Sembalun - Plawangan Campsite to Summit
Hari & pagi yang paling dinantikan & mendebarkan... summit attack. And highlight kepada trip Rinjani kami.
After dinner malam tu, kami dah set dengan uncle yang kami perlukan personal porter untuk ke summit. Cuma Kak Syu saja yang tak perlukan. Orang otaikan memang tak boleh lah compare dengan kami yang gadis semasa sangat ni, hehehe. Aku mula-mula macam tak nak juga tapi bila memikirkan kemungkinan yang tak dapat dijangkakan, so, aku decide amik jugalah sorang. Walaupun aku rasa aku lebih suka berusaha sendiri. Tapi main aim aku pun cuma nak suruh dia angkut beg aku saja sebab aku bawa camera besar.
Belum pukul 12am pun lagi kami dah dikejutkan. Memanglah kalau ikut perancangan kami akan start seawal 12.30am tapi semalam before tidur macam dah berdiskusi dengan Uncle yang kami akan gerak sekitar pukul 1am. Terpaksalah lupakan seketika kenikamatan nak tido kerana kami ada misi lagi penting pagi-pagi buta ni nak kena hadap. Ya, misi menuju puncak. Dan itulah kemuncak kepada trip kami. Memandangkan kami dah prepare siap-siap malam tadi (Keperluan yang perlu dipakai esok & dibawa ke puncak), so, basically pagi ni kami bangun cuma cuci muka, gosok gigi, supper & final preparation for summit attack. For summit attack preparation, tak perlulah bawa barang yang banyak nak naik cukuplah sekadar air, sedikit energy food, personal medicine & small backpack. Camera of cos lah kan, wajib. Nanti takde plak kenangan yang nak diabadikan.
For hiking attire, aku cuma pakai outdoor long john, dry fit t-shirt, normal trekking pant & waterproof jacket & gloves & gaiter. Aku guna hand warmer juga untuk extra warm. Others, Hiking stick, Headlamp, Buff & Safety google (protection from the splashing sand). Bagi aku hiking stick ni kalau nak lagi laju bawa 2 sebab memang banyak membantu, macam Pak Man sebab tu dia mampu speed ke puncak. Safety google juga sebab sangat membantu expecially masa korang nak turun dari summit nanti sebab trek memang berpasir & berhabuk, lagilah dengan angin yang sangat kuat. Beli yang macam gi offshore dalam RM10 tu pun dah cukup. Kalau sayang nak pakai Rayban & yang sewaktu dengan nya, hahaha.
Selebihnya, berdoalah kepada Allah swt semoga dipermudahkan segalanya. InsyAllah.
After supper yang mee sedap yang memang sedap, kami pun memulakan perjalanan kami seawal 12.45am. Memang awal sangat & kamilah group yang paling awal. Mungkin sebab Uncle Rashid nak target kami sampai before sunrise at 5.00am. Mungkin juga by looking at our group’s stamina, ada kerisauan yang menjangkakan kami akan mengambil lebih masa nak sampai ke puncak. Whatever pun assumption, misi kami harus diteruskan. Dan itulah matlamat utama kami hari ini.
Permulaan yang agak mencabar dipermulaan trek. Memang tak sempat nak bahagia lansung. Cut short, memang tak kasi chance lansung lah. Fuhh, memang semput juga tapi kami gagahi juga. Kadang-kadang tu terfikir juga kenapalah jalan ni yang aku pilih, hahaha. Alhamdulillah, fasa azabedah permulaan dapat diharungi dalam tempoh satu jam lebih juga. Macam main-main turun naik pun ada juga. Aku dengan personal porter aku siap lumba-lumba sapa dapat naik dulu, hahaha. Teringat aku ada satu masa tu aku yang pegang dia masa dia nak drop ke bawah. Yang aku paling hairan lah, porter yang teman kan aku ni boleh pakai selipar jer. Fuh, memang wa respect sama lu lah. Dengan kondisi pasir jerlus nak sampai ke puncak ko boleh slumber jer kan, pakai selipar jepon. Aku tak pasti sebab apa, mybe dia tak mampu nak mendapatkan kasut semurah kasut getah or boleh jadi dia dah biasa & lebih selesa dengan selipar. Tapi dengan selipar saja dia mampu berlari naik trek pasir yang licin & jerlus tu semudah ABC.
Masa ni baru lah nak merasa jalan bahagia sikit lepas dah mengharungi hampir satu jam lebih penyeksaan di awal pendakian |
Di permulaan trek ni memang kami banyak bergantung dengan personal porter yang kami hire lah sebab trek yang berpasir & licin. Mungkin tanpa mereka agak susah jugalah kami nak sampai lagi cepat. Ada certain time tu, memang terpaksa berpimpin jugalah nak sampai ke atas. Bak kata Wan, so sweet... emmhhh, siot betul. Aku teringat ada juga hikers yang dalam gelap-gelap kami tengah trekking tu sempat bergurau dengan nada sinis juga, “Baik-baik nanti kena bawa lari...”. Fuhh, can’t you think of positive side. Aku tak kena lah macam tu tapi member yang lain. Bagi aku lah, kot ya nak berguarau pun, guna lah cara yang lebih sopan & positive sikit. Kasi semangat ke OK juga. Bagi aku Pak Man jugalah antara hikers yang banyak kasi motivasi sepanjang trekking kat Rinjani. Walaupun dah hampir 3 kali, aku dengar breathing the right way dari dia, hahaha.
