Pages

Saturday, June 25, 2016

Misi Semeru 2016: Puncak Mahameru

Mahameru, Indonesia
Monday, 30 May 2016


Set alarm clock at 11pm tapi bangun 20mins kemudian, hahaha. Pandai aunty set masa untuk kami, mesti dia dah tahu pukul 11pm belum tentu kami bangun. Apa lagi yang best selain tidur yang lena di saat dingin malam macam ni. Tiba-tiba kena bangun pulak. Aku rasa macam baru je nak lelapkan mata, tak sempat nak mimpi yang indah... dah kena bangun. Belum sempat nak menikmati malam yang tenang di Kalimati, suddenly alarm clock Iphone melenyapkan segala impian. Tapi impian menawan puncak Mahameru menyedarkan aku dari lamunan. Eh, lupa pulak yang aku ada misi yang lebih penting pagi buta ni.

Bangun-bangun terus buat apa yang patut. Kami tak perlu bersiap sangat sebab malam tadi tidur memang dah prepare siap-siap dengan kelengkapan nak hike pagi ni.


Misi Mahameru

Summit attack preparation
  • Windbreaker / Waterproof Jacket or down jacket atau yang sewaktu dengan nya 
  • Heat Tech / Fleece / Thermal wear / Long John (kalau tahan sejuk tak perlu pun takpe) 
  • T-shirt 
  • Gloves 
  • Buff (useful sebab trek yang agak berpasir & berhabuk) 
  • Head lamp – yang ni kalau boleh bawa extra battery sebab nak pakai lama & make sure juga kualiti & kondisi ok before nak guna. 
  • Gaiter (elak pasir masuk kasut for low cut shoes) 
  • Safety Goggle (Protect mata sebab trek yang agak berpasir & berhabuk) 
  • Sunglass 
  • Energy Food (Chocolate, Energy Bar, Honey, Power gel etc.) – katanya Power Gel ni sangat membantu nak boost energy masa summit attack. Based on true story by Thirah, Eein, Fad & Cikgu. Tapi since aku tak guna, tak boleh nak kasi review. Maybe I should try next time. 
  • Air yang cukup 
  • Personal Medicine (bawalah ubat-ubatan yang perlu Panadol actifast, ORS, Pain killer, minyak angin atau yang sewaktu dengannya) 
  • Hiking Stick 
  • Raincoat/Poncho
  • Small Daypack 
  • Snowcap & Mafla – kalau nak lebih gaya & Keunggulan, hehehe... optional je ni

Supper pagi tu kami dihidangkan dengan sup ayam & nasi. Suddenly, rasa tak boleh masuk. Sempat masuk dua sudu, tekak dah rasa lain macam. So, hirup sup satu mangkuk kecik je. Aku bayangkan dapat Indomee macam kat Rinjani dulu, hahaha. Sebab aku tak makan banyak, so, aku bawa roti & chocolate extra. Takut nanti pancit pulak tak cukup energy.

Sepatutnya, plan awal bertolak pukul 12.00am tapi entah mana silapnya, pukul 12tgh malam tu lah baru nak supper, hahaha. Last-last. Pukul 12.40am juga baru mula pendakian. Standard lah tu kan. Actually, kalau dah set pukul 11pm bangun tu maknanya, 1 hour saja untuk preparation sebelum summit attack.

Sebelum mula pendakian pagi tu, kami diberi arahan untuk bergerak dalam group. So, aunty susun kami, ladies jalan dulu followed by lelaki semasa. While yang agak slow, akan follow dari belakang. Kami ada 5 guides lead by Muhe. Kali ni, Fad & Eein sahaja yang amik personal guide. Fad saja guided by laki bini, Muhe & Puteri. Basically, Muhe & Puteri act as a sweeper for the last person dalam group kami. Sementara, Eein ditemani Mas Jumaat. Aku & yang lain ditemani 2 guides, yang merupakan porter dalam group kami juga. Actually sebelum trip kami, aku request additional personal guide juga sebab ada yang nak tapi aunty tak kasi ramai-ramai sebab dia cakap, lelaki kan ramai, nanti biar dia orang saja jaga korang, hahaha. I wish Aunty. Beria-ia Aunty yakinkan aku, InsyAllah, awak boleh buat tanpa personal guide. So, atas keyakinan Aunty tu, aku request untuk yang perlu sahaja. Memandangkan dalam grup kami cuma 2 orang saja aku rasa agak kritikal, so, aku decided, biarlah Fad & Eein sahaja. 

