Pages

Tuesday, December 11, 2018

Everest Base Camp 2018... Nepal I'm Back


We're back Nepal after 1 year, macam takde tempat lain nak pergi dah ya, hahahah. Anyway, kedatangan kami kali ni buat kali ke-3 membawa misi yang berbeza pula, Everest Base Camp (EBC), one of my wishlist. Actually, dah plan after trip Annapurna Base Camp (ABC) yang lepas. Kali ni bertiga saja. Athirah tarik diri sebab nak join trip December bersama Cikgu Hanisah. So, Aku, Fad & Uncle Rashid sahaja meneruskan perjuangan kami.


Kalungan bunga tahi ayam tu memang tradisi wajib nepalese welcoming visitors to Kathmandu agaknya

Actually, trip ni kalau aku cancel pun, Uncle Rashid tetap akan proceed sebab dia nak survey trek EBC sebelum bawa orang untuk next trip. So, dah alang-alang dia pergi, aku pun cakaplah nak follow. And uncle tak kisah pun berapa orang nak follow dia, dua pun dia bawa juga. And dia minta kami yang suggest date sebab Uncle tak ada masalah dengan cuti. Ada cerita tak best lain sebelum aku sampai sini, flight ticket. Dah lah aku dapat tiket promo AA masa trip nak balik from Kathmandu tapi ada problem apa entah AA tiba-tiba suspended semua flight dia ke Kathmandu. Fuhh, memanglah dapat full refund tapi nak cari ticket murah lagi dalam masa 2 bulan tu memang struggle juga sebab of course Airline lain ambil kesempatan letak harga mahal. Terpaksa lah aku search ticket lain. Last option tix yang murah aku dapat Malindo. Tak murah pun tapi kena add extra RM400 juga (pejam mata jelah bayar).

Untuk trip EBC kali ni, kami masih menggunakan khidmat Third Eye Adventure. Dah kali ketiga & overall satisfied with the service. Ok Ganesh, I already promo you, so, next time offer me free trip to Annapurna Circuit, ok.

Pada mulanya aku diberitahu Uncle yang kami akan menggunakan khidmat Rabin as our guide. Aku pada mulanya kurang setuju setelah apa yang dia buat kat group aku sewaktu trip ABC 2015 tapi uncle yakinkan aku Rabin lagi familiar with EBC compare to other guides, so, aku tak banyak ceritalah tapi dalam hati memang berharap bukan dia lah guide kami nanti. Tapi hari kami fly to Kathmandu, Uncle cakap yang kita dah tukar guide lain. Katanya, sebab aku dah cerita kat dia apa yang berlaku kat ABC kira-kira 4 tahun yang lepas, dia minta Ganesh tukar guide lain, maybe terkesan jugalah apa yang aku cerita. Sorry Rabin. I don’t want history repeat itself. Hahaha. 


This is Nepal

Kedatangan kami kali ini disambut oleh guide baru yang akan bawa kami ke EBC, Deepak. Nampak macam ok, Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dengan servide Deepak selama 10 days trekking.

As usual, first day kami kat Kathmandu sudah tentu lah menghabiskan masa jalan-jalan di Thamel cari barang outdoor. Nak complete kan apa yang tak cukup. Actually, memang ada barang yang aku save untuk beli kat Thamel pun.


Thamel... syurga barang outdoor di Nepal

Area Hotel kami di Thamel

Pakcik ni dah expert jalan kat Thamel ni

Malam di Thamel sentiasa meriah

Pakcik ni kalau boleh semua kedai dia masuk, hahaha

Carbo Loading at Anatolia Restaurant

Malam tu after dinner, kami sambung balik shopping sebab Uncle ada barang lagi nak cari. Dalam pukul 9.30pm jugalah baru pulang ke Hotel. Aduh, trip kami dah lah esok. Penat baru sampai pun tak hilang lagi, nak kena berkemas pulak. So, nak tak nak malam tu juga terpaksa berkemas apa yang patut sebab kami diberitahu flight tu Lukla hanya allow 15kg per person including hand carry. Berhempas pulas jugalah nak minimize barang. Aku tidur lewat malam tu sebab nak packing barang nak tinggal kat Hotel, barang nak pass ke Porter & barang yang aku nak bawa sendiri. Sebab esok once saja kami sampai Lukla, kami akan terus trekking to Phakding. Esok juga kami akan bertolak sebelum pukul 5.45am from Hotel to Kathmandu Airport sebab flight kami dijadualkan 7.40am.


 To be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...