Pages

Sunday, July 5, 2015

Rinjani Expedition Day 3: Sembalungan Plawangan campsite to Danau Segara Anak

Friday, 29 May 2015
Plawangan sembalun - Danau segara anak

Estimated Time: 3-4 hours (ascending)


Continue from previous post...

Setelah puas menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt di puncak Rinjani, kami turun semula ke Plawangan Sembalun campsite untuk breakfast dan bersiap sedia untuk bergerak ke pos seterusnya iaitu Tasik Segara Anak. Memang sudah dalam perancangan & itinerary kami sejurus selepas turun dari puncak kami akan meneruskan perjalanan kami ke Danau Segara Anak. Memang agak sengsara jugalah, lepas dah berhempas pulas menawan puncak Rinjani dalam tempon 4.5hrs, kemudian another 3 hrs journey down back to Plawangan Sembalun campsite & sekarang, kami kena bergerak pulak ke Danau Segara Anak yang dianggarkan 3 hrs journey (normal pace).

Trail menuju Tasik Segara Anak boleh dikatakan agak terjal juga untuk satu jam yang pertama. Walaupun trek menurun tapi sebab berbatu & agak steep, kami terpaksa lebih berhati-hati. Terasa jugalah sengal-sengal kat kaki ni. Tapi, syukur Alhamdulillah, masih mampu mengharungi perjalanan hari ini dengan jayanya. 


Ascending trail from campsite to Danau Segara Anak

Antara laluan kami... kena cross bridge

Laluan di lerang-lereng gunung

Subhanallah, laluan di sini sangat memukau pandangan mata

Alhamdulillah, sampai Danau Segara Anak campsite around 4pm. Basically, I did it within 4 hrs. Masa ni, aku & Kak Syu saja yang baru sampai. Yang lain masih dibelakang lagi. Masa kami sampai, tenda semua sudah siap dipasang. So, sampai terus choose mana satu sajalah nak masuk. Ohh, geng TSB pun dah sampai lagi awal. Katanya, dah sampai satu jam awal dari kami. Basically, they did it within 3 hrs. And sempat lagi tu, “stress” kan khemah dia orang yang mana satu. Hampeh betul, walaupun aku tahu memang they really mean it after what happened this morning. So, sebagai langkah berjaga-jaga aku telah amik khemah yang paling tengah, kiranya ada border in between. Tak nak sejarah berulang lagi dah, hehehe. 


Campsite kami di Danau Segara Anak

By the time, aku & Kak Syu plan nak bergerak ke area bawah Tasek, Wan, Ash & Cha dah bergerak nak ke Hot spring & yang paling tak boleh blah, siap pesan suruh kami datang lambat sikit. Eh, korang sapa nak kasi arahan. Walaupun masa tu, aku tak fikir lagi pun nak ke situ. Kalau nak pergi pun, maybe bersama-sama gadis semsa yang lain. Since geng kami yang lain tak sampai lagi, so, kami decide nak tunggu & pergi together-gather. Lagipun, tadi masa nak sampai campsite, aku terserempak dengan group 20 yang kebetulan juga nak ke Hot spring. So, aku bayangkan mesti ramai kalau pergi sekarang. Emmhhh.

Aku & Kak Syu sempat turun ke bawah merasai kesejukan Air tasik segara anak. Actually, tujuan kami memang nak amik wudhu. Ohh, otw kami nak ke tempat yang sesuai berwudhu tu, terserempak dengan a few cowok lombok yang sedang memancing. Risau juga masa tu tapi sebab berdua dengan Kak Syu, so, aku berani jugalah sebab tempat yang kami pergi tu agak jauh dari campsite kami. Sempat juga tu antara mereka bertegur sapa dengan kami masa tu.

Keesokkannya baru aku tahu, tempat kami berwudhu itulah lalaun kami menuju ke Plawangan-Senaru campsite.


View di petang hari

Fad, Adeq, Thirah, Kay & Cikgu sampai setengah jam kemudian. Eein yang paling last sampai. Alhamdulillah.

Kami bergerak ke Hot Spring dalam pukul 5 lebih bersama guide kami Anuar. Masa kami nak gerak tu, Geng TSB pun dah pulang mandi dari Hot spring.

Nak ke Hot spring bukan semudah yang disangka ya. Sebab kena trekking dalam 10-15min dari campsite. Aku teringat lagi pesan uncle before kami gerak ke Danau Segara Anak, “Nanti sampai sana jangan lupa mandi kat Hot Spring” & siap pesan suruh urut kaki masa berendam dalam air panas tu. Ok, noted Uncle. Katanya boleh betulkan balik urat-urat kita yang dah salah hari ni, hehehe. 


So, irresistable

Hot Spring @ Danau Segara Anak

Bersuka ria di Hot spring after working hard for today
Finally after 2 hari tak mandi, hehehe

By the time kami balik campsite, hari pun dah makin gelap. Dan kami pun dinner dalam gelap. Baru hari ni aku merasa rendang yang Uncle kirim dari KL suruh aku bawa skali. Rupanya, Uncle saja simpan untuk kami makan lepas turun dari puncak. Katanya, kalau nak panjat puncak, jangan makan pedas-pedas dulu. Lepas dah turun, takpe. Hahaha, faham. Sila noted ya Cik Fad.


Dinner kami malam tu

Takde aktiviti yang menarik pun lepas dinner malam tu. Yang pasti kami nak tidur awal & lama sikit memandangkan hari ni kami dah banyak pakai energy. So, time to get long rest before the next day journey.


To be continued...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...