Thursday, 15 November 2018
Elevation: Deboche (3800m) to Dingboche (4410m)
Estimated Distance / Time: 15km / 8 hours
Alhamdulillah, pagi yang indah di Deboche untuk memulakan perjalanan kami untuk hari yang ke-5 di EBC trek. Oxygen level kami masih above 90% and condition for both of us are still ok at this level. Maybe sebab kami dah acclimatize well in Namche, so, perjalanan semalam nak sampai ke Deboche banyak membantu. It was -2degC that morning in Deboche. Sejuk gila.
|
Beautiful Morning at Deboche |
Rutin biasa setiap hari, kami akan mula trekking after breakfast & sebelum pukul 8 a.m. And normally kami akan berada di dining area seawal 6.30am. So, memang boleh imagine lah setiap hari bangun awal around 5a.m... solat suboh, berkemas (masuk barang balik dalan duffle bag) & bersiap-siap untuk trekking for that day. Anyway, for trekking, tak perlu pakai tebal sangat sebab nanti bila dah start trekking, confirm dah panas balik. So, just pakai down jacket saja kat luar daripada pakai a few layer thermal inside. Normally, aku akan sarung thermal dulu, lepas tu base layer or fleece/heatech & light down, wind breaker. Bila dah start panas masa trekking, aku akan buka light down saja.
|
Honey Ginger Lemon, Garlic Soup & Garlic Toast for Breakfast |
|
Macam ni rupa garlic toast at Deboche |
|
|
My O2 Level that morning |
Pagi tu, kami bergerak bersama-sama another group from Malaysia. Baru start trekking tak sampai 10min, Everest dah buat kemunculan. Walaupun jauh daripada pandangan tapi itu pun sudah cukup buat kami excited. Pemberi semangat & harapan kepada kami untuk sampai ke EBC. Dari jauh memang sebahagian atas puncak Everest saja kelihatan. Sebahagian besarnya blocked by Mt Nuptse & other mountains. Nampak atas pun jadilah kan.
Boleh refer photo kat bawah for zoom-in image of Mt. Everest.
|
Morning Everest |
|
Mt Everest Membuat kemunculan |
|
Trek thru Rhododendron Forest |
|
Good Morning from Deboche |
|
Trek to Dingboche |
|
Ada saja view cantik yang kami tinggalkan |
|
First suspension bridge yang kami akan cross today |
|
Beautiful Morning |
|
Mt Ama Dablam yang menghiasi view sepanjang perjalanan kami ke Dingboche |
|
The porters |
|
Antara trek yang paling banyak kami stop & ambil gambar |
|
Me & Fad |
|
Nature always wears the color s of the spirit |
|
Sepanjang perjalanan kami, pasti akan bertembung samada dengan Yak or Jopkey yang membawa beban |
|
Trek heading to Dingboche |
|
There'a always beautiful view on the way heading to Dingboche |
|
We enjoyed the trek to Dingboche |
|
We were passed by the sherpa Village on the way to Dingboche |
|
Sherpa Village |
|
Kami berlatarbelakangkan Mt Nuptse, Everest, Lhotse & Ama Dablam |
|
It was -ve temperature at this level of height |
After about 4hrs trekking, kami pun tiba di Guesthouse Annapurna (bukan Annapurna Base Camp tau) for Lunch. Masa tiba di sini, Fad dah mula menunjukkan tanda tak lalu makan. Katanya tak boleh masuk dah. Luckily, Uncle bawa Mamee Chef from Malaysia & paksa Fad makan. Alhamdulillah, berjaya pun habis kan. Masa tu aku fikir, maybe, Fad tak boleh nak masuk makanan yang hampir sama kami makan setiap hari. Boleh jadi juga sebab kami dah naik semakin tinggi, symptom awal AMS mungkin sudah perlahan-lahan ada. Aku seperti biasa, masih selera walaupun tak makan banyak.
|
Kami stop for lunch di sini |
|
Elevation now at Pangboche |
|
Lunch |
After about 1hr rest for lunch & solat, kami pun meneruskan perjalan semula ke Dingboche. Selepas ni kami akan climb another 400m to reach Dingboche. Estimated time about 3-4hrs.
|
Happiness doesn't result from what we get, but from what we give |
|
The journey is far more enjoyable than the destination, sometimes |
|
The stunning view of Ama Dablam |
|
Beautiful Nuptse, Everest & Lhotse |
|
Mt Everest Close-up Mode |
|
Beautiful Khumbu valley |
|
Trek that we had just passed |
|
Admiring the beauty |
|
Trek to Dingboche |
|
Trek to Dingboche |
|
Trek to Dingboche |
|
Another Jopkey carrying a gas cylinder |
|
Trek to Dingboche |
|
Arrived at Dingboche |
Alhamdulillah, we arrived at The Good Luck Hotel, Dingboche by 5pm. Fad & Deepak sampai dalam 20min kemudian. Masa sampai di Guesthouse, aku dah rasa lain macam sikit, maybe sebab kami dah berada di ketinggian hampir 4400m. So, by the time tunggu Fad & Deepak sampai, aku sempat tidur dulu nak reda kan rasa lain macam yang tiba-tiba datang. Masa trekking tadi tak ada pulak, dah sampai guesthouse pulak tiba-tiba ada. So far, at this stage, aku belum ambil any medication. Tapi malam tu aku akur dengan Actifast 2 biji.
