Saturday, 30 May 2015
Danau segara anak, Rinjani
Tidur yang agak berkualiti jugalah malam tadi walaupun tak comfortable. Tapi aku hanya sedar pun sebab alarm clock nak solat suboh. Aku bangun dan terus ke khemah porter kami nak minta air amik wudhu. Memang tak lah pagi-pagi buta tu aku nak gerak ke tasek amik wudhu kan walaupun tak berapa nak jauh dari khemah kami tapi sebab masih gelap so better guna saja source yang ada dulu. Lepas solat suboh, aku terus start packing apa yang patut dulu and keluar balik khemah for breakfast sambil layan view Danau Segara Anak & sekitarnya. Sebab nanti confirm kalau dah bergambar akan ambik masa, so , better settle apa yang patut dulu.
|
Campsite kami yang terletak betul-betul mengadap Danau Segara Anak |
|
Puncak Rinjani seen from our campsite |
Kalau semalam kami sampai, cuaca agak mendung & berkabus tapi pagi ni, MasyAllah, rezeki kami nak menatap lukisan alam terindah di bumi Rinjani ini. Memang sangat cantik view kat Danau Segara Anak ni. Kalau semalam kami enjoy view Danau Segara Anak dari puncak Rinjani tapi hari ni kami enjoy view live dari Danau Segara Anak pulak. Amik lah gambar banyak mana pun tapi masih tak dapat menandingi pandangan mata sendiri. Perfect. Tak sia-sia kami spend one night kat Danau Segara Anak. Memang sesuatu ada di sini. Kalau tak memikirakan lah terikat dengan itinerary kami, mahu saja spend another night kat sini, hehehe.
|
Campsite kami di Danau Segara Anak |
|
Beautiful Morning @ Danau Segara Anak |
Breakfast kami pagi tu, dihidangkan agak special skit kali. Ada goreng pisang dengan roti bakar filled with Pineapple jem. Simple but still I love it. Terfikir juga masa tu, sempat juga buat roti bakar ya, hahaha. Kalau jem tu aku percayalah.
After breakfast, sambung balik amik gambo, hehehe.
|
Breakfast kami pagi tu... simple but best, masih terbayang kesedapan fried banana itu |
|
Breakfast sambil layan view yang ohsem Danau Segara Anak |
Sekilas Fakta
Segara Anak merupakan sebuah danau yang terletak di kaldera gunung Rinjani Desa Sembalun Lawang, Lombok. Segara (laut) anak bermaksud anak laut yang di yakini sebagai bahagian dari laut yang terpecah ke dalam sebuah pulau. Hal ini disebabkan warna air yang biru seperti laut.
Danau Segara Anak merupakan sisa dari struktur awal gunung berapi purba yang meletus pada abad ke-13 & diyakini sebagai letusan terbesar pada abad itu. Berbentuk bulan sabit, danau ini terletak pada ketinggian 2009m asl dengan keluasan 11.126 Ha & kedalaman 160m hingga 230m.(source)
|
Lukisan Alam yang Indah |
|
View yang ohsem ni lah yang aku nampak setiap kali kuar dari khemah |
Dari campsite kami juga, boleh kelihatan dengan jelasnya Gunung Baru Jari yang membawa maksud gunung baru jadi yang merupakan anak gunung rinjani. Berhampiran dengannya terdapat sumber air panas yang dipercayai mampu mengubati berbagai penyakit kulit. Wallahualam.
|
Gunung Barujari dari kejauhan yang masih lagi aktif |
|
The other side of Campsite |
|
Every angle of Danau Segara Anak was so beautiful |
|
The hidden side of Danau Segara Anak |
|
Perfect Reflection |
|
Wish I could stay here & enjoy every beautiful view here |
|
Awesome view |
|
Always the best hiking buddies... walaupun tak cukup korum |
|
Enjoy our last day at Danau Segara Anak |
Banyak aktiviti menarik yang
boleh dilakukan di danau ini. Selain daripada menikmati view yang indah
& berendam dalam hot spring, para pendaki yang kaki pancing
boleh juga cuba skill korang kat sini. So, bawalah siap-siap kelengkapan
pancing sendiri ya. Actually, kat danau segara ini memang terdapat
banyak jenis ikan tapi yang aku tahu ikan nila jelah sebab itu je pun
yang berjaya porter kami tangkap, hahaha. Buat santapan untuk lunch
kami.
|
Hasil tangkapan porter kami... Ikan Nila katanya |
|
Lunch kami pagi tu just after 2.5hrs breakfast |
Around 10am macam tu kami lunch pulak. Awal juga sebab masih tak hilang lagi rasa kenyang dah makan lagi tapi memandangkan kami akan pakai energy yang banyak untuk sampai ke senaru crater rim so, heavy meals agak penting. Tapi aku macam biasa lah memang tak boleh nak masuk sangat lagi lah dengan Ikan air tawar. So, aku cuma makan yang mana mampu jelah. Sekadar cukup syarat.
To be continued...
No comments:
Post a Comment