Jalan menuju puncak Rinjani memang agak susah seperti yang dijangkakan. Kalau bukit penyesalan dah kira sengsara, trail to summit memang lagi lah sengsara & tak berkesudahan menyesal. Lebih-lebih lagi dalam jarak 500m lagi nak sampai peak. Rasa macam naik tak sampai-sampai jer. One step up... two step down, one step up... three step down & so on and so forth, hahaha. Like never ending strory to summit. Memang aku dah expect pun sebab pernah merasainya sewaktu panjat Bromo dulu. Nasib baik tak fikir nak putus asa lagi. Lagipun, ini jalan yang aku pilih. Tak proceed nanti menyesal. Nasib baiklah sepanjang perjalanan menuju summit, aku, Eein, Thirah, Kak Syu & cikgu sentiasa bersama-sama. Cuma samada kami pantas sedikit & tidak jelah. Tapi jarak kami masih terjangkau. So, tak terasa lah azab tu sorang-sorang. Kiranya bersama-sama lah mengharungi kepayahan.
Ohh, aku, thirah & Eein jumpa Pak Man lagi on the way nak ke puncak. And again, OMG, the same breathing technique juga yang suruh kami aplikasikan. Dan aku untuk pertama kali, terpaksa follow juga cara dia. Dah demo kan, buat jugalah. And... emmhhh... it worked out well. And sampai sekarang aku masih ingat lagi that step of breathing technique.
Aku sempat jugalah tido 2 kali on the way nak sampai ke puncak. Masa tu kami memang dah hampir nak sampai pun. Tapi sebab ada masa tu, tengah semangat kami berkoba-koba nak teruskan perjalanan, porter & guide kami pulak yang nak rehat merokok, emmhhh, kami pun ikutkan saja. Lagi pun, dia orang tak habis-habis stress kan kalau sampai awal sangat nanti kat atas sejuk & takde tempat nak tido. Errkkk, masa tu tak terfikirkan pun nak tido even kalo sampai awal.
Masa aku & Eein tengah syiok-syiok tido dibuai angin pagi di Rinjani, tiba-tiba datang Pak Wahid menghulurkan teh panas. Waduh-waduh, macam orang mengantuk di sorong bantal lah. The best ever drink masa tu. Sungguh nikmat. Terasa bahagia sementara.
Perjalanan kami diteruskan lagi. Masa ni dah tak kelihatan Wan, Cha & Ash. Mungkin mereka dah jauh meninggalkan kami. Al maklum masing-masing kaki panjang & masih kuat. Aku pun tak pasti dengan nasib yang lain masa tu. Athirah, Kak Syu & Eein pun dah ke belakang masa aku hampir sampai ke puncak. Apa lah nasib gadis semasa yang lain agaknya masa tu, Kay, Adeq & Fad. Risau juga tapi bila memikirkan masing-masing bertemankan personal guide, so, kerisauan tu tak terasa sangat lah. I just prayed & hope everything went well for everyone. Yang setia bersama aku masa tu hanyalah Cikgu Nisah. Dan kami sampai sama-sama ke puncak. Alhamdulillah, we did it within 4.5hrs. Rahmat penghulu segala hari.
On the way dalam 5min lagi nak sampai ke puncak, aku terserempak dengan Cha & Ash tengah berselubung dengan kain. Dia orang tengah nak tido rupanya. Lepas tu, Wan pun datang dari arah puncak, join skali geng porters dalam selimut. Katanya, too early, masih gelap & angin sangat kuat kat puncak. That’s why dia orang masih stay kat celah batu tu nak tido dulu before sunrise. Tapi aku & Nisa teruskan juga sebab dah takde space kami nak menyelit. Lagipun kami nak cari tempat rata sikit nak solat. Alhamdulillah, kami sampai at 5.15am. Memang sangat sejuk kat atas summit ni lagilah dengan angin yang sangat kuat. Sempat lah amik gambo dalam gelap dulu baru solat, hahaha.
Finally, at 5.15am on top of mount Rinjani |
Masa kami sampai cuma ada satu couple mat salleh, Pak Man & anak buahnya. Pak Man lagi... tapi kali ni dia tak cakap pasal breathing technique dah, maybe sibuk buat video & amik gambo. Lama jugalah nak tunggu turn kami nak pegang signboard Rinjani tu. Ash pun tiba-tiba dah join kami skali amik gambo. Mesti dia rasa rugi tido kat bawah walhal kami dah naik dulu. Lepas tu baru lah Eein sampai. Followed by Thirah & kak Syu. Kay sampai lambat sikit. Adeq sampai bila kami dah start turun. Fad masih tak dengar perkhabaran. Last jumpa uncle kat peak, katanya dia masih jauh lagi & ada masalah sikit tapi masa tu tak cakap plak samada dia teruskan pendakian or tidak.
Anyway, jom layan view kat puncak.
Subhnallah |
Terharu sangat... Tak sangka berjaya sampai |
Kelihatan Rinjani crater from top, Mount Agung Bali also can be seen from here |
Tengok lah ramainya manusia kat puncak tu |
Above the clouds |
Alhamdulillah dapat juga kami tengok sunrise yang indah di puncak Rinjani |
Alhmadulillah, we did it |
With our guide Pak Wahid & Uncle Rashid |
We're already on top but somehow still others struggling to get to summit |
To be continued...
Tak menyesal lah...sejukkk :P
ReplyDelete