Thursday, 28 May 2015
Sembalun - Plawangan
Continue from previous
post
Perjalanan dari Post 1 ke Post 2 diteruskan. Kami tak boleh berhenti rehat terlalu lama sebab perjalanan masih jauh & kemungkinan yang bakal berlaku juga sukar dijangkakan. so, kalau boleh berhenti sebentar sekadar untuk hilangkan penat sajalah.
|
Superb view of savana otw from Post 1 to Post 2 |
|
Perjalanan masih memukau sepanjang menuju Post 2 |
Kami tiba di Pos 2, Tengengan selepas hampir 40min berjalan. Kami berehat sebentar di sini. So, basically another about 45 minutes to reach our next stop, Post 3, Padabalong.
|
Post 2 Tengengan |
|
Berhenti lagi di Post 2 Tengengan |
|
Kelihatan a group of mat saleh tengah picnic in the middle of savana |
|
Saujana mata memandang |
|
Lembah yang indah menuju Post 3 Padabalong, perhentian kami yang seterusnya |
|
Ada juga perhentian lain in between post 2 ke post 3 tapi kami tak stop kat sini pun |
|
Post 3 Padabalong... our next stop for lunch |
Aku & Thirah tiba di Pos 3, Padabalong sebelum pukul 12pm. Kiranya agak awal jugalah. Wan, Ash & Cha pun dah sampai lagi awal. By the time aku nak start makan dengan Thirah, dia orang pun dah habis makan, hahaha. Pantas sungguh. Yang lain masih dibelakang lagi. Kami akan berhenti lama sikit disini untuk makan lunch & rehat before next challenging trail, Bukit Penyesalan. Untuk lunch, kami sudah dibekalkan dengan nasi bungkus masing-masing sebelum pendakian bermula pagi tadi. So, kena carry masing-masing lah.
|
Lunch & rest @ Post 3 |
Kalau ikutkan itinerary, akan ada sungai yang mengalir jernih melalui lembah yang indah di post 3 ni, emmhhh... tapi tak kelihatan pulak. Barangkali juga musin panas sekarang ni so, air sungai pun tak berapa nak ada. Tapi aku perasan yang porters kami dah mendapatkan air before kami sampai. Aku pun tak pasti dari mana sumber air. Dan air pun dah siap masak & sedia untuk dihidangkan kepada kami. Air yang paling best sepanjang pendakian kami ni, Teh panas prepared by our porters. Hahaha, memang efficient betul. By the time kami semua sampai, semua dah siap. Buah nenas pun ada juga dihidangkan sebagai pelangkap. Tapi memikirkan darah aku ni sangat ngam dengan buah nenas terpaksalah aku lupakan hasrat nak menjamah nya walau hanya secubit. Perjalanan ke puncak masih jauh lagi, so, keinginan tu terpaksalah aku lupakan saja. Berharap masih ada lagi untuk hari selepas turun dari puncak nanti.
Masa ni, uncle pun ada bersama kami lunch. Aku ingat lagi masa ni Uncle Rashid dah mula suruh kami kurangkan beban backpack masing-masing sebab trek yang seterusnya ni akan mencanak selama 3 jam sebelum sampai our campsite. So, memang boleh bayangkan lah penderitaan yang bakal kami lalui. So, segala power bank, extra air yang tak diperlukan & apa-apa yang sewaktu dengan nya yang agak membebankan akan di beri kepada porter kami untuk pegang sampai ke campsite. Mungkin salah satu cara juga kami dapat bergerak dengan lebih pantas.
|
Nasi Campur untuk our 1st day lunch... Alhamdulillah berjaya habiskan |
|
Teh panas juga dihidangkan bersama |
Selepas lunch, our next journey bermula dari Post 3 ke Post 4. Permulaan kepada penyesalan yang tiada kesudahan.
To be continued...
No comments:
Post a Comment