Pages

Tuesday, February 4, 2014

My Umrah Journey Part 16: The journey ends

Jeddah - KLIA  
Sun & Mon, 19 & 20 Jan 2014


Perjalanan dari Hotel kami di Kota Makkah menuju Masjid Terapung mengambil masa sekitar 2 jam lebih juga nak sampai. Luckily, kami sudah menunailkan Solat Asar. Sewaktu kami sampai di Masjid Terapung Jeddah, baru sahaja masuk waktu Isya’. Kalau ikut itinerary memang kami akan berhenti solat di sini pun bagi menuanaikan solat Jamak & Qasar before sampai di Airport Jeddah. Masjid ni takdelah segah masjidil haram tetapi amat unik sebab terletak di atas air. Kami berhenti hampir satu jam di sini sebelum bertolak ke destinasi utama kami, Airport Jeddah. 

Masjid Terapung ini takdelah exactly terapung tapi kerana lokasinya yang berada di pinggir pantai menyebabkan masjid ini kelihatan seperti terapung di atas permukaan air laut, sehingga menjadi objek yang menarik untuk disinggahi. Masjid Terapung ini terletak diatas laut merah. Tapi air laut takdelah semerah namanya. Di beri nama laut merah kerana terdapat berbagai version cerita di masa lampaunya.


Masjid Terapung

Kami hanya sampai di airport Jeddah setengah jam kemudian. Airport ni takdelah besar sangat & aku rasa macam banyak sangat kekurangan. Berbanggalah dengan airport kita yang jauh lebih canggih & selesa, hehehe. Kami dikehendaki berkumpul di satu tempat bagi memudahkan proses yang seterusnya. Kebetulan masa kami sampai tu, jemaah dari Andalusia sudah berada di situ, jemaah yang sama sewaktu dari first day kami ke Tanah Suci. Masa tu jugalah aku baru jumpa balik kawan aku, Junaidah. Hairan juga, kenapa sepanjang kami berada di Makkah lansung tak terjumpa. Setelah itu, kami diberi makanan oleh staff yang bertugas... still malaysian food. Memandangkan aku tak berapa nak sihat time tu, makan ala kadar jelah.

Urusan bag kargo kami diuruskan semuanya oleh pihak agent. Kelebihan juga rasanya sebab agent lain semua kena bawa bag kargo masing-masing. Kiranya kena check-in bag sendirilah. Tapi kami still kena menunggu sehinggalah urusan bag kargo kami selesai di check-in barulah kami boleh masuk ke dalam. Lama jugalah berdiri, walaupun kami sebenarnya takde function di situ sebab semua diuruskan oleh agent kami. Maybe, sebab takut ada problem masa check-in bag that’s why kami kena tunggu juga walaupun hanya untuk tengok agent kami & staff Saudi Airline menguruskan luggage para jemaah.


Keadaan agak terkawal di Airport Jeddah

Jemaah sedang duduk menunggu arahan selanjutnya daripada agent yang bertugas

Our dinner provided by our Agent

Kami hanya selesai urusan Imigression ketika hampir pukul 11. Masa tu lama lagi nak tunggu pukul 3.05, so, kami manfaatkan masa yang ada untuk tido sebab memang dah waktu tido time ni. So, agak bersepah-sepahlah kat balai berlepas Jeddah tu dengan jemaah yang tidur. Actually, ni dah kira normal view kat airport Jeddah ni. 

Kami sepatutnya berlepas pada 3.05pagi waktu di Jeddah tapi pukul 2.30pg pun masih tidak ada apa-apa annoucement, so, memang dah boleh agak flight delay lagi. Tapi, kali ni aku tak tahu lah pukul brape, ada juga terdengar jemaah yg mengatakan kami akan tidur di hotel sebab flight cuma ada esok pagi sahaja ke kuala lumpur. Huish.

