7 Jan 2013, Monday
Surabaya - Lumpur Lapindo – Probolinggo - Bondowoso - Ijen
Continue from previous
post.
Selepas habis saja melawat makam Sunan Ampel, kami pun meneruskan our main agenda for today to Ijen. Jarak perjalanan daripada destinasi terakhir kami di Surabaya ke Kawah Ijen roughly 260KM jauhnye dan mengambil masa lebih kurang 8 jam based on google map calculation. Dan hanye melalui satu tol berbayar sahaja. Kalau nak dibanding kan dengan Jalan di Malaysia, jarak sedemikian maybe boleh dilakukan dalam masa 3 jam atau kurang bergantung kepada kelajuan. Tapi ni bukan Malaysia ya, takde highway and mostly perjalanan kami melalui kawasan luar bandar, perkampungan & agak terpencil. Dan jalan raya pun tak berapa nak proper. So, speed is limited OK. From time to time, aku tengok pun, our driver Bambang try to maintian his best speed less than 90KM/H... itupun aku dah rasa agak laju.
|
Almost 8 hours to reach Catimor Homestay at Banyuwangi |
On the way to Probolinggo, perjalanan memang agak memukau. Melalui kawasan sawah padi & pergunungan yang sungguh indah skali view nye. Dalam duk sibuk-sibuk kami mengambil gambar tu, aku minta Ismail stop kat tempat yang best skit so that kita orang boleh snap angle yang cun sikit. OK, fine... tapi tiba-tiba dalam nada excited Boboi cakap... kawasan ni macam yang aku ade baca dalam blog backpackers busuk tu... Lumpur Lapindo. Since, Lumpur Lapindo ni takde dalam itinerary kami, so, kami pun minta kebenaran Ismail our guide untuk berhenti sebentar. Ternyata, kat sini jugalah angle yang cantik nak amek gambo pergunungan yang kami sibuk-sibuk nak snap dalam van tadi... itu pun sebab kat atas kawasan tinggi. Dah on the way pun kan, so, tak salah pun nak berhenti.
Kami pun singgah sebentar at lumpur lapindo for about 30 minutes after dapat green light from our guide. Entrancee fee is IDR10K (RM3) per person. Sampai-sampai je, kami didatangi sekumpulan manusia (mangsa tragedi lumpur barangkali)... mereka bercerita sambil menyara hidup dengan menjual vcd tragedi yang berlaku 6 tahun yang sudah. Satu vcd harga nye tak salah aku IDR25K (RM8) yang di offer kat aku lah. Tapi, aku tak beli pun. Kesian pun ade juga bila dengar cerita mangsa-mangsa yang tidak bersalah ni.
|
View once you enter the Lumpur Lapindo area... tak dapat bayangkan apa yang terjadi kalau takde tembok batu itu si situ |
Daripada pembacaan aku, banyak sumber yang mengatakan tragedi yang berlaku pada 29 Mei 2006 ini berpunca akibat kesilapan procedure operasi drilling PT Lapindo Brantas di kawasan berdekatan. Geologist luar negara juga telah membuktikan tragedi lumpur lapindo ini disebabkan kesilapan aktiviti carigali PT Lapindo dan bukan nye sebabkan oleh kejadian gempa bumi berdekatan (275km) yang berlaku pada hari kejadian yang sama.
Sehingga kini, bencana banjir lumpur panas atau lebih dikenali lumpur lapindo di Porong, Sidoarjo, Jawa Timur ini masih belum dapat diatasi dan hingga kini luas daerah yang tenggelam terus bertambah. Walaupun sudah ada usaha pembinaan tembok, namun, lumpur lapindo menyembur jauh lebih banyak dan tinggi dari tembok yang dibina. Berbagai usaha penutupan lubang semburan pun kebanyakkan nye berakhir dengan sia-sia sebab sumber semburan semakin bertambah banyak. Dan akibat kecuaian & kelalain manusia jugalah, ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal mereka. Dan sehingga kini juga, berdasarkan cerita mangsa yang terlibat, masih ada masalah yang lebih besar yang belum dapat diselesaikan…. pembayaran ganti rugi di sejumlah kawasan yang terlibat.
Tapi masa kami sampai, tembok yang dibina masih lagi kukuh kelihatan… Alhamdulillah. Untuk cerita lebih lanjut sila baca disini for
English &
Indonesia.
|
The Entrance to Lumpur Lapindo thru a railway track |
|
Tangga ni akan membawa anda ke sebuah perkampungan yang kini hanya tinggal padang berlumpur |
|
Alhamdulillah, masa kami sampai tembok ni masih kuat & kukuh |
|
Siapa sangka dahulunye sini adelah sebuah perkampungan...
Tapi Inilah keadaan nye akibat kecuaian & kerakusan manusia |
|
Lumpur Lapindo from top...
Arrow pointing the safe area dimana kami berada ketika ini (source: here) |
|
|
Sebelum tenggelam sepenuh nye (source: wikipedia) |
|
Arrow pointing showing that the center of the lapindo's mud from far |
|
Zoom in skit... The center of the mud
Still active until today (source: here) |
We were told the the mud was 10m deep inside. So, never step into the mud or else kamu tidak bisa timbul lagi.
|
Almost 10m depth |
Actually, we were offered to see the crater (center of the mud) from close at the cost of
RP25K (RM8) per bike. Interested plus teruja juga, yelah bukan selalu
dapat pergi tempat macam ni kan, sesuatu yang agak luar biasa juga.
