Sunday, 19 Jan 2014
Hari ni genaplah 8 hari kami di Makkah. Dan hari ni juga merupakan hari terakhir kami di tanah suci Makkah. Sedih, tatkala menunaikan Solat Suboh yang terakhir di Masjdil Haram pagi ni. Terasa suasana perpisahan yang amat sangat. Rasa sedih pulak nak berpisah dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kenapa sekejap sangat pertemuan ini sehingga begitu cepat sekali perpisahan. Rasanya masih belum puas lagi aku beribadat di sini & masih banyak lagi yang aku inginkan daripadaMu. Walau apa sekalipun, itulah hakikat yang terpaksa aku terima, pertemuan & perpisahan sudah tertulis. Ya Allah, semoga kau terimalah Ibadatku & ampunkanlah dosa-dosaku.
Selesai urusan di masjid, aku perlu pulang kerana kami perlu mematuhi waktu yang telah diarahkan kami untuk menguruskan bag. Selepas selesai urusan di Hotel, final packing, kami pulang semula ke Masjdil Haram bagi menunggu Solat Zuhor. Lepas Solat Zohor, balik Hotel lunch dulu and then, balik semula ke Masjdil Haram bagi menunaikan Tawaf wada'. Actually, kami telah diberi pilihan samada untuk melakukan tawaf wada' sejurus selepas solat Zohor ataupun selepas lunch. Tapi aku memilih untuk balik ke hotel selepas solat zohor & lunch dulu. At least, aku boleh clearkan apa yang patut dulu di bilik hotel, so that, after tawaf wada' kami hanya perlu mengambil hand carry luggage kami sahaja di bilik hotel dan terus turun menunggu di lobby. Sebab after tawaf wada', kami tidak boleh lagi stay di bilik hotel unless ada sebab-sebab tertentu yang dibenarkan.
Untuk lebih detail bolehlah refer sini.
Untuk lebih detail bolehlah refer sini.
Tawaf wada' adalah wajib. Berdosa & wajib bayar dam sekiranya meninggalkannya dengan sengaja tanpa uzur syar'ie |
Wada atau wida membawa maksud perpisahan. Tawaf Wada’ ialah tawaf selamat tinggal kerana memuliakan & menghormati Baitullahil Haram di Makkah bagi mereka yang hendak meninggalakan Makkah dalam 2 Marhallah (lebih kurang 56 batu atau 91 kilometer) atau lebih, walaupun buat sementara waktu. Hukum mengerjakan tawaf wada’ adalah wajib kerana sesiapa juga yang hendak meninggalkan Makkah & bermusaffir didalam jarak yang jauh yang diharuskan Solat Qasar i.e. 2 marahalah atau lebih atau pulang ke tempat kediamannya atau ke suatu tempat yang ia akan bermukim padanya.
Sekiranya berlaku keuzuran yang dibenarkan, maka, dikecualikan dari tawaf wada'. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai tawaf wada', Perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada, Perkara yang tidak boleh dilakukan selepas Tawaf Wada & golongan yang dikecualikan daripada tawaf wada', boleh lah refer sini.
Selesai tawaf wada', buatlah perkara-perkara sunat selepasnya seperti selepas tawaf sunat. Dan berdoalah selepas solat sunat tawaf wada'.
Doa terakhir tawaf yang perlu dibaca, mengandungi tiga perkara iaitu:
Untuk huraian doa selepas solat sunat tawaf wada' bolehlah refer kepada buku panduan umrah & ziarah.
Alhamdulillah, selesai berdoa, kami segera bergerak pulang ke Hotel Tharwat Ajyad. Ambil our hand carry luggage and turun semula ke lobby hotel menunggu bas datang. Lama jugalah kami menunggu, sudahnya sampai masuk waktu Asar. Aku sampai tertido kepenatan lah menunggu. Makcik-makcik dalam group aku siap boleh pergi beli barang-barang kat kedai berhampiran lagi masa tu. Aku pun tak pasti samada boleh buat begitu lagi ke tidak sebab sepatutnya tak boleh dah. Tapi, barangkali ustaz benarkan memandangkan kami masih menunggu bas. Emmhh... memandangkan kami tak tahu bila agaknya bas akan sampai & perjalanan nak sampai ke masjid terapung mungkin memakan masa yang lama, so, kami minta kebenaran ustaz nak tunaikan solat Asar dulu. Sudahnya, masuk bilik hotel balik & solat Asar.
Bas kami hanya sampai sekitar hampir pukul 5 petang. Memang sangat lewat dari yang dijangkakan tapi memang dapat dijangkakan pun... hehehe. Bas hanya bertolak setengah jam kemudian setelah selesai urusan memasukkan luggage para jemaah mengikut no. bus yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, seriously sedih pulak sewaktu melangkah naik bas. Ya Allah berilah aku kekuatan.
To be continued...

- Mohon Allah SWT menerima ibadah umrah yang telah dilakukan,
- Mohon Allah SWT tidak jadikan umrah ini sebagai yang terakhir,
- Mohon Allah SWT sejahterakan segala urusan selepas ini.
Untuk huraian doa selepas solat sunat tawaf wada' bolehlah refer kepada buku panduan umrah & ziarah.
Alhamdulillah, selesai berdoa, kami segera bergerak pulang ke Hotel Tharwat Ajyad. Ambil our hand carry luggage and turun semula ke lobby hotel menunggu bas datang. Lama jugalah kami menunggu, sudahnya sampai masuk waktu Asar. Aku sampai tertido kepenatan lah menunggu. Makcik-makcik dalam group aku siap boleh pergi beli barang-barang kat kedai berhampiran lagi masa tu. Aku pun tak pasti samada boleh buat begitu lagi ke tidak sebab sepatutnya tak boleh dah. Tapi, barangkali ustaz benarkan memandangkan kami masih menunggu bas. Emmhh... memandangkan kami tak tahu bila agaknya bas akan sampai & perjalanan nak sampai ke masjid terapung mungkin memakan masa yang lama, so, kami minta kebenaran ustaz nak tunaikan solat Asar dulu. Sudahnya, masuk bilik hotel balik & solat Asar.
Bas kami hanya sampai sekitar hampir pukul 5 petang. Memang sangat lewat dari yang dijangkakan tapi memang dapat dijangkakan pun... hehehe. Bas hanya bertolak setengah jam kemudian setelah selesai urusan memasukkan luggage para jemaah mengikut no. bus yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, seriously sedih pulak sewaktu melangkah naik bas. Ya Allah berilah aku kekuatan.
To be continued...
No comments:
Post a Comment