Selepas bacaan doa, perjalanan pun bermula sekitar 12.40am. Seram sejuk je rasa. Alhamdulillah, debaran dah makin berkurang. Kami mula bergerak menuju Arcopodo dari Kalimati Campsite thru hutan pine. Perjalanan dari Kalimati Campsite to Arcopodo kurang lebih 1.2km about 1 hour trekking. Trek menuju Arcopodo boleh tahan steep juga and at certain trek tu kami diberi arahan untuk berjaga-jaga di kiri & kanan, sebab ada gaung yang agak dalam. Silap langkah, boleh tergolek ke bawah. Kami sampai di Arcopodo, less than 1 hour. Rest sekejap while waiting for others. Actually, Arcopodo ni pun salah satu campsite before summit attack menuju Mahameru. Tapi space for campsite di sini agak limited.

Aku ingat lagi masa rehat di Arcopodo, Eein ada cakap kat aku dia tak boleh buat sebab dah penat sangat. Tapi aku suruh dia proceed juga buat sampai mana yang dia mampu. Muka dia memang dah nampak penat sangat masa ni. Nasib baik dengar cakap & Eein teruskan lepas dah pekena Actifast. Dan untuk trip kali ni aku rasa Panadol Actifast aku paling laku. Belum real summit attack lagi tapi dah tewas semuanya oleh GSH di Arcopodo. Alhamdulillah, nasib baik aku mampu ok sampai atas tanpa bantuan dadah.

Kami rest lagi di hutan Pine before sampai trek yang berpasir menuju Mahameru. Kali ni agak lama. Eein & Fad, sudah tak bersama kami lagi masa ni.

Perjalanan diteruskan menuju trek berpasir, the real summit attack to Mahameru. Half way to Puncak Mahameru, tak ada pokok dah, hanya trek berpasir sahaja. Exactly macam trek di Rinjani. So, kalau dah pernah panjat Rinjani, boleh imagine lah trek Semeru macam mana. Cuma, kalau Rinjani, trek lebih panjang & slope menuju puncak lebih kurang 45deg tapi kalau di Semeru, trek lebih pendek & steep (slope about 70deg) menuju puncak. So, boleh imagine lah mana yang lagi sengsara. From Arcopodo to puncak Mahameru, Jauh perjalanan dianggarkan, 1.2km.


Trek pagi tadi menuju puncak
(More pics on next post)


Kami diberi tips yang agak berguna oleh Uncle Rashid for summit attack. The same method juga yang digunakan oleh guide kami sewaktu trek menuju summit started from the last pine tree. Actually aku pernah share tip ni dalam entry 2 bulan yang lepas, after briefing session by Karat Adventure. Dan aku rasa tips yang diberi Uncle memang sangat-sangat membantu expecially nak hike the last stage to puncak Mahameru. Dan disebabkan tips zig zag step itu, kami mampu bergerak dengan lebih pantas & mudah. Kami 9 orang dihadapan, bergerak bersama-sama & sentiasa dalam group. Dan beberapa kali juga kami stop & rehat. Actually, kami adalah antara group yang terawal juga yang mula mendaki sehinggalah kami dipintas oleh satu group dari Indonesia. 

Kalau korang pernah tengok cerita Indonesia 5cm, mesti notice ada satu adegan cemas, batu-batuan jatuh dari atas sewaktu Zafran, Genta, Arial, Ian, Riani & Dinda sedang menuju puncak. Lebih scary bila ada batu yang besar gila jatuh dan terkena Ian. Huh, seram jer bila fikir nak panjat puncak Mahameru. Terlintas juga difikiran masa tu, dasyat juga nak panjat Semeru ni. Tipulah aku cakap, aku tak fikir semua tu masa panjat Mahameru. Memang ada je terfikir sekali dua tu lebih-lebih lagi bila dah nampak batu-batu besar macam dalam cerita 5cm tu jatuh, huh, berdebar juga. Hanya berdoa sajalah semoga semuanya selamat. Realiti, memang ada pun batu-batu besar sepanjang trek menuju puncak Mahameru. Dari kecik sampailah yang sebesar-besar alam. Luckily masa kami naik, hanya batu-batu yang kecik saja yang kadang-kadang jatuh sekali sekala tu. Sebab tu kalau orang yang jalan terlebih dahulu (ahead of others), advisable sangat, “PLEASE THINK PEOPLE BEHIND YOU”. Jangan simply langgar semua batu kat atas tu sebab tak semua batu kukuh & bertahan kat atas tu. Fikir orang yang kat belakang yang tengah nak naik tu.

