Pages

Thursday, June 16, 2016

Misi Semeru 2016: Ranu Kumbolo to Kalimati

Jalur Semeru, Lumajang, Indonesia
Sunday, 29 May 2016


Just after a quick lunch at Ranu Kumbolo, kami kembali meneruskan perjalanan menuju Kalimati. Tak sempat pun nak hooha sekejap kat Ranu Kumbola, aunty dah suruh cepat. Aku akui kami gerak memang agak lambat pagi ni, so, nak tak nak kena lah bergerak pantas sebab hari semakin gelap. Makanan pun tak habis hadam lagi nak kena hadap Tanjakan Cinta pulak. Lebih menyayat hati by the time aku sampai kat Tanjakan Cinta, Hujan Lebat pun turuh. Fuhh, apalah nasib, sudah jatuh ditimpa hujan pulak. Again, nak tak nak kena harungi juga sebab masa tu yang tinggal dibelakang hanya aku, Thirah, Eein, Fad & guide kami, Muhe. Yang lain dah jauh meninggalkan kami & dah selamat sampai pun kat atas Tanjakan Cinta. 


Menuju Tanjakan Cinta

Tanjakan Cinta merupakan jalan beberapa langkah dari Ranu Kumbolo menuju bukit yang tak berapa nak tinggi sangat. Lokasinya betu-betul setelah Ranu Kumbolo menuju Oro-oro Ombo.

Tanjakan ini dikatakan mendapat nama berdasarkan legenda tragis pendaki wanitanya. Ada kepercayaan mengatakan, saat melewati Tanjakan Cinta, para pendaki dihimbau untuk tidak menoleh ke belakang. Kalau menoleh, kononnya akan putus cinta. Mitos kononnya, ada dua kekasih yang sudah bertunang mendaki Gunung Semeru. Saat melalaui tanjakan ini, sang pria berjalan terlebih dahulu dan tiba di atas bukit tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Namun yang perempuannya pula keletihan, lansung jatuh terguling & kemudian meninggal dunia. Innalillah. Dan disebabkan mitos yang agak popular ni, pendaki yang memikirkan pasangannya dan berjaya naik Tanjakan Cinta tanpa menoleh ke belakang, akan bertemu jodoh dan cintanya akan abadi. Sebaliknya, kalau di tengah jalan ia menoleh ke belakang, hubungan percintaan konon akan putus. Hahaha, macam-macam. 

Percaya tak percaya, ramai juga pendaki yang naik tak pandang belakang. Kes aku, belum sempat nak berangan. Hujan Lebat pun turun. Tapi dalam tak nak percaya tu, berjaya jugalah tak pandang belakang sampai atas. Bukan sebab percaya superstitious thing ni tapi tak sempat pun nak fikir apa-apa, apa lagi nak pandang ke belakang... hujan tengah lebat, yang aku tahu masa tu nak cepat sampai ke atas sebab nak elak jalan licin.

Bagi aku, Tanjakan Cinta memang cukup menguji mental. Dari bawah nampak macam landai & tak berapa nak tinggi tapi bila dah merasainya, baru tahu azabnya. Tapi memang rugi lah kalau naik Tanjakan cinta tak toleh ke belakang sebab Ranu Kumbolo terbentang indah di belakang sana.

Selepas Tanjakan Cinta, kita akan melalui jalan yang agak rata sebelum turun bukit menuju Oro-oro Ombo. Masa ni tak tau pun trek seterusnya, kami akan jumpa Oro-oro Ombo. Sebab hujan tengah lebat & dah tutup hampir sebahagian view on the way menuju Oro-oro Ombo. Aku perasan pun bila dah masuk Lavendar zone.

Aku cuba memperlambatkan langkah ketika sampai di Oro-oro Ombo tapi apa boleh buat hujan lebat, nak tak nak terpaksa jalan pantas sebab nak sampai ke next pos, Cemoro Kandang untuk berteduh. Memang rugi sebenarnya kalau lalu Oro-oro ombo tapi tak abadikan apa-apa. 


