Thursday, 28 May 2015
Sembalun - Plawangan
Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ni merupakan permulaan cerita kami yang indah... Road to Rinjani.
Seawal 5 pagi aku dah bangun selepas terdengar sayup-sayup suara azan Suboh. Boleh dikatakan majoriti penduduk di sini beragama Islam. Sebab tu akan kelihatan masjid di beberapa buah tempat dalam perjalanan menuju ke Homestay Lembah Rinjani Villa kami ni. Semangat punya pasal satu hal tapi bila memikirkan aku agak mengambil masa untuk bersiap, so, better bangun awal. Lagipun kami perlu mengasingkan bag yang perlu ditinggalkan (tidak dibawa bersama pendakian), untuk diberi kepada porter & yang nak di bawa sendiri.
Memandangkan kami ambil upah porter untuk carry our personal stuffs, so, takdelah rasa terbeban sangat. Lagipun aku memang dah plan awal nak amik porter sebab kami nak enjoy sepanjang perjalanan tanpa memikirkan bebab yang terpaksa ditanggung. Maximum load yang porter kami boleh bawa is 16kg, so, kami akan shared 2 persons. Untuk khidmat porter selama 4D3N trekking bayaranya RM300. So, kalau dah shared kuranglah sikit kos nya.
Actually package kami ni sudah ada 4 orang porter untuk group. Tapi tugas mereka hanyalah mengangkut alatan perkhemahan, peralatan memasak, makanan untuk group, peralatan keselamatan & yang sewaktu dengan nya. Tapi tidak peralatan personal kami. That’s why kami terpaksa hire another porter hanya untuk angkut personal stuffs kami.
Back to main story, lepas dah bersiap sedia, kami pun dipanggil untuk breakfast. Masa tu barulah kami perasan, there’s another group from Malaysia juga stay di Homestay yang sama. So, mereka-mereka ini lah yang 20pax afternoon flight semalam. Maybe mereka sampai malam semalam. Group 20pax pun pakai Karat Adventure juga & mereka akan start lambat sikit dari kami. Konon-kononya nak kasi laluan kat kami-kami ni dulu lah. Sudahnya, sampai sama-sama dengan Pak Man kat plawangan campsite, hahaha.
|
Mampukah aku... InsyAllah |
Next, carry stuffs masing-masing masuk lorry yang dah disediakan untuk kami ber-11. Lorry inilah yang akan membawa kami ke starting point Rinjani. Padat tapi kami himpit juga, hahaha. Yang ganjilnya semua pun tak nak duduk depan dengan driver. Bukan sebab kami nak duduk dengan jejaka hangat tapi sebab kami nak menikmati keindahan pagi di Sembalun. Last-last Ash yang mengalah duduk depan, itupun sebab takde ruang dah nak menyelit, hahaha. Kalau tak, nak juga join skali tu. Perjalanan tak jauh pun, adalah dalam 5 min jer dah sampai.
|
Muka happy jer semua tak sabar nak sampai |
Ketibaan kami disambut oleh porters & guides yang dah sedia menanti. Lepas tu, semua urusan bag kami diuruskan oleh mereka. Sebelum bermula, ada short briefing dari uncle Rashid. Also, introducing our other guides, Anuar & Donnie. Ohh, Uncle Rashid tak saing bersama kami, katanya akan follow kemudian dari belakang. Emmhhh, maybe skali dengan group yang 20pax tu.
|
Adik-adik yang cute ni turut meraikan perjalanan kami, hehehe |
|
Short Briefing by Uncle Rashid |
|
Muka masing-masing dah cuak, hahaha |
|
Bacaan doa mengiringi perjalanan kami |
Kami memulakan perjalanan 7.45am. Perjalanan bermula dengan melalui kawasan perkebunan. Anggaran lebih kurang dalam 1 jam juga nak sampai ke Post 1. View dari permulaan saja dah Wah... Wahh... Wahhh. Ternyata, pemandangan Gunung Rinjani sepanjang melewati savana sememangnya sangat memukau. Walaupun, trekking thru savana sememangnya panas lebih-lebih lagi bila dah melewati tengahari tapi tak terasa bahang yang membara tatkala menatap indahnya ciptaan Allah swt.
|
Permulaan perjalanan kami |
|
Subhanallah... permulaan saja sudah saujana mata memandang |
|
Laluan TAR pulak menyusul |
|
Ada tower di sana... ohh sila guna XL untuk kepuasan maksima |
|
Porters yang membawa kelengkapan group kami |
|
Awesome |
|
Cuaca yang indah mengiringi perjalanan kami |
|
Jauh meninggalkan desa Sembalun |
|
Berhenti sebentar... masih belum Post 1 |
|
Our porters & guide |
|
Keluar dari semak pun view ohsem |
|
Kami pun tak melepaskan peluang nak mengabadikan kenangan terindah di savana |
|
Welcome to Rinjani |
|
Perjalanan diteruskan ke next destination Post 1 |
|
Post 1 Sembalun - Plawangan |
Alhamdulillah kami sampai di Post 1 dalam masa kurang dari 2 jam. Itupun sebab termasuk short rest in between. Anyway, kami tak spend lama pun di sini. After about 20mins, kami pun meneruskan perjalanan. Target kami nak sampai awal di Campsite.
|
Post 1 yang terletak ditengah-tengah padang savana |
|
Boleh lah makan energy food untuk lebih tenaga before sampai next post 3 for lunch |
To be continued...
next part, please..x sabo tunggu ni..hahahha
ReplyDelete