|
We stayed at Good Luck Hotel for 2 nights |
Dinner malam tu aku order Garlic Soup saja. Itu pun tak habis makan sebab rasa macam tak boleh masuk pulak. Fad pun sama. So, lepas quick dinner malam tu, kami terus masuk ke bilik. Fikir nak tidur awal saja. Dah makan Actifast malam tu, terus tidur sampai pagi. Luckily, esok acclimatization day at Dingboche, so, kami tak perlu bangaun awal sangat & berkemas. And we had more time to rest. For acclimatization esok, kami akan climb about 400m and then turun balik ke guesthouse.
Kat sini tak dapat guna simcard yang kami beli kat Thamel dah. But still ada option lain, Wifi & simcard yang boleh digunakan hanya untuk Everest region. Kalau rasa nak guna Wifi, seeloknya beli first day korang sampai kat teahouse. At least boleh guna sampai hari ketiga before heading to Lobuche. Wifi cost at Good Luck Hotel NPR1000. Kalau nak beli simcard, NPR2000 at 10GB data (boleh guna kat Dingboche, Lobuche, Gorakshep & Periche). Apalah nak buat 10GB data kat gunung ni. Guide aku tak suggest pun ambil sebab nampak macam tak ok je feedback dia. Sebab aku tanya dia apsal dia tak beli simcard instead of Wifi, lagi jimat tapi dia pun macam tak tahu nak jawab soalan aku. Last-last dia suggest, tak perlu beli just take rest & enjoy the moment here. Hahaha. Tapi aku tak beli pun dua-dua.
Kalau nak charge Power Bank, owner guesthouse akan tengok berapa capacity power bank tu baru dia decide berapa korang kena bayar. Aku kena charge NPR800 for 10,000mAh. So, lagi tinggi mAh rating lagi mahal lah kos dia. Elevation matters ok. Power bank or segala electronic item, kalau kat tempat sejuk cepat drained, so, memang terpaksa jugalah bayar kos untuk charge. Gila kaya orang yang buat business teahouse/guesthouse kat area EBC trek ni. Semua mahal. Tapi aku tak nafikan pun sebab most of the trekkers yang datang kat EBC ni pun Mat Salleh, so, tak menjadi masalah pun kat mereka. Apalah sangat kan. Price kat sini pun memang target untuk mereka. Kami yang dari Malaysia ni lah yang suffer nak keluarkan extra budget. Hahaha. Tapi memang tak dinafikan semua benda mahal kat EBC region ni.
Masa kami kat Dingboche, dapat whassap daripada member kat Malaysia pasal kematian seorang Chinese lady from Malaysia just a few days before kami start trekking to EBC. Daripada message viral yang aku baca tu, news macam menyalahkan Trekking Organizer kerana kematian that lady. Aku hairan juga sebab berita penting macam tu tak masuk news kat Malaysia pun tapi dah jadi hot news juga kat Nepal ni dikalangan Nepalese Guides & Malaysian yang datang kat sini. Kami tak tahu cerita sebenar sebab message viral ni kadang-kadang belum tentu kesahihannya, so, just take note sajalah apa yang sahabat baik kami cuba sampaikan. Walaupun dalam hati ni, risau yang amat. Berdoa sajalah siang & malam sepanjang trekking supaya perjalanan kami selamat daripada segala bencana. Sehinggalah kami tiba di Kathmandu & berjumpa dengan seorang Malaysian hiker yang kebetulan lunch ditempat yang sama dengan kami di Al-Madina Halal Foods. Masa tu lah keluar cerita pasal Chinese lady from Malaysia. Same story cuma version kali ni berbeza sikit, lagi ramai pulak yang mati, 10 orang. Huish, biar betul. Kalau macam ni dah jadi headline berita kat Malaysia dah. Tapi cerita yang pasal Chinese lady tu lebih kurang cerita-cerita version lain juga, apa yang aku dengar walaupun tak pasti kesahihanya, Chinese lady tu dah tak larat (maybe dah ada symtom AMS masa ni) tapi insists juga nak proceed tapi dengan menaiki kuda. And she died on the way to EBC. (correct me if I’m wrong).
To be continued…
baru berangan nak drive naik ebc, tapi view mendaki pun cantik la sgt!
ReplyDelete