Masih mampu tersenyum walaupun dah basah separuh

Kami sampai di Pos Cemoro Kandang lebih kurang 40min kemudian. Eein & Fad masih dibelakang. Masih mengerah tenaga nak sampai ke sini. Masa tu semua dah menunggu kami di Pos Pendakian. Kami rest sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Bila semua dah ada di Pos Cemoro Kandang, barulah kami mula bergerak. As usual, geng jejaka akan memulakan langkah terlebih dahulu and followed by Cikgu Nisah & Nir. Aku masih setia bersama Thirah. Kami follow dari belakang tapi lama kelamaan dah tak kelihatan kelibat yang lain. Makanya, kami jalan berdua saja thru Cemoro Kandang. Kiranya kami berada di tengah antara geng Turbo & Enjin Berat. So, in the middle nak panggil apa ya. Sebab dah berjalan berdua tanpa guide, so, ada certain time kami terpaksa berhenti and fikir route yang mana harus kami tuju sebab ada certain trek tu agak mengelirukan. Tapi luckily kami kerap berjumpa dengan pendaki Indonesia yang kebetulan sehala ke Kalimati & some of them dalam perjalanan pulang ke Ranu Kumbolo. So, takdelah gelabah sangat. 


Cemoro Kandang Pos rehat

Kalau ikutkan trek Cemoro Kandang ni takde lah susah sangat. Agak leisure & santai. Ada turun & naik juga tapi tak berapa steep pun. Tapi entah kenapa, penatnya mengalahkan panjat Bukit Penyesalan. Jalan sikit... stop amik nafas dulu... jalan lagi... stop... & so on & so forth. Memang hairan juga. Ingatkan aku sorang je rasa macam tu rupanya yang lain pun sama. Kalau ikutkan cuaca, sejuk jer, lagi lah baru lepas hujan. Memang tak boleh nak cepat pun. Kami terserempak dengan sorang hiker yang kebetulan guide for one group from Indonesia. Kami sempat borak-borak, katanya, kalau hari panas ni, memang lagi dasyat. Tak boleh bayangkan penatnya kalau cuaca panas masa tu. Boleh jadi extra dari yang aku tengah alami sekarang. Dan kalau boleh setiap orang yang kami jumpa dalam on the way nak turun ke Ranu Kumbolo, soalan sama yang akan kami tanya... "jauh lagi nggak"..."brapa lama lagi mahu sampai". And semua pun akan memberi jawapan berbeza. Kalau tanya pendaki cantik, jawapan nya... “kalau tengok gaya mbak berdua, satu jam bisa sampai”. Aduh, hebat sangat ke gaya aku & Thirah masa tu sampai orang tak pandang sebelah mata, hahaha. Tapi kalau tanya Sang Pria, “Masih jauh lagi mbak, kurang lebih 2 jam...”. Haa, jawapan ni mungkin boleh diterima jugalah sebab logik sikit. Apa pun perjalanan menuju Kalimati memang sudah dianggarkan 3 jam nak sampai dari Ranu Kumbolo.

Masa ni dah redho dengan keadaan yang dah kuyup separuh badan. Aku hanya pakai waterproof jacket saja. Malas punye pasal nak keluarkan poncho sebab dah gerak baru hujan kan, so, capai je apa yang sempat. La Sportiva gortex pun tak dapat nak buat apa-apa. Air masuk juga. Stress sekejap. Jalan dengan air yang dah berkocak dalam kasut. Huh. Masa tu dah terfikir macam mana nak kasi kering kalau dah sampai Kalimati nanti. Sebab setahu aku, kasut yang ada gortex ni lambat sikit nak kering compare to yang normal punya. Tak dapat imagine masa tu, summit attack dengan kasut yang masih basah. Haish. 


Cemoro Kandang

Trek yang landai tapi bisa membuat hiker stress

Approaching Jambangan

Trek menuju Kalimati

Bila dah mula melalui Jambangan, barulah lega sikit. Trek kembali bahagia sehinggalah kami sampai ke Kalimati. Ohh, actually, dah boleh nampak indahnya Gunung Semeru dari Jambangan. Tapi nasib kami sedikit baik sebab boleh nampar samar saja sebab kabus masih tebal. At least nampak jugalah kan. Dah macam perfect cone gitu. Bila dah nampak Semeru tu, means kita dah semakin menghampiri Kalimati. Ya Allah, memang berdebar sungguh, itu ke yang aku akan panjat esok. Suddenly, jadi excited & makin tak sabar nak sampai Kalimati.

