Pages

Showing posts with label Lopburi. Show all posts
Showing posts with label Lopburi. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Lopburi back to Bangkok

Lopburi, Thailand
Thursday, 19 Nov 2015

Continue from Lopburi Bunga Matahari

Alhamdulillah, kami berjaya kembali semula ke train station Lopburi before 12pm. Aunty tried hard to keep her promises. Actually, ada jer train after 12.20pm tapi sebab nak kena tunggu lagi 2 jam tu yang rasa macam buang masa. Dan kami ada misi lain yang perlu kami laksanakan hari ni juga... nak ke Kanchanaburi sebab dah booked guesthouse di sana untuk our next activity tomorrow.

From Lopburi to Bangkok, kami beli tiket train 2nd class (THB154) yang ada air-cond sebab rasanya macam tak sanggup nak mengharungi kepanasan dalam 3rd class coach. Memang agak murah tapi kalau dalam kondisi musin panas begini nak kena sayangi diri sendiri juga. Dan disebabkan air-cond jugalah kami semua tido tak hingat dunia. Tahu-tahu dah nak sampai. Penat sungguh. 


2nd class coach

Lopburi Train station

While waiting for the 12.20pm train

Inside 2nd class coach


Kami sampai di Hua Lamphong train station around 3pm ++. Kami rehat solat dulu before proceed with next agenda. Next, kami mencari restaurant halal yang dikatakan terletak in berhampiran Hua Lamphong train station. Nak ke sini, kena keluar main exit of central train, akan nampak 7-eleven and Station Hotel. Kena cross jalan dulu. Ada lorong next to Station Hotel. Just follow lorong sampai ke hujung and take left. Masa kami lalu tu pun dah ada orang yang kasi insyarat kat kami suruh follow kiri. Dah faham kot apa yang kami nak cari, hehehe. Finally, jumpa juga tak jauh pun dari simpang tadi. Owner kedai ni boleh kecek kelate. Masa ni dah nak pukul 4 & tak banyak dah lauk pauk yang ada. So, kami pun makan saja lah apa saja yang tinggal. Asalkan perut terisi sebelum ke destinasi seterusnya.


Hua Lamphong Train station (Central Train Station in Bangkok)

Kena cross jalan ni nak ke area kedai Halal

Misi mencari Halal Food

Inilah kedainya

Alhamdulillah kenyang walaupun bukan lauk yang agak mewah. Lega sangat dapat minum teh o peng. Rasa hilang kepenatan seketika. Lepas ni nak kena jalan lagi cari minivan nak ke Kanchanaburi. Tapi plan kami bertukar dan kami amik big taxi ke Kanchanaburi after persetujuan ramai. Masa tu pun masing-masing dah macam tak larat nak teruskan perjalanan ke Victory monument nak mendapatkan minivan. Kosnya THB500 sorang. Bagi aku berbaloi jugalah walaupun agak mahal. Yang penting kami tidak perlu berkongsi dengan sesiapa & perjalanan yang dijangka 3 jam akan lebih selesa memandangkan agak jam di Bangkok ketika itu. Kami agreed after travel agent kat Bangkok Train station tu convince kan kami, dijamin selamat & kami akan terus dihantar sehingga ke guesthouse kami di Kanchanaburi. So, estimated time nak sampai di guesthouse around 8pm. Dan masa terbaik juga untuk sambung tido lagi.

To be continued...
 

Saturday, November 28, 2015

Lopburi Bunga Matahari

Lopburi, Thailand
Thursday, 19 Nov 2015


Continue from previous Bangkok Day 1: Hua Lamphong to Lopburi post

Sewaktu kami turun jer dari train, kami tak perlu menunggu lama sebab tiba-tiba ada sorang aunty ni offer nak bawa kami ke ladang sunflower. Eh, macam tau-tau jer. Aku suspect dah ramai sangat Malaysian yang datang sini sampai dia tahu misi utama kami, hahaha. Masa ni yang dia tahu cakap pasal duit jer lah 200. Lain perkataan memang tak faham. Nak cakap sunflower pun tak tahu. So, next time kena cakap thai lah "Tantawan" which means sunflower in Thai or kalu nak lebih yakin show sunflower pic. Terfikir juga macam mana nak follow dia ni, dah lah tak faham cakap. Anyway, dia offer satu price THB200 per pax untuk return trip. Aku pun letak satu price juga untuk kami setuju follow dia. Finally dia agreed juga nak bawa kami with 150bath per pax for return trip. Dengan backpack skali kami angkut sebab banyak muatan boleh masuk 4WD dia.