Untuk sedapkan hati aku pun bukalah saudi airlines website to check on the flight status. Memang delay tapi pukul 7.30pg. So, rasanya tak benarlah apa yang diperkatakan sesetengah jemaah tadi. Masa pukul 3pagi dah ada kekecohan juga antara saudi airlines staff dengan agent andalusia, yang aku pasti mereka cuba dapatkan status flight terkini tapi pihak saudi airlines yang masih tak dapat memberi kata putus. At least, buatlah annoucement flight delay ke apa. Yang kesiannya kamilah yang sampai 2 kali bertukar tempat nak duduk. Aku sampai 3 kali lah bertukar tempat semata-mata nak dapat cari tempat tido yang selesa. Last-last, aku balik semula ke tempat yang aku mula-mula tido tadi. Siap inform kat ustaz yang aku nak tidok kat balai berlepas yang mula-mula tadi. Penting kasi tau nanti tercari-cari pulak. Adalah dalam satu jam aku tido, ayah kejutkan bangun suruh makan. Errkkk, pukul 4 pagi tu, ada makan juga ke??? Bukan tadi kita dah dinner ke masa sampai sini. Ayah cakap ni dapat makanan sebab flight delay. Aku takdelah lapar sangat, tapi sebab dah terkejut tu & memikirkan tadi pun aku tak makan sangat, so, makan jugalah, rezeki jangan ditolak. Lagipun nak kena makan ubat ni. Makanan dia memang mcm baru keluar dari oven kot, panas lagi. Ayah sangat selera makan, siap habiskan mak punya lagi. Aku makan ayam nugget tu jer. 


Flight delay, makanan pun dapat... tapi tak pasti dinner ke supper ni

Orang tido disorong makanan... macam nilah rupanya, macam dalam mimpi pun ada
 
Selesai makan, aku sambung tido balik sehinggalah laungan azan suboh dalam pukul 5.45pg buat aku terjaga semula. Bangun lah solat dulu kat area departure hall tu. Habis jer solat, kami dapat annoucement flight dah ada. Alhamdulillah, pukul 6.15 kami terus bergerak je departure hall sebelah untuk beratur menaiki bas ke aircraft SV2052.

Dah dapat masuk flight, alhamdulillah tapi masalah besar sekarang, seat no. semua bersepah. Mak aku duduk dapat seat kat emergency door, ayah kat tengah2 & aku tercampak paling hujung sekali. Walaupun, satu agent umrah & saling kenal skalipun tapi susah kot kalau ko kena duduk dengan bukan yang famili ko selama 8jam 30min. Masa tu aku cuma risau mak aku jelah, hari tu first day flight ke madinah je dah muntah-muntah & sakit kepala, takutnya, lagi tak selesa duduk dengan orang lain. Dan aku fikir, kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain if anything happened to mak aku.

Aku perasaan keadaan dah agak huru-hara sebab semua pun macam nak duduk dengan mahram masing-masing & sedaya upaya cuba pujuk orang tertentu. Kebetulan sebelah aku tu geng lelaki yang duduk, so, dia org mcm tak kisah sangat katanya, asalkan sampai. So, bila dengar yea citer pasal mak aku terus dia & geng tolong carikan seat so that kami dapat duduk skali. Baik sungguh dia orang ni tapi rupanya ayah dah arrange seat dengan ustaz kami, so, that kami dapat seat belakang sikit dari emergency exit. Emergency exit ni normally dia takkan kasi perempuan duduk sebab kalau anything happened, manalah tahukan, jenguh nak buka pintu nanti... hehehe.

Punyalah banyak masa sebelum flight delay tadi takde pulak nak buat arrangement siap-siap. Aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni, sebab saudi airline pun salah sebab kasi seat suka-suka hati and pihak yang in-charge patutnya dah tahu hal ni memang akan berlaku, should do something. Takdelah buang masa & urusan pun akan lebih lancar. Itulah kelemaham pengurusan airline disini. Daripada check in baggage sampailah masuk dalam kapal pun, banyak masalah. Dugaan betul. 


Perjalanan meninggalkan airport Jeddah

Masa ni baru pukul 8 pagi di Jeddah

After this, I'm gonna miss this spectacular view


Flight take-off from Jeddah airport around 7.30am. Alhamdulillah, finally berlepas pun kami pulang ke Tanah air tercinta, Malaysia, selepas macam-macam dugaan yang datang menimpa. Ya Allah, hebat sungguh ujianMu. 