Nak stressss sangat sebab dah kasi peringatan pun but still ada yang ignore benda macam ni. Sebab happened in group kami. Ada 2 mat salleh yang kebetulan naik sekali dengan kami tapi mereka ni memang laju gila. Tak pakai pun method zig zag step yang macam kami buat, siap berlari tu dengan segala batu dia langgar kat atas. So, yang jadi mangsa kami yang kat belakang ni lah, Group aku. Huh, geram pulak rasa. Aku tak berapa perasan siapa tapi yang lain cakap mat salleh yang kami jumpa on the way nak ke Ranu Kumbolo tu. Emmhhh. Dan sebab geram sangat, batu makin banyak yang jatuh & guide kami sound pun tak jalan, aku pun menjerit dari bawah. Huish, macam mana pulak boleh ada kekuatan nak sound masa tu. Dia orang notice & siap pandang belakang tapi buat lagi. Aku menjerit lagi. Masa ni tak fikir dah apa budak laki fikir sebab aku rasa demi keselamatan kami, I should warn them. Ok masa ni, dah kurang maybe dia dengar kami bising-bising kat bawah. Walaupun bukan batu besar yang jatuh ke bawah, hanya yang kecik-kecik saja tapi still bahaya kot.


Rehat sambil menikmati indahnya malam dari trek menuju puncak Mahameru

Kami berhenti beberapa kali juga sebelum sampai summit, rest sambil enjoy view dari atas trek menuju puncak. Subhanallah memang cantik. Bintang-bintang di langit. Awesome. Ohh, dulu masa naik Rinjani sempat juga tidur 2X before sampai puncak tapi kali ni di Semeru, tak sempat lansung. Rehat kejap, amik gambar, borak-borak, lepas tu sambung balik mendaki.

Honestly, aku rasa Rinjani lagi susah dari Semeru walaupun ramai yang fikir Semeru much tougher than Rinjani. Mungkin depend on individual juga. Sebab most of team aku yang sama-sama ke Rinjani tahun lepas pun cakap Semeru lagi susah.

Setengah jam lagi nak sampai puncak, kami dah mula ketinggalan jauh antara satu sama lain. Aku, Thirah, Ash, Supa, Bul & Aizat masih bersama follow antara satu sama yang lain cuma jarak yang memisahkan kami. Semakin menghampiri puncak semakin tak kelihatan dah yang lain. Cikgu Nisah masih dibelakang setia menemani Wan barangkali yang suddenly agak kritikal. First time dengar Wan dah hampir give-up. Siap suruh kami naik dulu & tak heran pun sunrise ke apa. Nir, Eein & Fad masih dibelakang. Since, last stop kami di hutan Pine pagi tadi. Tak jumpa dah lepas tu. Lagi beberapa minit nak sampai puncak, guide kami offer nak tarik aku bila nampak aku dah semakin slow. Masa tu, rasa energy kembali semula. Aku ingat, aku yang sampai dulu. Tahu-tahu Ash dah berdiri tegak kat atas masa aku sampai. Bila pulak dia pintas aku. Hidup-hidup aku ingat dia teman Thirah kat belakang. Aku laju saja bila fikirkan mereka berdua dibelakang. Mungkin yang aku nampak tu orang lain, emmhhh.


First explosion at 5.28am
Kat belakang tu Letusan Wedus Gembel from Jonggring Saloko crate. The explosion said to be happened every 15-30mins. Although, the crater can be reached from Mahameru peak but hikers are advised not to approach this crater as it may produced poisonous gases at any time without warning

Bersyukur sangat saat dah berada di Puncak Mahameru. Sampai puncak at 5.14am, about 4.5hrs. Masa aku sampai, cuma ada Ash & beberapa orang pendaki Indonesia yang ada diatas. Luas gila kat atas puncak Mahameru ni. Boleh berlari-lari. While waiting for others, solat dulu dibalik bendera Indonesia. Rasa tenang sangat & bahagia masa ni. Dan paling puas hati sebab impian 2 tahun lepas, terlaksana sudah setelah bermacam-macam dugaan yang kami lalui sebelum boleh sampai ke sini.

