Pages

Saturday, November 28, 2015

Lopburi Bunga Matahari

Lopburi, Thailand
Thursday, 19 Nov 2015


Continue from previous Bangkok Day 1: Hua Lamphong to Lopburi post

Sewaktu kami turun jer dari train, kami tak perlu menunggu lama sebab tiba-tiba ada sorang aunty ni offer nak bawa kami ke ladang sunflower. Eh, macam tau-tau jer. Aku suspect dah ramai sangat Malaysian yang datang sini sampai dia tahu misi utama kami, hahaha. Masa ni yang dia tahu cakap pasal duit jer lah 200. Lain perkataan memang tak faham. Nak cakap sunflower pun tak tahu. So, next time kena cakap thai lah "Tantawan" which means sunflower in Thai or kalu nak lebih yakin show sunflower pic. Terfikir juga macam mana nak follow dia ni, dah lah tak faham cakap. Anyway, dia offer satu price THB200 per pax untuk return trip. Aku pun letak satu price juga untuk kami setuju follow dia. Finally dia agreed juga nak bawa kami with 150bath per pax for return trip. Dengan backpack skali kami angkut sebab banyak muatan boleh masuk 4WD dia.


Ada candi berhampiran dengan stesen keretapi Lopburi ni

Kami tak direct terus ke ladang matahari tapi kami dibawa aunty ke Restoran Halal. Eh pandai pulak dia ni nak carikan Halal food untuk kami. Siap convince kan kami lagi ada masjid di kawasan berhampiran. Kami follow jugalah walaupun masa tu dah ada bekal makanan pun. Makcik kat restoran ni pun tak faham bahasa omputeh mahupun kelate sudahnya kena tunjuk mana satu yang kami nak. We stayed about half an hour before continue back our journey to Lopburi sunflower field. Aku siap remind kat aunty sambil tunjuk jam tangan yang kami perlu berada di train station balik by 12pm. Dia angguk tanda faham.

Kalau nak guna khidmat aunty ni boleh lah contact her at this number --> 092-5594968

Nak contact pun kena fikir juga bahasa terbaik nak kasi dia faham, hahaha.


Restoran Muslim yang sempat kami singgah

Mee Celop Fad punya...
Aku tak makan pun sebab bekal Burger Ayam marry brown masih ada
 
Transport yang membawa kami ke Lopburi Sunfower field

Perjalanan dianggarkan 1 jam nak sampai ke Ladang Bunga Matahari. Quite a long journey after 3 hrs train ride from Bangkok.


Yuk.... Matahari kami datang

Sekilas Fakta...

Lopburi is small province in Central Thailand about 2,5 hours drive away from Bangkok & 3hrs by train, famous for its sunflowers and known to be the best place to see sunflower fields. The reason why there are so many sunflower fields here is that the local economy develops them for sunflower seeds oil, as well as sunflower seeds for snacks. Before the harvest, the sunflowers create vast yellow fields, being splendid tourist attraction of Lopburi. The Sunflower starts around November and goes on until January as it is the best period where the sunflowers are in full bloom.

To see the sunflowers at their best, you have to leave Bangkok early in the morning, because this is the best time to see sunflowers, while they rise and face up to the sun. 


Finally we're here

After about 1 hr journey, finally sampai pun. Aku tak sure mana satu ladang matahari yang rakan travellers selalu hebahkan itu tapi yang pasti sepanjang perjalanan kami tadi pun dah kelihatan bunga matahari di kiri & kanan jalan. Nak tanya aunty tu mana satu ladang yang patut kami pergi pun dia tak paham. Aku tanya juga berapa ladang yang kami akan pergi... pun tak faham juga, adoi. Masalah komunikasi betul. Sudahnya, sampailah kami di sini. Yang pasti ladang matahari ni memang ada di kiri & kanan main road. So, boleh pilih nak pergi yang mana satu. Memandangkan sebelah kami ladangnya lagi luas terbentang, so, we choose to follow this way. No entrance fee. Emmhhhh... mungkin kami dah salah ladang barangkali. Walaupun the other side of ladang ramai jer orang.


