Pages

Sunday, June 5, 2016

Misi Semeru 2016: Intro

Surabaya - Bromo, Indonesia
Friday, 27 May 2016


Tak tahu nak mula kat mana, tapi yang pasti aku sangat bersyukur atas nikmat Allah swt ke atas diri ini. Serasa perjalanan tak lengkap tanpa hidayan dariMu yang Maha Esa. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk merasai bulan yang penuh rahmat & keberkatan, Ramadhan.

Bersyukur yang amat juga sebab trip Semeru 2016 kali ni berjaya. Sapa sangka dugaan kehilangan 2 pendaki seminggu sebelum trip mendaki yang dijadualkan bertukar menjadi sesuatu yang tak diduga. Pendakian di tutup total sehingga batas waktu yang ditentukan. waktu itu, kami hanya mampu berdoa sajalah, semoga survivor segera dijumpai dengan selamat. Alhamdulillah, 5 hari sebelum trip yang dijadualkan kami panjat Semeru, mangsa ditemui dengan selamat. Harapan kami hanya pendakian bisa diteruskan by the time kami sampai di Ranupani. Alhamdulillah, rezeki kami, pendakian dibuka semula pada 29 May 2016.

Sudah tertulis olehNya, perjalanan ini pasti. Syukur atas segala izin & nikmat Allah swt, kami berjaya. Kita ni hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Memang tak tergambar dek kata-kata saat menjejakan kaki ke puncak tertinggi Jawa, Mahameru. 


Tak sangka mampu sampai ke puncak tertinggi jawa

Kalau ikutkan trip Jejak Sakura tak habis lagi tapi sebab aku lagi excited nak share pengalaman hiking ke Semeru, rasanya biarlah kita put aside dulu trip jejak Jepun. Plot cerita dah ada cuma kesibukan yang tak dijangkakan tu kadang-kadang buat aku malas nak berkarya. hahaha. Honestly, idea agak kurang lately sebab banyak benda nak fikir. InsyAllah will try to finish before Perth, perhaps, hahaha.


Thanks to Adeq, Miza & Bai yang sudi hantar kami

Sebenarnya trip nak ke Semeru memang dah lama plan after last year trip to Rinjani after kekecewaan 2 tahun lepas. Tapi masa tu yang konfem beli tiket cuma 4 orang saja lah. Ash & Wan menyusul after next AA sales. Bul pulak on off katanya nak follow, last-last jadi follow juga. Eein decide nak follow 3 hari sebelum trip kami. Memang nekad sungguh mek sorang ni. Supa & Aizat pun agak lambat juga tapi rezeki dia orang dapat tiket  murah masa AA sales 2 bulan before trip. Nir follow aku beli one way dulu, lepas tu beli last minute terpaksa transit kat Jakarta dulu, hahaha. Tapi dah ditakdirkan, kami semua bersama juga akhirnya di bumi Indonesia untuk meneruskan misi Semeru 2016. 

Kalau ikutkan, ni dah kali ke-4 trip aku ke Surabaya. Dan untuk trip kali ke-4 ni, aku tidak menggunakan khidmat Ismail lagi, walaupun trip 2 tahun lepas sepatutnya ke Semeru menggunakan khidmat beliau. Bukan nggak sudi kali ni tapi aku mahu kelainan sedikit. Eventho, aku tahu aku boleh dapat the best price from him tapi kami nak rasa kelainan bersama Karat Adventure pulak after prestasi yang memuaskan dalam trip Rinjani yang lepas. Walaupun Uncle tak bersama kali ni tapi Aunty Aisyah pun ok juga walaupun agak garang & tegas sedikit. Aku ingat aku dah cukup garang rupanya ada yang lagi hebat, hahaha.


Di Jakarta Airport while waiting flight to Surabaya

Alhamdulillah, penerbangan kami kali ni lancar tanpa sebarang delay. Yang paling penting saat ni, hanyalah debaran yang semakin memuncak. Sepantas debaran menuju puncak. Aku tak pasti lah debaran yang lain macam mana sebab target aku hanya Mahameru. Mungkin Thirah & Kak Fad lain macam kot debaranya, hahahaha... Eh.

