Pages

Wednesday, July 15, 2015

15 July @ 28 Ramadhan


Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi. 

Rasa sedih pulak nak meninggalkan Ramadhan. Rasanya baru merasa nikmat pesta beribadah. Cepat betul masa berlalu & sepantas pertambahan usia. 




Alhamdulillah, untuk tahun keduanya aku masih mengecapi nikmatnya bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan. Bulan kelahiranku. Dan setiap kali aku merungut kerana tak boleh puasa, setiap kali tu juga mak akan ingatkan kembali pengalaman mak tak puasa sebulan kerana terpaksa menanti kelahiran puterinya yang comel ni. Mak cerita dengan penuh gembira skali. Ya Allah tak terdetik lansung kekecewaan malah senyuman bangga yang ibu ukirkan. Dan setiap kali tu juga hati akan hiba tatkala memikirkan pengorbanan mak nak melahirkan kakcik.

Semoga diberi kesempatan untuk terus menikmati hidup, dapat balas jasa mak & ayah, & diberi peluang untuk terus beribadah sebagai khalifah dimuka bumi ini. In Syaa Allah

Sabda Rasulullah saw, “ Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadhan nescaya mereka pasti mengharapka biarlah Ramadhan itu sepanjang tahun”. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...