Jalan masuk ke Ladang bunga Matahari

Mula-mula kami masuk simpang di atas memang agak kecewa juga sebab kualiti bunga matahari tak seperti yang diharapkan. Boleh dikatakan hampir sebahagian bunga matahari kat ladang ni hampir rosak & layu. Takkan aunty tu tipu kami tapi bila ada orang cakap kena jalan masuk dalam lagi barulah lega sikit. Tapi nak menapak dalam cuaca yang panas terik ni, fuhh, boleh terbakar ni. Kami cuba juga tahan kenderaan yang lalu masuk. Finally, ada sorang uncle ni datang offer nak hantar kami masuk ke dalam. Baik sungguh hati uncle ni. Siap buat dua round trip sebab kami ber-6 dan confirm tak cukup muatan. Yang paling terharu dia tak minta sebarang bayaran & siap tunggu kami beraksi di Ladang matahari. Happy sangat, ada juga orang yang baik dikala kami memerlukan. Hati kami kembali berbunga riang.


Uncle ni offer hantar kami masuk ke dalam lagi... katanya dalam lagi banyak & cantik (dalam bahasa thai lah, hahaha)
 
Perjalanan dari main road nak masuk ke dalam memang agak jauh kalau menapak, kalau jalan laju maybe dalam 1/2jam dah boleh sampai. Tapi kalau naik kenderaan bermotor, less than 10mins jer dah sampai ke ladang matahari yang cantik. Aku rasa aunty yang bawa kami ke sini tu maybe ada cakap pasal ladang tu tapi sebab kami tak faham apa yang dia cakap, so, we just ignored. Apa yang pasti apa yang kami cari dah tercapai. Memang sangat cantik bunga-bunga matahari kat area dalam ni. Masih fresh & beautiful. Rasa tak puas jer. Ambik lah dari sudut mana pun, memang color dia sangat memukau, tambahan dengan cahaya matahari yang tengah menyinar.


Luasnya Ladang Matahari seolah-olah tiada penghujung

saujana mata memandang... rasanya tak perlu ke ladang lain pun dah cukup kat sini saja

Pokok-pokok bunga matahari kat sini memang species yang tinggi-tinggi. So, kalau nak bergambar sama tinggi tu agak susah jugalah. Kalau nak kepuasan boleh lah redah masuk ke dalam. Tapi yang tak best tu cuma tanah dia agak lembut sangat, so, faham-faham lah nak jalan pun agak susah sebab nanti melekat-lekat kat tapak kasut. Tak sempat nak berangan ala-ala hindustan bila mengenangkan kasut ku, hahaha. No wonder lah tak pernah nampak lagi video klip hindustan dalam ladang matahari, maybe ini salah satu penyebabnya, eh... yeke. Pandai-pandai je aku ni kan. Horror juga nak berjalan masuk ke tengah ladang. Tapi kami redah juga semata-mata nak dapat angle yang agak menarik bergambar. Next time kalau nak masuk ladang bunga matahari lagi, memang confirm kena pakai kasut Pua Chu Kang, hahaha.

Masa tu baru terfikir, no wonder lah kalau pergi ladang yang kena entrance fee, they do offer a short tractor and cart rides through the fields with some places even offering elephant rides. Maybe one of the way to avoid this messy.


Alhamdulillah... misi bunga matahari kami tercapai

Still fresh and beautiful

Rasa tak puas jer nak menatap lama-lama

Besar-besar stok matahari kat sini

One day... I will become beautiful and shine like sunshine

Warna jingga suntingan hati

We ended the tour at sunflower field after about 1 hour photo session. Rasanya macam tak sanggup nak stay lagi lama sebab panas giler masa ni. Terasa bahang mentari. Kami kembali semula ke main road dengan bantuan uncle yang sama. Sebelum tu dia bawa kami basuh kasut & sandal kami yang dah kotor dek tanah hitam bunga matahari tadi. Renyah jugalah nak bersihkan siap kena berus bagai sebab melekat kat kasut. After that kami terus proceed ke Lopburi train station. Aunty tadi dah sedia menunggu kami di tepi main road.


Lost in sunflower field

Alhamdulillah segaralanya indah di sunflower field today. Another 1 hour journey back to train station.

Teringat bait-bait indah Matahari dendangan Maya.

...Bunga-bunga matahari 
Anggun mekar 
Di taman sari 
Warna jingga 
Suntingan hati 
Bagai tanda Kasih bersemi...


To be continued...

1 comment:

  1. caaaaaaaaaantiknya !! bila nak sampai sini ahhaha tapi nak tengok bunga matahari saja =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...