Rezeki aku nampak yang tu jelah
 
Alhamdulillah, sampai dah Kalimati

Kalimati seperti padang rumput yang terbantang luas

Kami sampai kalimati around 5pm. Alhamdulillah, after sedikit mental lalu trek Cemoro Kandang menuju Jambangan. Bunyi macam sengsara je kan. Cemoro Kandang baru permulaan, summit attack esok entah macam mana pulak gayanya. Masa aku, Thirah & Nir sampai, khemah dah siap setup. So, sampai-sampai je, just pilih khemah sendiri. Nasib baik, aku masih ada lagi pilihan, so, aku pilih yang paling hujung. Tak nak bersebelahan dengan khemah jejaka lagi dah. Cukuplah pengalaman yang lepas di Rinjani. Kini, aku lebih berjaga-jaga, hahaha. Kita orang semua selamat sampai di Kalimati sebelum pukul 6ptg.

Alhamdulillah, kedatangan kami disambut dengan Kopi 434. Fuhh. Nikmat sungguh.

For info, tak ada water source kat Kalimati ni. Tapi guide & porter kami dah angkut siap-siap dari Ranu Kumbolo untuk kegunaan di Kalimati i.e. masak, minum & personal usage.

Ohh, di Kalimati juga terdapat toilet seperti di Ranu Kumbolo. Kondisi nya, sama sadis dengan yang di Ranu Kumbolo. Tapi macam aku cakap, itu saja pilihan yang kami ada di siang hari. Kalau malam maybe boleh buat project kat mana-mana yang sesuai, hahaha. Jangan lupa bawa botol air, tissue & sanitizer. Kami dinasihatkan Uncle jangan bawa wet tissue. Kalau nak bawa juga, boleh tapi make sure jangan buang merata-rata sebab wet tissue ni tak mereput. Kalau boleh standby plastic & bawa turun balik ke Ranupani. Sayangi alam kita.


Sampai dah Kalimati campsite

Our territory

Kami dinner dalam pukul 7pm lebih macam tu. Dah agak lewat juga masa tu tapi nak buat macam mana sebab kami sampai pun dah agak lambat. Menu memang special malam tu. Ayam masak Hijau special from Malaysia by Chef Aisyah. Aku hairan juga apsal aunty boleh kasi kami makanan yang agak pedas juga masa tu. Walaupun belum sampai level 2 pedas lagi but still pedas kot. Normally, kami akan makan special after turun dari summit. Risau juga fikir masa tu, kalau esok perut buat hal. Tapi kerisauan aku lebih kepada tent mate aku, kak Fad. Yang memang tak pernah tak buat sejarah, hahaha. Tapi memang best menu malam tu. Siap tambah nasi lagi sebab sedap sangat Ayam masak hijau dia.


Dinner kami malam tu, ada ayam masak hijau special from Malaysia... Thanks Aunty. Best sangat makan sampai lupa esok nak menuju puncak, hahaha

Habis makan malam tu pun dah nak hampir pukul 8mlm. After makan masuk khemah balik. Tak sempat nak hooha-hooha juga sebab kami ada misi yang lebih penting pukul 11mlm nanti. Nak kena bangun awal. Tapi memang malam cantik kat Kalimati ni. Jutaan bintang di langit. Petanda cuaca baik. Kalau tak mengenangkan nak kena tidur & dapat rehat yang cukup untuk summit attack memang aku sanggup duduk luar layan tengok bintang. Impian nak buat milky way pun terkubur. Rugi pulak rasa, ntah bila ada masa lagi nak ke sini nanti.

Aku cuma berjaya lelapkan mata pukul 9pm lebih sebab sejuk giler tiba-tiba. Mula-mula tu cuba juga tidur tanpa sleeping bag tapi memang tak tahan lama-lama tu. Kak Fad boleh nyenyak je tido. Memang ada penebat semulajadi, hahahah. Akhirnya, aku masuk dalam sleeping juga & berjaya tido 2 jam saja.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...