Pages

Saturday, December 8, 2018

Everest Base Camp in Memory

Everest Base Camp (EBC), Nepal
10 to 24 Nov 2018 


Dah 2 minggu pun berlalu. Tapi kekuatan nak menulis trip ke EBC yang lepas macam malas jer. 


To walk in nature is to witness a thousand miracles

Trip ke Ladakh India pun masih tak post anything walaupun aku dah buat draft untuk 5 post. Ok, that time tengah struggle dengan project kat office plus with weekend activities yang sentiasa penuh. Marathon satu hal tapi training to EBC pun satu hal yang lebih penting. Penat, tak yah cakap lah… sangat tapi aku gagahi juga sebab tahu keperluan nak maintain stamina for 2 weeks trekking.

And after balik from EBC ni, memang terasa sangat kepenatan yang amat sebab Non-stop activities from October to November. And now, aku ambil masa 1 week juga nak recover from bahana trekking early winter at EBC. Aku OK saja sepanjang trekking tapi once aku touched down je kat Kathmandu, suddenly, satu badan jadi tak best & malam tu juga kat Hotel aku sakit. Sakit yang aku rasa tak pernah terjadi kat diri aku ni & now it was happened. Seram sejuk bila memikirkan aku hanya seorang saja di bilik Hotel & kalau apa-apa terjadi, memang sendirian lah. Kak Fad memang dah selamat lah di Hospital. At least, ada orang tengok kan. Aku malas nak stay kat Hospital sebab badan rasa tak best & nak add cost to Hospitalization.

Aku tak pernah rasa badan aku bertindak sedemikan rupa. Hampir 2 hari juga aku macam tu. And the next day, aku cuba ceritakan kat Uncle Rashid apa yang terjadi kat aku sebab dia saja yang ada masa tu. Rupanya, Uncle pun alami penyakit yang sama. Lega rasa. Aku ingat, aku saja yang kena. Maybe perubahan cuaca & elevation yang mendadak semalam menjadi punca utama, body kami react to rapid changes. Apa taknya dari elevation 4900m ke 1400m and dari -ve ke +ve temperature. Mana tak body ko terkejut. 

Nanti lah aku update. Tapi, maybe akan ambil masa jugalah nak habis.

So, untuk intro to EBC 2018 trip ni just nak ucapkan tahniah kat diri sendiri kerana dah berjaya sampai ke one of my wishlist, Everest Base Camp (EBC). The most epic adventure for this year 2018. Perjalanan baru, ketinggian baru & suasana yang baru. Without proper training and try to attempt something different beyond your imagination is something yang aku rasa agak mustahil juga but Alhamdulillah, I did it… dengan izinNya. 


Alhamdulillah, achievement unlocked
 
Yes... I've made it
 
Journey to EBC

The best view after the hardest climb

Route to EBC

Landscape kat Everest region ni memang beauty beyond description

Acclimatization at Dingboche

Ada orang tanya, nak repeat lagi tak EBC? My answer to myself, kalau tak sampai hari tu, maybe, ada sangatlah keinginan tu tapi sebab dah sampai & merasakan sendiri, betapa susahnya (bukan route dia tau) cabaran nak sampai pada ketinggian yang kau tak pernah sendiri sampai, so, I would say, InsyAllah jika berjodoh lagi. Uncle Rashid sendiri pun aku nampak macam dah give-up nak open trip EBC to public. Katanya banyak benda nak kena fikir sebelum nak handle trip EBC ni, bukan sebab elevation saja yang menjadi penghalang. Inilah first time trip with Uncle yang aku rasa dia nampak agak teruk berbanding trip sebelum ni. Tak pernah aku tengok Uncle macam ni. Kalau tak mesti dia dah beria nak panjat Kalapathar. Kak Fad pula, seperti dah putus harapan dengan Nepal maybe sebab insiden yang menimpa beliau barangkali.


It's not about the destination but it's about the journey
(pic credit to Olympus Uncle Rashid, tak perlu edit pun dah cantik)


To be continued...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...