Ada candi berhampiran dengan stesen keretapi Lopburi ni

Kami tak direct terus ke ladang matahari tapi kami dibawa aunty ke Restoran Halal. Eh pandai pulak dia ni nak carikan Halal food untuk kami. Siap convince kan kami lagi ada masjid di kawasan berhampiran. Kami follow jugalah walaupun masa tu dah ada bekal makanan pun. Makcik kat restoran ni pun tak faham bahasa omputeh mahupun kelate sudahnya kena tunjuk mana satu yang kami nak. We stayed about half an hour before continue back our journey to Lopburi sunflower field. Aku siap remind kat aunty sambil tunjuk jam tangan yang kami perlu berada di train station balik by 12pm. Dia angguk tanda faham.

Kalau nak guna khidmat aunty ni boleh lah contact her at this number --> 092-5594968

Nak contact pun kena fikir juga bahasa terbaik nak kasi dia faham, hahaha.


Restoran Muslim yang sempat kami singgah

Mee Celop Fad punya...
Aku tak makan pun sebab bekal Burger Ayam marry brown masih ada
 
Transport yang membawa kami ke Lopburi Sunfower field

Perjalanan dianggarkan 1 jam nak sampai ke Ladang Bunga Matahari. Quite a long journey after 3 hrs train ride from Bangkok.


Yuk.... Matahari kami datang

Sekilas Fakta...

Lopburi is small province in Central Thailand about 2,5 hours drive away from Bangkok & 3hrs by train, famous for its sunflowers and known to be the best place to see sunflower fields. The reason why there are so many sunflower fields here is that the local economy develops them for sunflower seeds oil, as well as sunflower seeds for snacks. Before the harvest, the sunflowers create vast yellow fields, being splendid tourist attraction of Lopburi. The Sunflower starts around November and goes on until January as it is the best period where the sunflowers are in full bloom.

To see the sunflowers at their best, you have to leave Bangkok early in the morning, because this is the best time to see sunflowers, while they rise and face up to the sun. 


Finally we're here

After about 1 hr journey, finally sampai pun. Aku tak sure mana satu ladang matahari yang rakan travellers selalu hebahkan itu tapi yang pasti sepanjang perjalanan kami tadi pun dah kelihatan bunga matahari di kiri & kanan jalan. Nak tanya aunty tu mana satu ladang yang patut kami pergi pun dia tak paham. Aku tanya juga berapa ladang yang kami akan pergi... pun tak faham juga, adoi. Masalah komunikasi betul. Sudahnya, sampailah kami di sini. Yang pasti ladang matahari ni memang ada di kiri & kanan main road. So, boleh pilih nak pergi yang mana satu. Memandangkan sebelah kami ladangnya lagi luas terbentang, so, we choose to follow this way. No entrance fee. Emmhhhh... mungkin kami dah salah ladang barangkali. Walaupun the other side of ladang ramai jer orang.


Jalan masuk ke Ladang bunga Matahari

Mula-mula kami masuk simpang di atas memang agak kecewa juga sebab kualiti bunga matahari tak seperti yang diharapkan. Boleh dikatakan hampir sebahagian bunga matahari kat ladang ni hampir rosak & layu. Takkan aunty tu tipu kami tapi bila ada orang cakap kena jalan masuk dalam lagi barulah lega sikit. Tapi nak menapak dalam cuaca yang panas terik ni, fuhh, boleh terbakar ni. Kami cuba juga tahan kenderaan yang lalu masuk. Finally, ada sorang uncle ni datang offer nak hantar kami masuk ke dalam. Baik sungguh hati uncle ni. Siap buat dua round trip sebab kami ber-6 dan confirm tak cukup muatan. Yang paling terharu dia tak minta sebarang bayaran & siap tunggu kami beraksi di Ladang matahari. Happy sangat, ada juga orang yang baik dikala kami memerlukan. Hati kami kembali berbunga riang.


Uncle ni offer hantar kami masuk ke dalam lagi... katanya dalam lagi banyak & cantik (dalam bahasa thai lah, hahaha)
 
Perjalanan dari main road nak masuk ke dalam memang agak jauh kalau menapak, kalau jalan laju maybe dalam 1/2jam dah boleh sampai. Tapi kalau naik kenderaan bermotor, less than 10mins jer dah sampai ke ladang matahari yang cantik. Aku rasa aunty yang bawa kami ke sini tu maybe ada cakap pasal ladang tu tapi sebab kami tak faham apa yang dia cakap, so, we just ignored. Apa yang pasti apa yang kami cari dah tercapai. Memang sangat cantik bunga-bunga matahari kat area dalam ni. Masih fresh & beautiful. Rasa tak puas jer. Ambik lah dari sudut mana pun, memang color dia sangat memukau, tambahan dengan cahaya matahari yang tengah menyinar.


