Airport Lombok – Sembalun
Estimated time: KL - Lombok (3 hours), Airport to Sembalun (2.5 hours)
Alhamdulillah perancangan selama hampir 3 tahun nak ke sini, akhirnya berjaya. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat & perlindungan ke atas kami semua. Kenapa aku cakap perancangan hampir 3 tahun? Sebab aku dah plan since 2013 kot nak pergi ke sini tapi dengan izin Allah plan aku terlaksa end of May this year. Halangan nak pergi takde tapi kami terikat dengan trip lain yang kebetulan sudah dirancang lebih awal tahun sebelumnya. Anyway, tahniah kepada semua yang telah berjaya merealisasikan impian nak menawan puncak kedua tertinggi di Indonesia itu.
The only flight from Malaysia to Lombok |
Rinjani's peak seen from AA flight to Lombok |
Alhamadulillah juga flight kami pergi & balik tak delay lansung. Petanda awal yang baik mengiringi perjalanan kami. For the first time, kami sampai di Lombok as per schedule. Pengurusan luggage juga agak smooth tanpa sebarang masalah. Emmhhh, mungkin sebab Lombok airport ni tak se busy Indonesia airport yang lain yang sering menjadi tumpuan. Cuma yang menjadi isu masa kami sampai, orang yang sepatutnya jemput kami lambat. Masa tu aku tak pasti lah dia lambat or dia dah datang tapi tak dapat kenal pasti kita orang. Anyway, lepas dah call uncle Rashid (orang yang bertanggunjawab menguruskan trip kami), barulah muncul mamat lombok ni. Ada salah faham juga antara aku dengan dia ni sebab samada dia tak faham cakap aku atau dia fikir lain apa yang aku cakap. Sebab dia cakap kena tunggu lagi 20pax datang baru nak gerak. What? Kenapa pulak kami nak tunggu walhal flight another group tu petang kot. Aku pun tak diberitahu pulak kami akan saing dengan another 20pax punya group. Yang aku tahu hanya 3 orang jejaka (actually masa ni tak tau pun veteran ke muda, hehehe) dari “Bintulu” sahaja yang akan join kami dari airport ke Sembalun. Bengang juga masa tu tapi luckily aku terima tu sebagai miscommunication. Lepas dah settle cara baik kami pun gerak. Hahaha.
Before proceed ke Sembalun village, kami singgah makan di rumah makan cahaya dulu yang terkenal dengan Nasi Balap Puyung. Tak jauh pun dari airport, adalah dalam 10min. According to Mas Rudy driver kami, Balap bermaksud Balapan katanya & Puyung itu nama sebuah tempat di Lombok. So, gitulah asal usul namanya. So, lepas makan kena ke olahraga lah ya, hahaha. Actually, tempat ni memang dah recommended by Aunty Aishah, kalau sampai ke Lombok, we should try this. To me, not bad & sambal dia memang dasyat.
Our first destination before ke Sembalun village, Rumah Makan Cahaya |
Nasi Balap Puyung... lepas makan kena olahraga ya |
Kami order menu makan yang sama. Aduh rindu sama Soda Gembira. Terasa bahagia sementara.
Happy-happy dulu dengan soda gembira |
Next agenda kami lepas lunch, nak jemput 3 lelaki misteri yang katanya akan bersama-sama kami bergerak ke Sembalun village. Mereka ni datang sehari awal, so, sebab dah kata menyelit skali terpaksalah tunggu kami-kami gadis semasa ni sampai baru gerak skali. Sapa suruh pilih data sama dengan kami, hahaha.
Tak sangka pulak yang join kami-kami ni muda belia gitu. Aku bayangkan dari cerita uncle Rashid, mereka-meraka ni orang veteran, hahaha. Mana tau jejaka-jejaka hot juga kan. So, for the first time trip kami, agak behave, wakaka. Hancus plan nak karoks sakan dalam van. Tapi kami request juga lah mas Rudy main kan lagu yang agak rancak, so, miming sajalah. Padahal dalam hati meronta-ronta nak melalak. Masa tu tak kenal rapat lagi mereka-mereka ni, so, tak banyak yang kami bualkan. Taa’ruf pun tak sempat. Al maklum, masing-masing pun masih malu-malu lagi, cheh. Lepas pickup dia orang kami terus bergerak ke destinasi kami yang pasti, Sembalun Village.
