Pages

Tuesday, July 28, 2015

Rinjani Expedition Day 4: Plawangan-Senaru Campsite

Saturday, 30 May 2015 
Senaru, Rinjani, Lombok


Continue from previous post

Hari ni kami banyak masa nak berehat sebab kami sampai awal di Senaru campsite. Kalau nak compare dengan group lain, memang kami antara group yang paling last sampai. That's why sewaktu kami sampai, setiap sudut camspite di Senaru crater rim sudah pun meriah dengan hikers all over the world. World sangat lah sebab nampak mat salleh, hahaha. Ohh group 20 pax pun dah lama sampai. Siap nyanyi-nyanyi lagi untuk kami. Hahaha, jeleslah tu tadi tak dapat join buat video klip skali. Geng TSB katanya dah sampai pukul 1.30pm lagi, huish. Pantas & awal, hebat energy mereka ni. Aku teringat cakap Uncle Wahid masa trekking otw nak ke sini tadi, tak payah sampai awal sangat nanti panas di atas sebab campsite kami di atas crater rim sememangnya open space. Memang boleh imagine lah boleh rentung kalau sampai pukul 1 dengan cuaca yang panas terik. Alhamdulillah, masa kami sampai cuaca mendung menyambut kedatangan kami. Rezeki kami tak pelu merasai semua itu.

Memandangkan kami sampai agak awal, takde view yang menarik pun dapat dilihat ketika ini. Kabus agak tebal menyelubungi hampir keseluruhan Rinjani kaldera & danau segara anak. Pada masa ni yang kelihatan cuma deretan tenda disekitar Senaru crater rim. Barangkali petang sikit kot kami kena tunggu nak enjoy view dari sini. Katanya sunset dari sini sangat memukau. Cuaca kat sini pun unpredictable & ikut nasib juga. So, kalau dapat tengok sesetengah hikers yang manage to capture gambar lawo-lawo kat sini, memang rezeki mereka lah tu. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kan.


Beautiful Mount Rinjani & Danau Segara Anak seen from our camspite
(pic was taken the next day at 6am)

Beautiful Mount Agung could be seen from Senaru Campsite
Below the clouds are Gili Island

While waiting for our porters preparing the dinner, masa ni lah uncle Rashid tiba-tiba muncul. Kalau tengok macam baru buat lawatan kat campsite bawah group 20. Kalau ikutkan, hari ni uncle bawa group syamin & geng menawan puncak. Ya, memang betullah, lepas jer turun dari puncak uncle terus ke Senaru. Memang uncle dah janji yang dia akan jumpa kami di Senaru tapi tak sangka pulak uncle bersungguh & sepantas kilat dah sampai. Huish kagum aku dengan Uncle yang dah berusia setengah abad tu. Stamina beliau memang tak leh nak lawan lah. Aku tak pasti samada uncle lalu route danau nak menuju ke senaru or could be the other short way. Yang pasti dah sampai pun dengan happy nye. Alhamdulillah


Porter kami sedang busy memasak untuk makan malam

Kami dinner around 6pm macam tu. Hari belum gelap tapi kami dah dinner dulu. Hari ni special sikit, ada ayam goreng & sambal kentang. Yang pasti sayur campur berkuah harus ada. Makan kat atas puncak pun tapi presentation dia pun boleh tahan. Tersusun je lauk ke dalam pinggan kami. Kagum juga tengok kesungguhan porter kami ni melayan kami. Teringat lagi masa ni, ada keinginan nak minum tea lagi tapi bila mengenangkan air kami tak cukup, terpaksa aku lupakan hasrat nak enjoy hot tea while waiting for the sunset. Padahal porter dah offer suruh amik dalam kettle. Haaa, tak sampai hati.


Dinner kami yang special

Senja hari ke-4, kami dihidangkan dengan view sunset yang indah dari Senaru campsite. Rezeki kami nak menyaksikan kebesaran Allah swt. Rasa tak puas jer. Malamnya, takde aktiviti yang menarik pun, so, kami bebas lah nak buat apa pun, hahaha. And since today is our last night, and Pak Wahid pun dah pesan suruh enjoy malam ni jangan tido, so, kami pun gunalah masa & peluang yang ada menghiburkan hati masing-masing. Aku pasti apa yang kami buat memang boleh dengar sampai camspite group 20pax & yang sewaktu dengan nya tapi apa barang kan tido awal. Nasib baik kami buat concert dalam tenda sebab masih fikir tak nak ganggu hikers yang lain disekitar Senaru camspite. Malam masih muda & esok kita nak balik dah. So, make use lah masa yang ada. Luckily hiburan kami mendapat perhatian porters kami, siap hantar popcorn 2 kali round & hot tea, hahaha. Aku pun tak pasti samada mereka have fun or memang tak sanggup nak dengar tapi yang pasti mereka suruh nyanyi lagi setiap kali datang, hahaha. Uncle Rashid pun siap datang tengok apa yang kami buat tapi yang best Uncle siap cakap sila proceed, hahaha. Adoi. Ingat datang nak kasi amaran suruh diam ke apa kan tapi dapat green light plak. Uncle memang best & memahami kami.

Kalau tunggu sampai tengah malam memang sangat cantik view malam kat sini dengan jutaan bintang di angkasa. Bila lah dapat nak capture milky way ni. Maybe I shud do something on my next trip. Oh ya kalau bangun awal pagi sekitar pukul 2-5am, boleh tengok trail of light on the way menuju puncak Rinjani. Indeed, memang boleh nampak dari sini tapi pagi tu aku bangun around 4am takde lah banyak sangat kelihatan, maybe not so many hikers for today session.


Matahari makin melabuhkan sinarnya

Subhanallah carpet awan yang terbentang luas dapat kami saksikan daripada puncak campsite

To be continued...


1 comment:

  1. Makan utk Dinner tu kan....
    macam duk kat 5star hotel...
    meriah sungguh lauk pauk nye...

    cantek2 sgt pemandangan kat sana..... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...