Kami sampai di Juanda Airport tepat jam 9 kurang 22min (sila pikir), hahaha. Dasyat flight AA indon ni, kena buat calculation skit nak fikir jam berapa dah. Aku perasan kali ni urusan baggage memang sangat lancar. Dan disebabkan kelancaran itu, kami dapat bergerak lebih awal dari terminal 2 Juanda Airport. Aunty Aishah & geng budak lelaki dah sampai lagi awal semalam. Semua pun direct flight, cuma kami nak kelainan sikit, so, kita transit ke Jakarta dulu lah. Ketibaan kami disambut oleh Aunty. So, after pick-up kami di Juanda, destinasi seterusnya ke Walan hotel, tempat dimana 5 jejaka yang juga bakal menyertai exspedisi mahameru kali ni. Actually, aku hanya kenal 3orang saja dari 5 orang kali ni.


Alhamdulillah, safely arrived

Kami tak direct ke Cemoro Lawang, Bromo tapi ke destinasi makan-makan dulu. Haruslah kan, walaupun rasanya baru 2jam lepas breakfast kat Jakarta, hahaha. Plan lepas makan, konon-kononnya nak ke Outdoor shop tapi lepas aku tanye nak beli apa, terus tak jadi... last day pun ok. Aku tak ingat nama tempat makan ni tapi memang best Indonesian food kat sini. Especially sambal dia, fuhh. Lupa dah Mahameru sekejap bila dapat makan sambal pedas. Nasib baiklah perut aku ni tegar sikit, so, masih mampu bertahan.


Nasi Goreng Pedas Level 2 
(tak boleh imagine level 3 punye macam mana)

Lunch dulu... lepas ni another 4hrs to Cemoro Lawang

Perut pun dah kenyang, Sesi taa'ruf pun dah habis... haruslah sesi bergambar pulak 
(yang takde dalam gambar sibuk buat kira-kira bayar duit makan)

Ahli Jemaah... we're ready for the journey

Since kami tak jadi ke Outdoor shop, perjalanan lansung dilanjutkan ke Cemoro Lawang. Hujan agak lebat on the way nak sampai ke Bromo. Perjalanan kami pun jadi lebih lama dari yang sepatutnya. Aku ingat lagi kami sampai pun dah hampir lewat senja. Perasaan kali ni biasa-biasa saja sebab rasanya tak jauh pun tempoh 8 bulan dari trip yang lepas. Kali ni accomodation kami agak jauh sikit dari main entrane to bromo. Compare to trip yang lepas, accomodation arranged by Bromo Touring is much better. Kami dapat accomodation yang dekat & agak selesa. Kali ni kami semua ladies shared satu guesthouse with one toilet. Agak haru juga lah bila emergency.


Cemoro Lawang... after 8 months

Kali ni sampai Cemoro Lawang tak sempat pun nak jalan-jalan siangnya. Waktu agak terhad sebab kami sampai pun dah lewat & hujan agak lebat...sampai malam pulak tu berlanjutan. Sejuk memang tak yah citer lah memang musim kat Bromo sekarang. After dinner, sempat singgah kat Outdoor shop sini. Ini semua sebab terpengaruh dengan aunty yang dah shopping lagi awal before dinner kami. Tapi logiklah dia shopping untuk barang kedai outdoor dia. Kami???... untuk kepuasan diri sendiri, hahaha,Aku tak shopping apa pun. Tapi Eein & Cikgu sempat rembat jacket sorang satu.


Dinner di Warong Edi

Malam ni kami dah siap-siap packing balik sebab esok after Bromo tour, kami akan terus ke Ranupani. 


To be continued...


1 comment:

  1. Waahhh. akhirnya. misi yang tertangguh kan. tahniah berjaya sampai ke puncak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...