak cium Hajarul Aswad. Tapi tak semudah itu dia akan kasi pertolongan sebab confirm dia minta something, so, baik bertanya dulu samada ada Halal atau tidak. Kalau ya Halal, ok lah tapi normally dia akan minta sampai ratus-ratus riyal juga. Ini adalah berdasarkan pengalaman yea. Kalau ikutkan hati memang nak sangat-sangat sebab dah tahu kelebihanya tapi kalau dah kena berbayar tu macam lain lah pulak maksudnya kan. So, baik lupakan saja. Nak buat ibadat ni kena ikhlas. Cubalah cari masa yang terbaik & buat solat sunat dahulu untuk dapat peluang cium Hajarul Aswad walaupun hakikatnya tiada masa yang terbaik sebab sentiasa penuh dengan manusia yang berebut-rebut.


Dihadapan Masjdil Haram

Makan Nabi Ibrahim a.s.

Mencari peluang mencium Hajarul Aswad

I captured this at 10a.m from al-mataf

Ayahanda in front of Kaabah

Inside Masjdil Haram

Inside women prayer's area level 2

Kami selesai tawaf sunat kurang daripada satu jam, Alhamdulillah. Memandangkan orang masih tak ramai dapatlah kami mencari tempat solat yang agak selesa dibelakang Makan Nabi Ibrahim. Selain Solat sunat tawaf, manfaatkan lah untuk melakukan solat sunat yang lain & berbanyakkan lah berdoa. Bukan senang nak dapat peluang yang Allah kasi ni. InsyaAllah, ada keberkatan di setiap ibadat yang kita lakukan. Sesungguhnya, Allah maha mendengar.


Ya Allah syukur kerana terima aku menjadi TetamuMU

Selesai urusan kami, sempat jugalah aku & ayah pusing-pusing di area Masjidil Haram. Tak puas rasanya melihat keagungan Islam itu disini tapi itulah kami hanya diberi peluang seminggu sahaja disini. 


Pemandangan setiap kali selepas Solat fardhu

This is what happened everytime kami balik dari Masjid...murah-murah.

Malam ni kami sudah siap berkemas-kemas memandangkan beg kami perlu diletakkan dihadapan pintu bilik bagi memudahkan staff bertugas menguruskan kepulangan kami yang dijangkakan sebelum waktu Asar. Dan itupun bergantung kepada kecepatan bas kami sampai.


To be continued...
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...