Saturday, 31 Oct 2015
Tak sangka pulak, BNS termasuk antara salah satu tempat Myo & Wak Doyok pergi dalam siri Ke Indonesia kita. Tapi masa kami pergi dulu belum kuar lagi kat mana-mana rancangan TV Malaysia pun rasanya pasal trip ke BNS ni. Kalau tak confirm lah kami tak excited nak pergi macam dulu, hahaha. Kiranya antara tempat yang wajib pergi lah kalau ke area Batu ni.
Apa yang menarik tempat ni.... emmhhh, boleh lah baca review kat sini. Maybe kalau nak tahu kemeriahan BNS ni, boleh tengok siri Ke Indonesia Kita. Aku pun tak pasti kenapa Adeq include skali BNS ni dalam itineray geng dia. Mungkin sebab kami takde aktiviti malam & since this is first time for Cik Mira & Diana. Opps, lupa plak, this is not your trip Nurul.
Yang pasti, kalau ada rezeki ke Malang lagi memang sudah cukup sudah lah, hahaha.
BNS... aku kembali lagi |
Nak tak nak... main juga lah gravity game... kami je pon |
After BNS, hati masing-masing berbelah bagi samada nak ke Bakso Arief atau tidak. Nak... tak nak... nak... tak nak... dah-dah, lansung pergi jelah ke bakso Arief. Konon-kononnya, semua pun masih kenyang tapi bila memikirkan malam masih awal lagi & esok kami akan ke Surabaya semula, confirm lah takkan merasa Bakso malang yang popular tu, so, kami pun ON jer ke Bakso Arief. Aku sebenarnya memang teringin sangat pun tapi bila memikirkan yang lain macam tarik tali je nak pergi makan, so, I follow jer. Tapi mana tau last-last semua pun agreed nak pergi. Dah sampai tu, semua pun makan. Ada sorang tu siap tapow lagi, hahaha.
Bakso Komplit... memang recommended |
Lepas dah kenyang kami pun mula bergerak ke Hotel Dedaunan. Rupa-rupanya, Bakso Arief ni terletak betul-betul walking distance dari Hotel kami. No wonder lah si Abdul, bersungguh nak bawa kami makan ke sini juga.
Such a tiring day today. Lets get a good night sleep. Esok nak tour Malang.
No comments:
Post a Comment