Makkah Al-Mukarramah
Tue, 14 Jan 2014
Continue from my previous
Post. Seterusnya, kami menuju ke Mina.
Mina & Arafah
Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah Haji. Selain itu, di Mina juga terdapat khemah-khemah yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji. Tiap-tiap bakal haji wajib bermalam di Mina pada malam-malam Tasyriq iaitu malam 11, 12 & 13 Zulhijjah. Jemaah Haji diwajibkan bermalam sepenuhnya atau berada lebih daripada separuh malam pada malam-malam tersebut.
Di sini jugalah terdapat tugu jamrah, iaitu tempat pelaksanaan ibadat melontarkan batu ke arah jamrah. Selepas bermalam di Muzdalifah, jemaah diwajibkan melontar ketiga-tiga Jamrah. Terdapat 3 tugu yang digunakan untuk ibadat melontar iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul Ula, dan Jamratul Wusta. Rahsia dan hikmah melontar jamrah adalah rentetan sejarah perjalanan Nabi Allah Ibrahim yang diganggu Iblis semasa sejarah pengorbanan ke atas anaknya Nabi Ismail a.s., telah melontar batu ke arah Iblis di setiap tempat perhentian godaan Iblis itu. Akhirnya, korbannya digantikan dengan binatang kibas. Semua ini dilakukan oleh seorang bapa yang patuh pada suruhan Allah SWT dan kepatuhan seorang anak pada perintah Tuhan, juga kepatuhan seorang anak kepada ayahnya.
Melontar jamrah bagi jemaah haji merupakan simbolik peperangan atau berjihad menentang setiap pujukan Iblis Laknatullah.
|
Bagi yang pernah menunaikan Ibadah haji pasti kenal dengan nama Masjid
Namirah, Masjid yang berada di padang Arafah dan biasanya di gunakan
untuk khutbah saat wukuf di Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah |
|
Masjid di Arafah hanya dibuka setahun sekali sahaja untuk Solat Zuhur & Asar semasa Wuquf Haji |
Arafah, adalah sebuah wilayah yang
berada 25km di sebelah tenggara Makkah. Arafah meliputi kawasan luas yang menjadi perhimpunan rasmi haji. Wukuf di Arafah adalah rukuh haji dan tanpa melaksanakan wuquf
di Arafah, maka hajinya tidak sah.
Berasal daripada kata dasar 'wa-qa-fa' bererti diam, berdiri, wukuf di
Arafah adalah satu daripada rukun haji paling utama kerana ada disebutkan
dalam hadis al-hajju arafa, "kesempurnaan haji berada dalam wukuf di Arafah".
Menurut
Ustaz, tanah
seluas 10.4 kilometer persegi ini dinamakan Arafah kerana Adam dan Hawa bertemu dan saling
mengenal kembali, ta'aruf pertama di sana selepas diturunkan ke bumi.
Dinamakan juga Arafah kerana di sana malaikat Jibril as mengajar Nabi
Ibrahim AS mengenai manasik haji. Selain itu, Ustaz ada menyatakan
dinamakan Arafah juga kerana di sana Malaikat mengingatkan Adam dan Hawa
setelah keduanya diturunkan ke bumi agar mereka mengakui dosa-dosanya
dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Kemudian dikatakan, bahawa Adam dan
Hawa telah mengetahui (arafa) dosanya. Mereka juga mengetahui (arafa)
caranya betaubat.
Disini jugalah tempat Allah kabulkan doa terutamanya pada Hari Wukuf yakni 9 Zulhijjah.
Arafah disebut dalam al-Quran (Surah al-Baqarah: 198) maksudnya:
"Kemudian apabila kamu
bertolak turun dari padang 'Arafah (menuju Muzdalifah) maka sebutlah
nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masy'ar al-Haram
(di Muzdalifah)."
Di padang Arafahlah turun ayat terakhir al-Quran (Surah al-Maidah: Ayat 3) yang bermaksud:
"Pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu."
Arafah sebagai tempat wukuf ditetapkan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan hadisnya bermaksud
, "Aku wukuf di sini dan Arafah seluruhnya adalah tempat untuk melaksanakan wukuf."(Hadis riwayat Muslim)
Walau apa pun
asal-usulnya, di Arafah, kita akan melihat persamaan yang sekata dalam waktu
yang bersamaan. Semua jenis bangsa, warna kulit, pelbagai bahasa,
berbagai pangkat dan darjat, harus memperlihatkan persamaan yang utuh.
Semua berkumpul dalam sebuah padang pada waktu yang sama. Pakaian pun
sama & seragam, tidak ada bezanya antara kaya dan miskin, pangkat tinggi ataupun rendah. Tidak ada rasa sombong dan angkuh. Semua akan
merendah diri mengharapkan keampunan & keredhaan Ilahi.
Perhimpunan
jutaan manusia setiap tahun di Arafah yang diiring dari semua penjuru
dunia mengingatkan kepada kita kejadian pada kiamat iaitu hari
kebangkitan semula manusia daripada mati. Mereka akan dihimpunkan di
padang Mahsyar untuk diadili Allah SWT.
|
Khemah-khemah dibahagian ini hanyalah untuk orang Arab Sahaja |
|
Mina sunyi sepi bila bukan Musim Haji |
Selepas lawatan sepintas lalu kami di kawasan Mina & Arafah, kami meneruskan perjalanan yang seterusnya ke Miqat Umrah, masjid Ji'ranah.
Ji'ranah
Ji’ranah,
adalah sebuah desa yang terletak sekitar 26 km dari Kota Makkah. Nama Ji'ranah pada mulanya adalah sebuah nama yang diberikan kepada seorang wanita
yang mengabdikan dirinya menjaga dan membersihkan sebuah masjid yang
terdapat di desa tersebut.