Banyak betul kenangan manis, suka-duka, dugaan yang mendatang sepanjang aku berada di Tanah Suci. Pengalaman berada hampir dua minggu di Tanah Suci betul-betul mendidik hati ini untuk lebih memahami setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dugaan yang datang betul-betul menguji aku untuk jadi lebih tabah walaupun hati ini tak setabah mana.

Kepulanganku ke tanahair penuh dengan rasa kesyukuran & keinsafan walaupun berbagai-bagai cara aku diuji oleh yang Maha Esa. Tak sangka, dikala hati ini tak bersedia, aku dijemput untuk menjadi tetamuNya. Walaupun diri ini masih tak sempurna & serba kekurangan, aku terpilih antara hambaMu. Itulah hikmah nya, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Sebelum pulang ke Malaysia, ayah ada kasi tahu nak buat Haji tahun depan kalau dapat quota. And ayah siap ajak aku pergi sekali. Masa tu dah terbayang macam-macam dah dalam fikiran ini. InsyaAllah ayah, memang nak sangat kalau ada rezeki. Mungkinkah, ada panggilan dari Ilahi bagi menunaikan Rukun Islam yang ke-5 itu. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat menantikan saat itu. Biarlah di usia muda & aku masih bernafas lagi.

Ya Allah, kau bukakan lah pintu rezeki kami untuk kembali ke sini lagi & jangan jadikan ini yang terakhir. Ameen.

Alhamdulillah, kami tiba di Malaysia pukul 8.52pm (3.50pm waktu Jeddah). Dan dengan ini, berakhirlah kembara hati di Tanah Suci. Harapan aku hanya satu  pada saat itu, semoga Allah terima Ibadat Umrah kami semua.

Rasa sedih pulak nak mengakhiri my umrah journey sebab masih belum puas rasanya. Seakan terlalu banyak lagi yang ingin diluahkan & dikongsikan.

Semoga apa yang saya cuba sampaikan & kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada sahabat semua. Maafkan lah kalau ada kekurangan & kelemahan. Sesungguhnya setiap yang baik itu datang dari Allah swt & yang tak sempurna itu dari saya.


The End...



12 comments:

  1. wak doakan saje mugo2 tercapai hajat ayah dan bonda tu dapat tunaikan haji..,amin ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  2. Narration yang terbaik daripada NHA. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Thanks Hazrul, sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  4. Salam....mengenai seat kapal terbang yang berterabur, sememangnya pihak agent tidak boleh berbuat apa - apa...even jemaah yang ade surat dari doktor pun ..pihak Saudi Airlines tidak memberikan seat yang agent mohon.... Azuwan (Operation Executive Rayhar Travels)

    ReplyDelete
  5. Wslm, Azuwan noted about that. Saya tak salahkan agent pun malah saya respect pengurusan rayhar. Cuma menyuarakn pendapat n cadangan shj :-)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..tahniah akak dapat menjadi tetamuNya walau bermacam dugaan. sy pon akan pergi 23/6 ni..sampai 2/7.. cuak..nervous dan excited.mohon semoga dpermudahkan..terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman..

    ReplyDelete
  7. InsyAllah... nur aini, banyak2 berdoa & solat taubat semoga Allah permudahkah semuanya.

    ReplyDelete
  8. menarik baca travelog umrah saudari...
    bnyk membantu utk sy & keluarga menunaikan umrah nnt, juga dgn rayhar travels (3/7 - 13/7)
    doakan sy sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, saya baca semua part Umrah Journey ni..sgt membantu utk saya bayangkan..inshaAllah kalau ade rezeki..minggu hadapan, juga bersama Rayhar & SaudiAirlines, inshaAllah

    ReplyDelete
  10. InsyAllah Ana, semoga mendapat Umrah yang mabrur :-)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih diatas perkongsian..byk membantu dlm usaha sy utk memahami perjalanan umrah ini..InsyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...