Pages

Monday, June 22, 2015

Rinjani Expedition Day 3: Summit Attack Part 2

Friday, 29th May 2015
Sembalun - Plawangan Campsite to Summit


Continue from previous Post


Subhnallah... Rinjani crater & Beautiful Danau Segara Anak from summit

Kami turun setelah hampir 2 jam kat atas puncak. Plan nak bergambar reramai tapi guide kami dah ajak turun dulu. Kami jumpa Adeq otw nak turun tapi masa tu memang tak lah nak naik balik, hahaha. So, kami just kasi semangat sajalah kat Adeq. Sayang sangat kalau tak teruskan sebab dah nak sampai summit, sikittt jer lagi. Fad masih tak tahu statusnya yang terkini. Masih mengerah tenaga nak sampai ke sini atau sebaliknya.


Superb view on the way back down from summit

Inilah keadaan trail menuju puncak pagi tadi rupanya

Nak turun tak seksa macam nak naik

Dah turun baru tahu trail kami tu dasyat ke tak. Agak-agak nya kalau naik trail ni waktu hari cerah mahu gayat juga, hahaha. Itulah hikmahnya kalau naik malam-malam ke puncak. At least, kita cuma nampak depan saja jalan yang kita nak tuju sebab cuma cahaya headlamp saja yang menemani. Apapun yang penting jalan menuju puncak, nak turun tu nanti belakang citer, hahaha.

Nak turun tak se azab & se seksa nak naik. And kalau korang tak gayat & boleh control badan, slide jer sampai bawah, memang boleh sampai campsite tak sampai 2 jam lah. Tapi aku amik masa 3 jam juga. Bukan sebab aku gayat tapi kami jalan jer amik gambo... jalan jer amik gambo... jalan jer... ish, banyak sangat yang view yang cantik sepanjang jalan turun dari summit ni. Kalau pagi tadi kami tak nampak apa-apa selain jalan menuju puncak, tapi kali ni Subhanallah, rasa tak puas jer menatap lukisan alam di bumi Rinjani ni. Ohsem.


Trail meneruni puncak

Rasa tak puas nak menatap

Nice view on the other side

Trail yang kami lalu pagi tadi

Awesome view on the way back down to campsite

Kelihatan deretan tenda di area campsite

Rupanya laluan ni yang aku lalu pagi tadi

Lepak-lepak dulu sebelum teruskan perjalanan turun

The last trail nak sampai ke campsite... permulaan penyeksaan pagi tadi tapi nak turun memang slide sakan lah sampai bawah, hahaha

Dah nak pukul 10am baru kami sampai campsite. Masa ni dah kelihatan Fad, Cikgu, Kak Syu kat campsite. Happy barangkali dah lepas breakfast. Wan, cha & Ash dah siap berkemas-kemas pun. Kami yang lambat ni, haa... tengah fikir barang pun tak kemas lagi. Kami nak bertolak tengahari ni juga turun ke Danau Segara Anak & akan bermalam di sana. Fuhh, penat naik & turun summit lagi tak habis kena trekking ke Danau pulak. Walaupun trek dia menurun tapi still kami kena jalan jauh juga... emmhhh, itu yang pasti. 


Breakfast turun dari puncak

Apapun, breakfast dulu lah kan. Enjoy punya pasal perut lapar pun lupa.

Alhamdulillah, selesai sudah penyesalan untuk hari ini.



To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...