Yang lain tiba di puncak tak lama selepas aku sampai. Eein & Nir sampai 1.5hrs kemudian.

Panjang pulak grandmother story aku ni, jom kita enjoy photos taken while I was on top of Java Island Highest peak.


Subhanallah sempat sampai tengok sunrise

Masih awal lagi & belum cerah sepenuhnya tapi view memang Subhanallah

Alhamdulillah, berjaya

Carpet Awan

Sunrise on top of Mahameru

Enjoy the view on top of Mahameru

Arjuno Welirang seen from Mahameru's peak. Suppose to be our plan B if Semeru still closed for hiking

Jumpa Geng dari Malaysia (ini lah member Cik bai rupanya)

Group Photo tapi masih tak cukup korum lagi masa ni

Bertiga

Berlima

Walaupun jauh beribu batu, kalian tetap diingatan

Masa tulis ni dah menangis macam apa ntah... tapi yang pasti aku macam tak boleh imagine "kesengsaraan" yang Fad alami masa tulis surat wasiat ni. Tahu-tahu Fad buat kejutan, congrats babe (aku post kat sini sebab ko dah curi baca dalam hp aku, cheh, anyway, we really meant it)

Mula-mula tu kami fikir Fad takkan naik dah bila tanye setiap orang yang sampai jer, seolah-olah memberi harapan yang Fad masih jauh dibelakang. Tapi kami masih tunggu, sehinggalah ada sorang brother from Malaysia yang memberi harapan kepada kami yang Fad tak jauh dah... sebab kebetulan dia pun agak lambat & sempat saing dengan Fad. Happy sangat masa tu & Kami gadis semasa decide stay & tunggu Fad, sementara, geng budak lelaki turun dulu. Finally, dalam 8.30am macam tu, Alhamdulillah, Fad sampai bersama Muhe & Puteri. Tabah sungguh guide 2 orang ni bawa Fad. Tak pasal-pasal kami buat drama airmata kat atas puncak Mahameru. Arrghhh, miss that moment.


Orang kata penantian itu satu penyeksaan tapi nilai penantian itu akan lebih bahagia jika mampu memberi harapan

Dan disebabkan menanti Fad, waktu aku kat puncak je 4.5jam. Lama sungguh. Terkejut Mas Muhe dengar aku boleh stay lama kat atas tu. Apa taknya, dengan sejuk nya lagi. Kalau ikutkan kami tak dibenarkan stay lama di atas puncak sebab kawah Jonggring Saloko akan mengeluarkan gas beracun. Dan normally katanya selepas pukul 10am sudah dikira agak bahaya. Risau juga masa tu bila fikirkan tapi kami berdoa saja berharap fad sempat sampai lagi dan kami sempat turun sebelum pukul 10. Alhamdulillah, doa kami termakbul & fad berjaya. Congrats gojes. Waktu Fad sampai tu, tak nampak dah view kat atas. Letupan Wedus Gembel pun tak kelihatan sudah. Hampir keseluruhan view di atas puncak Mahameru dihalang oleh kabus yang tebal. Sesekali tu, boleh rasa ada hujan debu yang dibawa dari kawah Jonggring Saloko. 


Finally, 6 of us
 
Kami saja yang masih berada di Puncak Mahameru
Thanks everyone kerana masih setia bersama kami


Kami turun dari puncak Mahameru at 9.30am. The last group yang turun dari puncak Mahameru. Biar lambat tapi pasti. Yeahh, kami semua berjaya menjejakan kaki di Puncak tertinggi Jawa. Alhamdulillah, segalanya indah di puncak Mahameru pagi ni.


To be continued...
 

2 comments:

  1. sedih pulak aku baca entry ko kali ni

    ReplyDelete
  2. Tapi masa hari korang kat puncak tu tak ramai ye pendaki lain? tak jem mcm kat rinjani.

    Thanks korang! semoga kami yg lain jugak akan sampai nanti insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...