Lepas ni tak tahulah dapat pergi lagi ke tak. Tapi, memandangkan kami
kesuntukan masa, so, terpaklah aku lupakan hajat nak naik motor ke situ
yang hanya memakan masa 5 minit sahaja dari tempat kami berdiri.
Remember, you still have a long journey to go.
|
Safe area limit to capture our photo |
|
They're waiting for the visitors to come |
|
Survive by selling the VCDs |
|
Inilah perkampung Lapindo yang terkini... mengharapkan sumbangan ikhsan gomen yang tak seberapa |
|
Gunung Penanggungan can be seen clearly from top lumpur lapindo safe
area. Left of penanggungan was gunung arjuno. We were told that this
mountain Is very popular among hikers during new year. Why? Must be
something special they could see from top of it during that day. |
After a short visit at Lumpur Lapindo, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Probolinggo. I was told by Ismail that, he will not continue with our trip cause someone will take over.
|
Setelah diberi warning... langkah awal adalah sangat penting, check apa yang patut |
Dalam pukul 3 petang macam tu kami berhenti untuk lunch & solat dekat Restoran makan on the way to Probolinngo. Kali ni menu lalapan menjadi pilihan aku. Boleh tahan walaupun ayam dia sedikit kecik... teringat kesedapan
lalapan muara kat Miri... use to be my favourite eatery place when I was seconded there for three months by my previous company. KLMJ... hehehe. Terlupa pulak nak capture the lalapan dish.
After lunch, we proceed our journey again.
|
Almost 6 hours to reach Ijen from Probolinggo
(Credit to Fad Gojes's Iphone) |
Around 4.00pm, we arrived at probolinggo, we dropped Ismail and replace with agus. Agus is going to be our next guide for trip to Ijen & Bromo. His a javanese & originally from Bromo. Very friendly and banyak sekali ngomong nye and something good about him... very informative. Macam- macam benda dia nak citer, ade jer nak cakap. Penat juga lah melayan sampai masuk bab-bah keagamaan juga cerita kami. Emhhh... banyak sungguh persoalannye. Guide sebelum ni pendiam sangat, suara pon, alahai... mahal sungguh. Jauh skali beza nye. After 3rd day ni lah baru nk rase guide yg best. Our driver, mas bambang pun sudah mula banyak cakap. Buku sudah bertemu ruas barangkali. Trip kami pun jadi lebih menarik sebab dihidangkan lagu-lagu hit dari pelbagai bahasa sebabnye baru tahu van kami boleh cucuk thumbdrive.
Apa yang aku perasan, mostly orang Islam disini hanye pada nama saja tapi tidak pada amalan nye. Aku tidaklah mempertikaikan ibadat orang sebab aku pun tidaklah sempurna mana tapi ini cukup mengajar aku untuk lebih mendalami agama aku sendiri. Tidak menjadi alasan untuk meninggalkan solat walau dalam keadaan apa pun jua... sebab dalam Al-Quran sendiri telah termaktub segalanye. Emmhhh... alangkah baik nye kalau dapat mengajak orang sama-sama melakukan kebaikan. Reminder to myself too... still improving myself.
|
Perjalanan menghala ke Bondowoso |
|
Perjalanan melalui sawah padi yang terbentang luas di kiri & kanan jalan |
|
Kelihatan Gunung Bromo dari Probolinggo |
On the way to Bondowoso, kami singgah makan di warong tepi jalan recommended by our guide, Agus. Katanye tempat ini sedap dan berbaloi. Kami follow jer.
|
Warong tepi jalan jer... recommended by our guide, Agus |
|
Aneka menu yang ade tapi aku tak habis pun makan disini sebab tiba-tiba kegatalan melanda |
Honestly, aku tak lapor sangat pun masa tutapi memandangkan orang lain pun order makanan aku pun order jugalah. Tanye Kay order apa, aku pun follow jelah. Sebab nama sesetengah hidangan tu agak asing bagi aku. Macam nasi Rawon ni, katanye macam Nasi Ambang tapi tak macam pon. Ternyata... tak habis pun aku makan. Rasa ok lah tapi macam tak boleh lah nak habiskan. Lagi-lagi lepas lengan aku habis gatal-gatal secara tiba-tiba. Memang kulit aku agak sensitif tapi hanye pada udang sahaja itupun selepas tempoh 72jam. Tapi ni macam dah melampau sangat naik bengkak dikiri kanan tangan aku. Nak kata nyamuk... orang lain takde pulak. Rupanye same thing happened to Nadiah. Tapi kembali normal sejam selepas aku sapu minyak kapak.
Aku memang agak memilih skit tempat makan & makanan yang nak dimakan ni. Tapi, ada benarnye kata pepatah, lain orang lain tekak nye yea. Sebab, aku tengok yang lain macam selera jer expecially Kay... sedap sangat barangkali.
|
Nasi Rawon... aku cuma makan half of it jer... tak brape nak masuk tekak |
|
Teh Botol juga ada |
After having dinner, kami jalan-jalan sebentar di sekitar area berdekatan before proceed to Ijen. Tujuannye nak mencari kain batik jawa. Ternyata memang tak brape nak famous jenis kain batik yang kami cari disini. Kalau yang ade pun semua yang jenis mahal-mahal belaka.
Lepas tak jumpa apa yang dicari kami pun sambung perjalanan semula ke Ijen. Another 2 hours to reach Catimor Homestay at Ijen.
To be continued...