Pages

Wednesday, December 12, 2018

Everest Base Camp 2018: Preparation


Persiapan nak ke EBC, tak jauh berbeza pun dengan ABC Cuma kali ni, kami nak kena prepare dengan sebarang kemungkinan yang tak dapat dijangkakan.

Sila refer sini for checklist --> Checklist ABC

Untuk checklist, aku add Down bootie & Down mitten memandangkan kami trekking nak masuk early winter. So, this two items sangat useful especially bila malam nak tidur. Selain itu, mengurangkan berat nak bawa stokin tebal & banyak untuk kegunaan malam. Untuk clothing, down jacket yang boleh tahan suhu sejuk adalah sangat penting, Wajib.


Down Bootie beli kat Thamel, NPR1200

Untuk insurance, aku dah beralih arah ke Lonpac Insurance sebab Allianz tak cover dah trekking kat Nepal. Aku rasa baru this year kot, Allianz revised dia punya policy wording to exclude Nepal under mountaineering. Yang lain pun aku dah survey, paling maximum pun 4000m by AIG. Lonpac Insurance katanya cover unlimited height walapupun aku tak nampak statement tu dalam policy wording dia. Tapi sebab agent dia yakinkan kami Lonpac cover, so, aku setuju. Total Travel Insurance untuk 15 days kat Nepal, RM125.

Untuk makanan, seperti trip ABC yang lepas, kami dah prepare bawa lauk siap-siap dari Malaysia. Antara yang kami bawa sambal ikan bilis goreng kering, sambal hijau, serunding, rendang ayam, maggi, 3in1 etc. Uncle Rashid siap bawa Ayam masak Tauchu, Ayam Ungkep, ikan masin & kicap nak tambah selera kami makan. Hahaha. Bawa juga energy food e.g. Chocolate, kurma, biskut & kekacang. Aku rasa energy food ni banyak sangat membantu aku bila tak lalu nak makan. Lagipun, kau boleh makan masa tengah trekking pun. Kat EBC region ni, most of the guesthouse masak tak berasa sangat. So, sangat perlu bawa extra sambal ke or anything yang boleh kasi perisa sikit especially for Malaysian.

Memandangkan elevation EBC more than 5000m, keberangkalian nak kena AMS tu memang ada. AMS ini boleh terjadi kepada sesiapa saja. So, sila ambil tahu juga symptom AMS ni, how to prevent AMS & apa yang perlu dilakukan in case korang ada symptom ni.

Ok itu saja, InsyAllah kalau aku ingat aku. Aku akan share.

2 comments:

  1. crampon tak de? eh muat ke down bootie tu dalam kasut?

    ReplyDelete
  2. Crampon tu aku bawa je standby kot salji tebal tapi takde salji pun.
    Down bootie tu guna untuk tido malam je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...