Luasnya Ladang Matahari seolah-olah tiada penghujung

saujana mata memandang... rasanya tak perlu ke ladang lain pun dah cukup kat sini saja

Pokok-pokok bunga matahari kat sini memang species yang tinggi-tinggi. So, kalau nak bergambar sama tinggi tu agak susah jugalah. Kalau nak kepuasan boleh lah redah masuk ke dalam. Tapi yang tak best tu cuma tanah dia agak lembut sangat, so, faham-faham lah nak jalan pun agak susah sebab nanti melekat-lekat kat tapak kasut. Tak sempat nak berangan ala-ala hindustan bila mengenangkan kasut ku, hahaha. No wonder lah tak pernah nampak lagi video klip hindustan dalam ladang matahari, maybe ini salah satu penyebabnya, eh... yeke. Pandai-pandai je aku ni kan. Horror juga nak berjalan masuk ke tengah ladang. Tapi kami redah juga semata-mata nak dapat angle yang agak menarik bergambar. Next time kalau nak masuk ladang bunga matahari lagi, memang confirm kena pakai kasut Pua Chu Kang, hahaha.

Masa tu baru terfikir, no wonder lah kalau pergi ladang yang kena entrance fee, they do offer a short tractor and cart rides through the fields with some places even offering elephant rides. Maybe one of the way to avoid this messy.


Alhamdulillah... misi bunga matahari kami tercapai

Still fresh and beautiful

Rasa tak puas jer nak menatap lama-lama

Besar-besar stok matahari kat sini

One day... I will become beautiful and shine like sunshine

Warna jingga suntingan hati

We ended the tour at sunflower field after about 1 hour photo session. Rasanya macam tak sanggup nak stay lagi lama sebab panas giler masa ni. Terasa bahang mentari. Kami kembali semula ke main road dengan bantuan uncle yang sama. Sebelum tu dia bawa kami basuh kasut & sandal kami yang dah kotor dek tanah hitam bunga matahari tadi. Renyah jugalah nak bersihkan siap kena berus bagai sebab melekat kat kasut. After that kami terus proceed ke Lopburi train station. Aunty tadi dah sedia menunggu kami di tepi main road.


Lost in sunflower field

Alhamdulillah segaralanya indah di sunflower field today. Another 1 hour journey back to train station.

Teringat bait-bait indah Matahari dendangan Maya.

...Bunga-bunga matahari 
Anggun mekar 
Di taman sari 
Warna jingga 
Suntingan hati 
Bagai tanda Kasih bersemi...


To be continued...

Bangkok Day 1: Hua Lamphong to Lopburi

Hua Lamphong, Bangkok
Thursday, 19 Nov 2015


Continue from previous Bangkok Day 1: Don Mueng Airport to Hua Lamphong

Tak lama lepas beli ticket to Lopburi, kami stay kat dalam sekejap and terus keluar ke main train station. Ada tulis nanti landasan mana yang akan ke Lopburi. Dan kami tak perlu menunggu lama sebab train bergerak as per schedule. Masa train mula bergerak masih gelap lagi diluar. Cuma after 5am saja baru lah nampak cerah sikit. 

Misi pun bermula... another 3hrs journey to Lopburi.


Misi bermula

Don't expect too much from this 3rd class coach. Dah nama pun 3rd class, so, memang berbaloi lah dengan harga 28bath. Memang murah sangat untuk 3hrs journey. Cuma agak kepanasan sikit jelah nanti sebab air-cond semulajadi. Seat pun keras. Tapi yang best nya kalau nak buka tingkap luas mana pun, buka sajalah. Tapi bagi aku ok jer kalau untuk morning train ride. Sebab still windy eventho not so cold at this time. Musim panas di Thailand masa ni.


Inside 3rd class coach

Inside 3rd class coach

Seawal pagi kami memulakan perjalan ke Lopburi

Kalau boleh jangan lah tido sepanjang perjalanan sebab view during the sunrise memang sangat cantik. Dan sepanjang jalan juga boleh kelihatan view alam yang indah menuju Lopburi. Aku pun cuma sempat lelapkan mata tak sampai setengah jam sebab tak boleh nak tido. Tido pun sebab tengok orang lain dah lena diulit mimpi. Macam-macam aksi. Penat barangkali. Nasib baiklah train tak penuh dengan orang. Kalau tak, memang drama sungguh lah, hahaha.


Aktiviti orang yang tak boleh nak tido

Beautiful sunrise captured otw to Lopburi

The beautiful morning

Too busy too admire the beauty

View gunung ganang & sawah yang luas terbentang

The last 2 stations before reach Lopburi, coach kami dipenuhi dengan adik-adik nak ke sekolah

Kami sampai di stesen Lopburi around 7am. Masih awal pagi tapi itulah matlamat kami. Sebab hari ni juga kami akan balik ke Bangkok semula dan ke Kanchanaburi pulak.


Finally sampai pun Lopburi

Lopburi Train station


To be continued...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...