Pages

Thursday, June 9, 2016

Misi Semeru 2016: Bromo - Ranupani

Bromo-Ranupani, Indonesia
Saturday, 28 May 2016


Continue from previous post

Kami mula bergerak ke Ranupani just after Solat Jamak di Guesthouse Pak Subor. Dan pengumuman yang dinanti-nantikan dari Aunty & Muhe. As expected, pendakian ke Semeru masih belum dibuka lagi. Tapi… haa suspen sikit, ada possibility dibuka semula esok cuma waktu nya agak lewat sikit. Boleh jadi dalam petang. Aunty kasi suggestion, in case pendakian dibuka esok petang (boleh jadi juga tak buka lagi), maknanya kami terpaksa tukar plan bermalam di Ranu Kumbolo dulu & hanya the next day mula bertolak ke Kalimati. Summit attack the next day & hari yang sama juga return to Ranupani. Fuhh, memang agak rushing sikit Plan B ni. Tapi nak buat macam mana kan, kalau itu saja pilihan yang kami ada masa tu. Or else kena ada extra day lah nak stick to initial plan. Kalau extra day memang advantage dekat Ash, Bul & Wan lah masa tu sebab ticket balik dia orang 2hb, lewat sehari dari kami yang lain. Aku OK jer dengan Plan B masa tu sebab asalkan kami dapat masuk pun dah kira bersyukur yang amat walaupun tak tahu sengsaranya summit attack tu macam mana. Tak nak peristiwa 2 tahun lepas berulang lagi. But still keep pray for a good news. Minta-minta pendakian dibuka semula esok & paling penting boleh mula seawal yang mungkin, so that, tak perlu betukar plan. Masa tu baru terfikir, ada hikmah nya juga aku decline cadangan aunty nak ke Semeru dulu instead of Bromo. Kalau tak memang terpaksa join another 20pax group from Malaysia yang dah pulang hari ni kerana tak dapat masuk Semeru. 


Inilah je pose yang sempat amik kat Pasir berbisik masa otw to Ranupani

Kali ni, on the way dari Cemoro Lawang nak ke Ranupani, aku memang tak beria sangat pun nak berphoto-photo macam dulu. Selain reason hilang mood skit sebab dengar pengumuman tergempar aunty tu, since dah pernah 2 kali ke sini, so, keseronokan tu dah berkurang sikit. Macam tak tahu dah nak buat apa dah. Selain dari masa yang agak limited yang diberi aunty untuk kami berseronok. Baru keluar jeep nak suka-suka, dah kena panggil, aduh… potong betul. Kesian jugalah yang first timer ke sini. Teringat dulu datang dengan Ismail & Bj, kami memang enjoy sakan bergambar & bersuka ria di Pasir berbisik mahupun di Savana. Dan semua spot best bergambo, kami stop & abadikan kenangan (ayat tak boleh blah). So, setiap trip ni memang ada lah pros & cons dia. And memandangkan dan pernah sampai ke sini, so, takdelah terkilan sangat. Aku rasa lagi banyak tido dalam jeep kali ni walaupun jalan agak horror nak sampai ke Ranupani.

Kami sampai di Ranupani after about 2hrs. Tak banyak berubah pun perkampungan disini compare to 2 tahun yang lepas. Kali ni penginapan kami di Warung Bagus. Kira tempat paling hujung & paling hampir dengan starting point pendakian ke Semeru. 


Desa Ranupani

Warung Bagus inilah tempat penginapan kami

Laluan di sebelah kanan adalah arah ke jalur pendakian Semeru
 
Sebab dah pernah sampai juga, so, keinginan nak jalan-jalan ke Tasek Ranuapni mahupun Ranu Regulo pun tak ada. Tapi dari cerita yang aku dengar dari Cikgu Nisa, tasik tu memang kotor dah sekarang. Nak amik photo pun takde selera. Dulu pun takdelah menarik sangat tapi Eein cakap ni lagi dasyat dari yang dulu. Ohh, ok. Nasib baik I tak join uolls. So, duduk kat bilik je berkemas berharap ada sinar untuk esok harinya. Kami kena jugalah bersiap sedia walaupun masih belum dengar perkhabaran yang pasti. Tapi malam tu dapat tahu mungkin akan dibuka esok tapi masih tak tahu batas waktu yang ditentukan. Still pray for a good news. Ya Allah kau permudahkan lah segalanya. 


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...