Singgah beli buah-buahan tempatan dulu, Apple malang pun ada |
Perjalanan dianggarkan 2.5hrs. On the way kami sempat singgah tempat jual buah-buahan tempatan. Buat bekalan naik Rinjani nanti.
Subhanallah, view Gunung Langgi yang indah menghiasi perjalanan kami ke Desa Sembalun |
Kalau boleh jangan lah tido sepanjang perjalanan sebab korang akan terkasima dengan view yang ohsem on the way masa dah dekat-dekat nak sampai Sembalun village. Masa tu, rasanya macam tak sabar jer dah nak sampai. Terasa sangat kedamaian sepanjang perjalanan melihat kebesaran ciptaan Allah swt. Masing-masing pun seakan teruja melihat view yang agak luarbiasa. Al-maklum kami ni dah lama sangat duduk dalam hutan batu, so, kalau sesekali travel kat tempat macam ni, agak over react juga lah.
Puncak Rinjani dari Lembah Rinjani Villa Homestay |
Kedamaian di Perkampungan Sembalun lawang. Kami bakal memulakan perjalanan kami dari sini tomorrow. |
Desa Sembalun yang menyenangkan |
Petangnya after a short briefing by Pak Wahid yang juga merangkap guide Rinjani kami, sempat lagi layan main cepok. Same method of playing badminton Cuma instead of using steel racket, mereka guna racket kayu. Al maklum, village people. Kreatif & I like. At least, ada something yang boleh dibanggakan dengan permainan traditional rakyat di sini.
Cepok, traditional game of Lombok village people |
Kami Dinner bersama-sama malam tu, for the first time. Agaknya kalau
bukan kami yang kasi suggestion nak taa’ruf memang tak beramah mesra
sampai sekarang lah. Anyway, ramah pun rupanya. Dan dari situ juga,
bermulalah kisah Thirah & Ash, eh... silap, kisah kami
kesebelasan utama. Actually, sorang je pun keje kat Bintulu. Tapi yang
pasti semua bukan asal Bintulu, orang semenanjung. Finally kan.
Teringat dulu masa
Uncle cakap kat aku ada satu grup dari Bintulu nak join & dia
siap cakap kat aku, boleh ke tak? Tapi yang hairanya masa Uncle tanye
tu, geng yang kononnya dari Bintulu ni dah beli pun tiket sama date
dengan kami. So, aku tanye balik... “saya ada pilihan ke?”, hahaha. So,
terpaksalah kami terima walau bukan dengan hati yang rela. Yang aku tak
boleh blah, Uncle siap cakap nak letak jauh-jauh khemah kami dengan dia
orang tapi sudahnya, sebelah ajer sampai sesat masuk lah. Hahaha, klmj.
Dinner yang simple tapi cukup puas hati, Alhamdulillah |
Tengah-tengah kami rancak dinner & beramah mesra, Uncle Rashid tiba-tiba muncul. Finally, dapat juga aku update status terkini. Punye lah menahan rindu nak dapat line internet kan. Uncle macam biasa lah, nampak sihat & ceria aje. Dia briefing kami sekejap sebab uncle takkan stay di homestay yang sama. Dia akan stay bersama guide & porter di kampung, tempat starting point kami esok. So, basically, kami akan jumpa uncle Rashid di sana sajalah esok.
Lepas dinner, kami masing-masing pulang ke bilik sebab ada agenda yang lebih penting menanti kami. Packing untuk esok. I hate most but I must to because I’ve no choice. Huru hara juga bilik kami malam tu. Dah brape kali pergi travel pun masih lagi failed nak make sure your bag se minimize yang mungkin. Tapi yang pasti aku & Eein saja cukup 45L shared. Kerisauan utama kami masa tu hanya lah bekalan air. Punca utama yang dikenalpasti bag kami berat macam batu rupanya air, hahaha. Alhamdulillah, aku kendong 2L pun masih mampu bertahan sampai ke Sembalun Plawangan campsite.
Dah hampir nak pukul 11 baru boleh tido lepas dah berhempas pulas mengemas, hahaha.
To be continued...
haaa Thirah & Ash????
ReplyDeletecepat sambungg!
ada ig tak thirah ? ohsem giler
ReplyDeleteada ig tak thirah ? ohsem giler
ReplyDeleteZuhimi, Athirah kawan I, kalau nak follow dia kat IG type je Athirahmnor
ReplyDelete