Pages

Monday, November 16, 2015

Malang Tour: Sebentar di Ladang Epal Malang

Ladang Epal Malang
Sunday, 1 Nov 2015


Kalau ke Malang ni rasanya tak sah kalau tak ke Ladang Epal nya. Dan rasanya ni memang aktiviti wajib lah kalau ke Malang. Dan untuk kali ke-2 juga aku ke Ladang Epal ni. Tapi kali ni, ladang yang kami pergi lain dari yang tahun lepas punya. Kalau dulu pokok epal nya agak tinggi sampai kami pun kena panjat nak petik epal tapi kali ni berlainan sikit sebab pokok epalnya boleh dikatakan semua rendang belaka. So, tak pelru effort sangat pun sampai nak panjat pokok nak petik epal. Just dari bawah jer dah boleh capai semua. Cumanya aku rasa tak berapa nak banyak pilihan compare yang dulu sebab sini buah yang elok macam dah banyak takde. Mungkin juga masa kami sampai ni dah ramai penduduk setempat juga yang datang ke ladang epal. Barangkali tinggal kualiti yang so so sajalah. Boleh jadi juga bukan musim buah epal masa ni.

Kalau ikutkan guide kami, takde musim pun buah epal ni berbuah. Sepanjang tahun pun ada jer buah. Boleh jadi juga cuaca mempengaruhi baka buah yang dihasilkan di sini. Sebab masa kami sampai ni, cuaca memang seriously sangat panas di sini.


View Panderman Hill seen from Ladang Epal Malang

Seperti lawatan ke ladang epal yang lepas, kali ni kami diberi juga jus epal malang percuma sorang satu. Kalau suka, boleh beli lagi. Kat luar pintu masuk ke ladang epal ni saja ada macam-macam produk buah epal yang dijual. Aku rasa harga dia lebih kurang sama je macam jual kat kedai luar. 

Kali ni aku petik buah epal agak banyak juga dapat jugalah 3kg. Tak nak menyesal macam dulu dah sebab bawa balik 1kg saja. Bagi aku buah epal malang ni ada keistimewaanya tersendiri. Size buah dia pun kebanyakkannya kecil & sederhana besar. Dan seperti lawatan yang lepas juga, kami diberi peluang makan buah epal sebanyak mana yang suka. Tapi macam biasalah kalau nak bawa balik, kena bayar lah. Dan harga 1kg = IDR20,000.


Nak tahu epal yang elok dipetik... yang kulit dah kekuning-kuningan

Kami tak spend lama pun kat sini sebab lepas ni kami akan ke Muzium Angkut. Dan kami nak make sure yang kami nak sampai awal disana sebelum opening time. Tak tahu apa yang best kat Muzium Angkut ni sebab tak pernah tahu pun pasal attraction ni. Anyway, lets hope for the fun.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...