Pages

Tuesday, July 19, 2016

Misi Semeru 2016: Puncak Mahameru Part 2

Puncak Mahameru, Indonesia
Monday, 30 May 2016


Continue from previous Misi Semeru 2016: Puncak Mahameru

Nak habiskan cerita dalam entry yang lepas tapi macam banyak pulak gambar nak share. Actually, masa panjat pagi tadi memang tak nampak lansung trek nak sampai ke Puncak. Hanya bergantung sepenuhnya kepada head lamp & guide kami nak nampak jalan yang betul. Tak boleh imagine kalau naik siang hari nak sampai ke Puncak Mahameru, mahu tak sampai kot, hahaha. So, memang advantage naik pagi-pagi buta tu, tak nampak trek, tak nampak belakang… jalan saja, tahu-tahu dah sampai puncak, yeahhh. Tapi kalau panjat gunung nak kejar sunrise memang kena start seawal pagi lah, so that, by the time sampai puncak dah suboh.

Trek nak turun Semeru ni tak se"azab" nak naik pagi tadi. Reason yang sama juga macam panjat & turun Rinjani. Trek berpasir kan. Nak naik is like never ending story tapi bila nak turun sepantas yang kau mampu. Itulah reality nya kalau panjat gunung berapi. Tapi tak semua orang berani nak turun laju-laju macam yang sesetengah orang berani buat. Lagilah kalau jenis yang gayat. Haa, dan disebabkan excited sangat turun, gaiter pun jadi huru-hara sebab tak mampu nak menahan pasir yang banyak & dalam. 


Kalau dah menghampiri puncak akan nampak batu-batu besar gedabak macam ni

Trek agak berkabus sewaktu kami mula turun

Pulang ke pangkuan jalan

Trek menuju Mahameru

Nak turun pun penat juga, so, berhenti amik nafas dulu

Route ke Puncak Mahameru

Tapi dalam excited nak turun tu, jangan lupa yang trek nak turun tu ada kekeliruan sikit kalau sesiapa yang tak pernah panjat. Lagilah dalam cuaca yang agak mendung & berkabus, memang boleh salah route kalau tak biasa or for first timer macam geng aku. That’s why, banyak kejadian hikers yang hilang & sesat sewaktu turun dari puncak Mahameru. Dan mostly yang hilang ni kerap kali dikaitkan dengan “Blank 75”. Kejadian yang menimpa dua pendaki yang sesat tempoh hari sebelum kami masuk ke Semeru juga dikaitkan dengan Blank 75. Kegagalan trip kami ke Semeru 2 tahun lepas pun dikaitkan dengan Blank 75. Dan ternyata, kesemua kecelakaan disebabkan follow route "Blank 75". Aku pun tak sure kenapa route ni digelar sedemikian rupa. 


Blank 75 (source)
 
Anyway got below information from one of Indonesia website...

Blank 75 adalah nama dari sebuah jurang sedalam 75 meter yang terletak di sebelah timur laut dari puncak Mahameru ,diluar jalur di sebelah kanan Arcopodo / Kelik ( dari arah puncak ) dan secara administratif TNBTS letaknya di blok Tawon Songo, dusun Pasrujambe, Kabupaten Lumajang. Gambaran medannya adalah lereng berpasir yang jalurnya putus (blank) karena dipisahkan oleh jurang yang dalamnya sekitar 275 – 100 m. (source)

Malas nak convert BM, hahahah.


Subhanallah

Tapi kami memang telah diberi amaran awal-awal oleh guide untuk sentiasa stay in group and with our guide. And I always keep that in mind. To be honest, aku pun dah tersasar juga ke route lain masa nak turun tu. But luckily, personal guide Eein sempat kejarin aku dari terus terlajak. Actually guide yang patut aku follow dah jauh kehadapan bersama Cikgu & Thirah, so, nak kejar memang dah tak terjangkau sebab kabus yang agak tebal. So, nak tak nak terpaksalah slow kan pace sikit jalan dengan Nir, Eein & personal guide dia. Dan sebab aku tak biasa jalan slow sangat tu yang dah terlajak masuk ke route mana entah, sebab terlajak pace. Tapi yang pasti aku takde lah jalan menonong pun sebab aku pasti aku follow tanda yang ada diletak di pokok pine on the way nak turun. So, bukan salah aku, hehehe. 


Approaching Pine Tree forest

The last tree

Tak nampak dah hala tuju

Trek balik thru Arcopodo

Hutan pine

Trek Hutan Pine

Trek Hutan Pine

Trek yang kami lalu pagi tadi nak ke summit

Antara laluan kami ke Arcopodo pagi tadi

Trek thru Arcopodo

Edelweiss

Pokok-pokok ni tanda kami semakin menghampiri campsite

Aku, Eein & Nir sampai di Kalimati Campsite dalam pukul 12 lebih. Fad menyusul 20min kemudian. Thirah & Cikgu dah lama juga sampai sebab mereka berdua bergerak dulu masa nak turun. Aku macam biasa malas nak rush sebab nak jalan-jalan sambil enjoy the view. Dah lambat sangat sebenarnya tapi apa boleh buat kami kenalah tunggu tunggu the last person in our group. Sampai-sampai je, the first thing aku buat berkemas sebab kami kena bergerak ke Ranu Kumbolo hari ni juga. Ya, kami akan bermalam di Ranu Kumbolo malam ini. Memang tak sempat lansung nak berehat sebab kami dah turun lambat. Kesian pulak kat Fad yang agak kritikal masa tu.

Tak habis kemas pun lagi tapi kena panggil lunch pulak dulu. Aku tak ingat yang aku sempat breakfast after turun dari puncak tapi tahu-tahu terus lunch. Lunch kami agak special juga... daging salai masak lemak cili api, Ikan masin, sayur kubis & air teh. Memang best tapi sebab penat tak hilang lagi, so, keseronokan makan tu tak seberapa. Lepas lunch, sambung pack barang balik, dalam pukul 2.30ptg kami mula bergerak menuju Ranu Kumbolo. 

Hujan masih turun sewatu kami mula bergerak menuju Ranu Kumbolo. Target nak sampai Ranu Kumbolo before 5pm. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Kalimati. Tak puas rasanya.


The same route yang kami follow nak ke Kalimati semalam

Dah macam hutan mistik

On the way nak ke Ranu Kumbolo saja, akan jumpa ramai hikers yang nak menuju ke Kalimati

Oro-Oro Ombo

Kami sampai di Ranu Kumbolo dalam pukul 5 lebih juga. Hari pun dah makin nak gelap.

Alhamdulillah, walaupun lambat syukur sangat misi kami nak menawan puncak Mahameru terlaksana. Yang pasti boleh lena diulit mimpi indah malam ni di Ranu Kumbolo. Indah lah sangat kan, padahal penat tak sedar diri, hehehe.


Dinner kami dalam gelap malam tu di Cafe Ranu Kumbolo


To be continued...


1 comment:

  1. hye kak,, boleh dapat kan no contact akak? or whatsapp saya 013-6020192 shima

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...