Pages

Wednesday, May 25, 2011

Hebat nyer... Nur Kasih



Masa semakin singkat
Masih banyak yg belum ku ceritakan
Kisah Adam, Nur & Aidil
Kisah percintaan , Pengorbanan
Perpisahan &
Perjalanan pulang
ke jalan yg diredai nya


Petikan dipermulaan Nur Kasih the Movie


Aku masih ingat first time aku tengok citer bersiri Nur Kasih.. it was 2 years back. Memang setiap Jumaat malam pun aku akan duduk depan TV and tengok lah ape2 citer yang menarik. Tapi masa first time aku tengok siri nie and kebetulan episode 1… suddenly I had a feeling that I shud follow this series. Walaupun masa tu aku rase theme song dia “Nur Kasih” by Yassin takde lah sangat memberi kesan kat aku tapi dek sebab character Islamic yang ditonjolkan, aku terpukau seketika. Maybe mase tu, lagu tu pun baru je lagi and maybe baru first time kot keluar kat TV, so, I guest at that time takdelah sehebat ayat2 cinta. And salah satu sebab nyer juga… ader shot kat UIA, tu yang buat aku lagi semangat nak tengok citer ni… university kesayangan Hambo. Konon2 nak tunjuk Aidil belaja kat Mesir lah tu padahal aku hafal semua pelusuk kat UIA tu… hihihi. Takpe, maybe nak save budget je kan… alah kalau setakat shot nak tunjuk Aidil belaja je kan… tak payah lah membazir. UIA pun sehebat university Islam bertaraf dunia. Sebab UIA juga lah aku banyak berubah.

Tapi lama kelamaan aku dapat merasakan kehebatan Nur Kasih selang beberapa episode. Sanggup tu kalau OT pun or anything suddenly came up, aku akan make sure aku tengok malam tu juga or the next day kat TV3 online. Hahaha… tak bleh missed. And lagi kelakar nyer masa aku gi marriage course pun, citer nie lah dia pasang everytime kita orang break, and that time aku masih ingat kakak kat sebelah aku tak nak kluar gara2 nak tengok citer ni… kata nyer sebelum ni dia tak pernah ikut pun citer ni tapi bila dah ade kat situ, jadi suka plak. Itulah penangan Nur Kasih… hebat tak hebat. Aku pun salah satu dari 19 juta peminat citer nie.

Before releasing of Nur Kasih the movie, aku memang ade bace2 juga yang movie dia adalah kesinambungan dari Nur Kasih the series… and started after 6 years. Apa yang tak bestnyer watak adik & family Nur takde dalam movie ni. Rindu plak lakonan mantap Umi Nazeera… Aku seriously menyampah dengan dia masa tengok Nur Kasih the series... adik yang mengada-ngada, gatal, dengki and jahat giler. Anyaway, you did a good job Umi.






Sepintas lalu Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. It happened after 6 years of Nur kasih The Series.

Movie ini dimulakan dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.

Movie ini akan membawa kita ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia dalam satu accident yang sangat tragis.
Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya tanpa Aliya disisi bersama dua anak kecilnya Anak Aidil, Ilyas dan Maryam (adik Mia Sara) yang mempunyai personaliti yang berbeza.. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku.
Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini lah, watak Mamat, Sara, dan Jamal yang mewarnai kisah hidup mereka.
Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur teramat sangat kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Luckily, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.
Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering bermimpi Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku... keimanan dan kesabaran Adam teruji lagi. Di Jordan, Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan keretapi yang sangat dahsyat.
Banyak lagi yang terjadi selepas itu, nak citer karang sampai habis pun tak sudah. So, saksikan di pawagam yang berhampiran.
Yang pasti nyer, dalam Nur kasih the movie ini, ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Emmhh tragis nyer.
Filem ini akan membawa kita berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah kita lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah kita menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.


One of the scene at Jordan


Apa yang aku dapat simpulkan...

Lakonan Tiz memang tak menghampakan masih berjaya meninggalkan impak yang maksima. Begitu juga Fizz yang hebat membawa watak Aidil, lelaki ideal idaman setiap wanita Muslimah including me. Remy... definitely I adore you more... you really touched every woman's heart.

Nur Kasih the movie memang tak sehebat the series tapi at least still it has its own spice to bring u to the True Islamic love.


‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti,

janji suci yang abadi…’


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...