Ulama Mazhab Syafie berpendapat,
Ji’ranah merupakan salah satu tempat yang ditentukan untuk melakukan
ibadah miqat (miqat makani), khususnya bagi penduduk Kota Makkah.
Rasulullah SAW sendiri memulai Ihramnya dari tempat tersebut (HR.
al-Bukhari dan Muslim). Ada dalam satu riwayat disebutkan, bahawa Ji’ranah memiliki derajat
yang lebih tinggi dibandingkan dengan tempat-tempat miqat lainnya.
|
Masjid Ji'ranah |
Kami berhenti di Masjid Jiranah bagi menunaikan solat Sunat Tahiyatul masjid & Solat Sunat Ihram & seterusnya berniat Ihram Umrah. Alhamdulillah, kami antara group yang terawal sampai & masih belum ramai lagi jemaah lain. Cuma masa dah habis solat tu, sewaktu nak keluar dari masjid ada beberapa buah bas sudah sampai & keadaan menjadi agak genting juga sebab semakin ramai jemaah & masing-masing berebut nak keluar & masuk. Tapi aku respect orang Malaysia ni still bertoleransi dalam hal-hal begini, kita masih mahu beratur mengikut giliran tapi tidak bangsa lain, main ikut suka hati dia jer walaupun sudah ditegah. Nak buat macam-mana, lain bangsa, lainlah caranya. So, kesabaran yang amat tinggi amatlah diperlukan disaat-saat kita beribadat disini. Cuba memahami budaya & bangsa sesama Islam yang lain. Jangan cepat naik angin pulak... kurang pahala beribadat nanti. Tapi memang sepanjang aku berada disini, entah macam manalah aku boleh bertahan dengan perangai orang disini, tak kiralah macam mana pun. Mungkin rahmat Allah, buatkan hati ini teguh untuk bersabar.
Kami tidak lama disini, lebih kurang dalam 30 hingga 40min. Selepas selesai sahaja urusan kami semua, kami kembali semula ke Bas & bergerak pulang.
Sebelum kami bertolak menuju ke Kota Makkah semula, kami telah singgah sebentar untuk melihat Jabal Nur. Kami tak lama pun di sini, adalah dalam 10 minit sahaja. Ustaz hanya berhentikan kami sebentar & memberi peluang kepada Jemaah mengambil gambar sahaja. Penceritaan mengenai Jabal Nur dilanjutkan seterusnya semasa berada di dalam bas, memandangkan kami perlu sampai ke Kota Makkah sebelum masuk waktu Zohor.
Jabal Nur (Gua Hirak)
Jabal Nur adalah sebuah gunung dimana Malaikat Jibril pada 17 Ramadhan telah turun membawa wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW yang berada di dalamnya. Gunung ini terletak di sebelah tenggara, 4 km dari kota Makkah, berdekatan dengan jalan ke Mina menuju Arafah. Jabal ini terpisah dari gunung-gunung yang ada di Makkah. Di gunung ini jugalah terdapat gua Hira yang menambahkan kehebatan dan keagungan gunung tersebut. Gua ini tidak dimasuki sinar matahari dari sejak terbit hingga tenggelamnya. Sehingga orang yang berada di dalamnya tidak akan merasakan sengatan matahari. Di gua inilah, Nabi Muhammad mendapatkan wahyu pertamanya dari Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Alaq Ayat 1-5:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang Mahamulia. Yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahui.”
|
Gua Hirak di Jabal Nur inilah Nabi Muhammad mendapatkan wahyu pertamanya dari Allah SWT.
|
Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Isterinya, Khadijah RA selalu datang dengan membawa makanan dan minuman ke sana. Itu semua dilakukan demi mendapat redha Allah dan Nabinya. Diriwayatkan daripada Khadijah RA, “Sesunggunya Nabi telah menyendiri di Gua Hirak. Beliau melihat mimpi yang benar sampai kemudian Jibril turun membawa wahyu, lalu Nabi pulang ke rumahnya dengan gementar. Lalu beliau menceritakan kepada isterinya kejadian yang telah menimpanya, dan Khadijah memberitahukan hal itu kepada Waroqoh bin Naufal. Waroqoh memberi kabar gembira tentang kenabiannya sambil berkata, “Sesungguhnya dia adalah Nabi umat ini.” (
source)
|
Kami hanya berhenti sebentar di tepi jalan untuk melihat Gunung yang agung ini |
Gunung ini tidaklah terlalu tinggi dan dibolehkan untuk mendaki. Namun
begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng bukit
yang kering dan berbatu amat memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang
kuat. Actually, dari tempat kami berdiri pun boleh nampak ada orang
yang mendaki ke atas Jabal Nur.
|
Ayahanda bersama Ustaz Masykur |
We
ended the tour around 11.30am. Masa tu, kami tak terfikir nak teruskan
buat tawaf memandangkan dah masuk tengahari. Lagipun, nak kasi mak
berehat sebentar & nak lunch dulu sebab nanti takut tak larat
pulak. So, after Solat Asar kami sambung ibadat Umrah kami yang ke-2,
melakukan Tawaf & Saie, seterusnya Tahallul. Akhirnya, kami Solat
Maghrib di tempat kami Saie, memandangkan habis jer Saie terus masuk
waktu. Alhamdulillah, selesai umrah kami yang ke-2.
Mutawwif hanya membimbing jemaah pada Umrah wajib yang pertama sahaja. Umrah tambahan yang berikutnya hendaklah dilakukan sendiri selepas itu. Insyallah, buatlah yang sama seperti yang sudah dilakukan pada Umrah yang pertama.
To be continued...